mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label eating out. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eating out. Papar semua catatan

Sabtu, 28 November 2015

Eating out @Pizza Hut Plaza Angsana

Eating out @Pizza Hut Plaza Angsana

Eating out @Pizza Hut Plaza Angsana. Bagi can deme order sendiri. Berzaman milih. Ehehehe. Dah tu salah order lak tu. Ish ish ish. Order tambah lagi.

Rabu, 23 September 2015

Eating Out @Asam Pedas Madu Tiga, Pekan Nenas


Eating Out @Asam Pedas Madu Tiga, Pekan Nenas. Alang alang kat pekan nenas, makan aje kat asam pedas madu tiga. Leh tahan jugak ramainya orang masa kami singgah semalam. Dan makin bertambah bila masa berganjak ke tengahari.

Jumaat, 7 Ogos 2015

Eating out at nusa perintis before activities


Eating out at nusa perintis before activities. Cam biasa. Roti tampal. Bungkus lontong. Layannn...

Selasa, 21 Julai 2015

Yok Raya Johor 2015 : Eating out @ Wawasan Dua Puluh Enam, Medan Selera Tepian Tebrau


Yok Raya Johor 2015 : Eating out @ Wawasan Dua Puluh Enam, Medan Selera Tepian Tebrau. Alang alang nak buka puasa untuk nenek sekali. Cari kedai makan melayu masa cenggini memanglah satu perkara yang agak sukar. Memang test my luck ajer ler untuk ke sini. Alhamdulillah. Bukak. Tapi memang kena bersabar sikit sebab kedai tak banyak dan tukang masak banyak yang cuti. Tapi OK ler makanan dan harga dia. 1 siakap tiga rasa, sotong goreng tepung for 4 person, tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar, milo suam 2, milo ais 1, teh ais 1, nescafe 1, limau suam 1 and air suam for RM81.00. TQ Atuk belanja semua.

Isnin, 20 Julai 2015

Back to nature 2015 : Eating out @Mee Bandung, Medan Selera Yong Peng


Back to nature 2015 : Eating out @Mee Bandung, Medan Selera Yong Peng. Perghhh... Sebab jem yang amat tensen, langsung aku masuk ikut Yong Peng. Jem sama teruk ngan luar. Kebetulan nampak satu kawasan sebelah area dataran yong peng, langsung singgah. Lapo dah ni. Order makan. Memang slow, pasal tukang masak nya sorang aje. Banyak yang dah gerak tapi ntah kenapa aku saja ja tunggu nak makan jugak. Lagi pun jem masih leh tahan. Sekali masa nak bayo... jeng jeng jeng... RM44.80. Nak tahu aku makan apa? 1 mee goreng mamak, 1 nasi goreng kampung, 1 tom yam campur, 1 telur dadar, 2 nasi kosong, 2 milo ais, 2 milo panas, 1 limau suam, 2 teh ais. Perrghhh... Terbaeekkk!!!!

Back to nature 2015 : Eating out @KFC Restoren Jejantas Sungai Buloh


Back to nature 2015 : Eating out @KFC Restoren Jejantas Sungai Buloh. Ni ler janji ngan kebudaks ni. Nak makan KFC sambil tengok highway tu. Belasah aje. Alhamdulillah. Dapat parking terus depan surau. Terus ke KFC. Makan. Solat. Isi minyak. Malas nak mikir isian semula di Johor. Takut jadi cam hari tu, ngam ngam jer kat BHP R&R Pagoh.

Jumaat, 19 Jun 2015

Eating out @Asam Pedas Kak Su, Kampung Duyong, Melaka


Eating out @Asam Pedas Kak Su, Kampung Duyong, Melaka. Memang dah lama nak singgah sini, cuma tak berkesempatan. Kali ni. Memang dah aim. Kedainya sebelah tepi jalan aje. Dari bandar hilir/muar ke bukit katil. Orang sentiasa ramai. Masuk. Order. Banyak yang dah abis. Maklumlah. Dah jam 3 petang. Dia punya Asam Pedas boleh tahan. Ada bakar bakar lagi. Ada ayam, ikan, kerang yang dibakar fresh. Nak cuba coconut shake pun dah abis. Takde rezeki. Kena RM28 untuk semua yang kami makan. Quite cheap. Keliling, termasuk dia sendiri, ada bertabur homestay. Plan untuk next getaway lah gini.

Khamis, 18 Jun 2015

Eating out @Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil Melaka


Eating out @Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil Melaka. Sempat kami singgah di sini untuk lunch sebelum check-in ke hotel. Boleh tahan sesaknya manusia di sini. Alhamdulillah. Dapat tempat. Ambil cara berhidang. Nice asam pedas and air tebu here.

Khamis, 11 Jun 2015

Eating out @Wak Jos, Sabak Awor, Muar


Eating out @Wak Jos, Sabak Awor, Muar. Sebelah malamnya kami pakat makan kat Wak Jos kat deretan kedai. Dia terletak bersebelahan dengan medan ikan bakar. Suka tempat ni sebab ianya lebih kondusif berbanding medan ikan bakar. Nice food here. Makan sampai dah tok leh masuk dah. Ikan siakap yang paling kecik pun agak besar bagi kami. The price is RM80++ kalau tak silap.

Jumaat, 26 September 2014

Eating out @ Makan Spot, KIP Mart Tampoi


Eating out @ Makan Spot, KIP Mart Tampoi. Berenti makan jap. Macam best la pulak tempat ni kan.

Sabtu, 2 Ogos 2014

Jenjalan makan steamboat di Gelang Patah


Jenjalan makan steamboat di Gelang Patah. Bukan restoran pun. Van biasa ja depan CIMB. Paling kena ngan taste aku. Layan.