Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Konsert Akhir Gegar Vaganza 2 hangat

Konsert Akhir Gegar Vaganza 2 hangat

Imej
Konsert Akhir Gegar Vaganza 2 hangat TIKET konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) pada Ahad ini yang berharga RM1,000 sudah habis dijual. Selain tiket VIP bernilai RM1,000, tiket-tiket berharga RM380 dan RM300 juga habis sejak ia dijual pada 6 Disember lalu. Menerusi pemerhatian Astro Gempak, walaupun ada sesetengah pihak yang merungut mengenai harga tiket, namun para peminat pertandingan realiti tersebut sanggup untuk membeli tiket semata-mata mahu memberi sokongan kepada peserta kegemaran mereka. Sambutan daripada penonton juga amat menggalakkan dan luar biasa pada musim kedua Gegar Vaganza ini. Bagaimanapun tiket berharga RM250 dan RM200 masih dibuka untuk pembelian. Setiap pembelian tiket turut disertakan dengan beberapa hadiah sampingan seperti baju T, kupon selain beberapa barangan istimewa GV2. Pada konsert final GV2 Ahad ini, penonton dan peminat setia yang hadir menyaksikan siaran langsung GV2 di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), bakal disajikan pers