mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Johor Premium Outlet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Johor Premium Outlet. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mei 2012

100,000 Belia Tawan Iskandar Malaysia



Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 akan diadakan pada 17 hingga 20 Mei ini menyasarkan penyertaan 100,000 belia dari seluruh negeri Johor. Program anjuran bersama kerajaan negeri, Jabatan Belia dan Sukan Johor, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar dan Majlis Belia Negeri itu diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012.



Pelbagai program menarik telah disediakan di beberapa lokasi antaranya di Plaza Angsana, Danga City Mall, Dataran Bandaraya, Kompleks Belia dan Sukan serta Johor Premium Outlet, Kulaijaya sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan platform atau ruang kepada para belia di negeri ini menyertai pelbagai aktiviti berfaedah.



Sebanyak 75 aktiviti daripada 13 segmen telah dirancang bersempena program ini termasuk Karnival Belia Islam Malaysia, Karnival Jom Centre, kem sukarelawan, program menanam pokok, sukan permotoran, pertandingan catur.

Dua rekod dalam Malaysia Book of Records akan cuba dicatat melalui persembahan J.Robikton tanpa henti selama 26 jam yang dikendalikan Persatuan J.Robik negeri dan mengumpul 30,000 buah buku di bawah Persatuan Srikandi Johor.



Boleh check out dengan lebih lanjut di Facebook 100,000 Belia Tawan Iskandar Malaysia. Ni salah satu benda menarik yang boleh disertai... Check it out...






Posted via Blogger PC edisen


Ahad, 29 Januari 2012

Johor Premium Outlet


Simple jer nak gi sini. Masuk highway. Keluar ikut exit senai selatan. Lepas beberapa minit dah nampak jpo kat sebelah kiri. Pastu, setiap simpang korang belok kiri. Tak lama tu jumpa la bangunan ambik tiket parking dia.


Hari ni memang tak banyak kereta sangat. Senang senang dapat parking kat depan bangunan dia. Masuk parking, rm3 sekali masuk. Korang parking la seminit ka, lima minit ka, setahun ka. Kadar tetap sama. Kekeke


Masuk kawasan legar dia.. Perghhh.. tersusun la. Dia buat cam lot kedai ja. Tapi persekitaran cam luar negara la.


Ada kolam, ada kerusi tempat lepak. Cuma aku rasa tak cukup kot. Kena tambah lagi ni.


Beberapa kedai top macam coach jamin kena beratur. Aiyooo.. Panjang sentiasa. Toleh belakang.. Jap jer panjang barisan belakang aku ni ha..


Sampai turn aku kena tunggu lagi... tunggu ajer la.


Sempat lagi snap. Al maklum paling depan.. eksen ler sikit. Lepas aku snap ajer terus dapat masuk.. Harga dia makdatuk. 1k keatas. Berbaloi la dapat rasa dan ramas kan.


Merayau lagi ke beberapa kedai. Kedai Bonia ni, bila aku masuk tengok line telepon hilang. Check tab, pun sama. Sahih diaorang pasang jammer lam kedai nih. Hampeh tul la...


Lagi kedai kena beratur. Aku tadak mood dah nak masuk mana mana kedai. boring la pasal suka no pakai jammer nih. baik aku snap kat luao jer.. leh checkin sekali kan


Nike pun leh tahan ramai pengunjungnyer


Gerai jajan yang paling glamer kat sini


Setabak pun ada gak kat sini..


Cuci mata jap kat carlo rino


Snap snap sambil dok pikio... pasal aku tak pernah dengar cotton up.. ker aku tau pakai jer


Rasa aku kedai ni paling cantik dia nyer scenery


Kedai yang paling aku minat. Tang harga ja aku tak minat


Kedai yang paling ramai pelanggan lelaki.. tahniah levi's


Kedai yang paling ramai orang bergambar depan dia... tahniah adidas ngan air pancut depan dia


Jap jer dah sampai balik ke ruang legar.. huhuhuhu


Lepas puas snap dan membeli baru boleh balik. Yihuu...
Beratur untuk bayar tiket parking. Snap sebelum masukkan tiket lam mesin balik.
Apapun, rasanya berbaloi jugak kot beli barang kat sini, sekiranya kita buat survey dulu.