Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kenyataan Akhbar Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan isu pelajar Malaysia ke IPT di Mesir

Kenyataan Akhbar Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan isu pelajar Malaysia ke IPT di Mesir

Imej
picas from  http://drrahimahamid.files.wordpress.com Kenyataan Akhbar Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan isu pelajar Malaysia ke IPT di Mesir PUTRAJAYA, 21 Ogos 2013 (Bernama) -- Kerajaan memandang serius situasi pergolakan di Mesir yang semakin meruncing dan bertambah buruk dengan rusuhan yang telah merebak ke bandar-bandar lain selain Kaherah dan Iskandariah. Kita bimbang keadaan akan jadi lebih meruncing dalam jangka masa terdekat. Merujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di mana kerajaan akan membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan tegasnya meminta agar semua pelajar-pelajar baharu tidak pergi dan pelajar yang sedang bercuti semester untuk tidak kembali ke Mesir atas dasar keselamatan masing-masing. Maklumat yang telah diperolehi menunjukkan terdapat agen-agen swasta yang masih menghantar pelajar-pelajar baharu ke Mesir walaupun telah diperingatkan. Ini amat mendu