mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

Khamis, 6 Ogos 2015

PM umum Serpihan Sayap Disahkan Milik MH370

PM umum Serpihan Sayap Disahkan Milik MH370


KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis adalah daripada penerbangan MH370 - menyokong rumusan awal bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada Khamis pakar-pakar yang berkumpul di Toulouse, Perancis telah mengesahkan serpihan pesawat dijumpai di Pulau Reunion sememangnya daripada MH370.

"Kami sekarang mempunyai bukti fizikal seperti yang saya umumkan pada 24 Mac tahun lepas, penerbangan MH370 berakhir dengan tragik di selatan Lautan Hindi," Perdana Menteri berkata secara langsung menerusi TV3 pada pukul 1.45 pagi Khamis.

Pengesahan itu dijangka mengecilkan kawasan pencarian dan meningkatkan harapan untuk menyelesaikan apa yang dikatakan sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan moden.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar pada 8 Mac 2014.

"Menghitung hari, minggu dan bulan merupakan suatu tempoh yang menyeksakan buat keluarga mangsa," kata Najib.

"Kehilangan pesawat itu adalah tanpa sebarang duluan.

Pada setiap peringkat, kami mengikuti sekecil mana bukti yang ada. Biarpun usaha dari 26 negara dan pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan dari Laut China Selatan hingga ke Lautan Hindi, pesawat itu tidak dapat dikesan.

Begitu juga penyiasatan oleh pakar penerbangan terkemuka dunia tidak dapat menjawab mengapa MH370 tersasar daripada haluan dan hilang. Sementara kehilangan pesawat itu kekal misteri, kami berkongsi penderitaan mereka yang dalam kesedihan," kata beliau.

Pengumuman Perdana Menteri yang disiarkan di seluruh dunia hari ini adalah selepas 515 hari selepas pesawat itu hilang.

Najib mengucapkan terima kasih kepada banyak negara, organisasi dan individu yang terlibat dalam pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan.

Beliau berharap pengesahan itu walau bagaimana tragik dan menyakitkan sekurang-kurangnya memberi kepastian kepada keluarga dan "mereka yang tersayang" penumpang dan kru MH370.

"Mereka mendapat simpati yang teramat dan doa dari kami, " kata beliau.

Perdana Menteri memberi jaminan kepada semua mereka yang menerima kesan tragedi itu bahawa Kerajaan Malaysia akan berbuat apa saja di dalam kemampuannya untuk mencari kebenaran tentang apa yang berlaku.

"Kehilangan MH370 menyebabkan kita bersatu sebagai satu bangsa. Kami berkabung bersama anda, sebagai satu negara.

Saya menjanjikan ini: Malaysia akan sentiasa memperingati mereka yang terkorban dalam MH370," kata Najib.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 30 Disember 2013

Najib umum 11 langkah penjimatan belanja kerajaan

Najib umum 11 langkah penjimatan belanja kerajaan. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut :

  1. Pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014 dan elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) dipotong antara 5 hingga 10 peratus
  2. Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan
  3. Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus
  4. Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan
  5. Mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.
  6. Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
  7. Meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.
  8. Pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  9. Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan 
  10. Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat
  11. Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan.

 "Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:
• Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;
• Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan
• Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.

Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study. Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.

Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:
• Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;
• Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan
• Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Selasa, 8 Mei 2012

Najib Umum Durian Runtuh RM15,000 Kepada Setiap Keluarga Peneroka

Alhamdulillah.. Dapat lagi kan. Cuma... Kena la pandai manage duit terpijak tu. Dah banyak pengalaman lepas. Kalau masih tak beringat jugak, tak tau la nak jadi apa kan. Money management tu yang kita orang melayu kurang. Tetambah zaman sekarang ni. Setakat RM50 tu sekali turun pasar malam pun boleh habis.


Picas shared from themalaysianinsider.com

Najib Umum Durian Runtuh RM15,000 Kepada Setiap Keluarga Peneroka 
JERANTUT, 8 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan durian runtuh bukan sahaja kepada peneroka malah untuk isteri dan anak peneroka serta warga kerja Felda.
Durian runtuh untuk peneroka adalah berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini, Najib berkata Felda kini telah memasuki satu transformasi baru setelah penyenaraian FGVH.
Beliau berkata pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bonus dua bulan setengah gaji kepada petugas dan pegawai Felda.
Turut hadir, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman itu, Najib berkata pembayaran bagi fasa pertama akan diagihkan dalam tempoh antara dua hingga tiga minggu dari Selasa.
"Pembayaran akan dibuat secara tunai dan fasa kedua akan dibuat sebaik sahaja selesai pembayaran fasa pertama manakala pemberian bonus kepada kakitangan Felda juga akan dibuat dalam masa terdekat," katanya.
Pada majlis itu juga, Najib turut mengumumkan tiga lagi insentif yang disifatkan beliau sebagai 'durian gugur' iaitu tabung amanah, 'blue form' untuk saham FGVH kepada peneroka dan tambahan bantuan untuk dana Yayasan Felda bagi membantu program baik pulih kampung-kampung lama dan tradisional di kawasan Felda.
Berkenaan dengan tabung amanah itu, Najib berkata sebanyak 20 peratus dalam tabung amanah adalah untuk penyenaraian FGVH dan sekiranya FGVH dapat keuntungan maka dividen akan diberi kepada setiap peneroka.
"Pada tahun depan kita jangkakan keuntungan sebanyak RM1.5 bilion dan sekiranya jumlah itu kekal seperti tahun lepas, setiap peneroka akan menerima lebih RM1,300, kalau untung lebih, peneroka akan dapat lebih lagi".
Najib berkata setiap peneroka akan menerima `blue form' untuk dapatkan saham FGVH dan beliau amat berharap peneroka tidak akan menjual saham berkenaan.
Perdana Menteri pada program itu turut menempelak mereka yang menentang penyenaraian FGVH termasuk segelintir peneroka serta pihak pembangkang yang cuba mencelarukan pemikiran rakyat.
"Saya tak rela dan redha mereka ini menerima (durian runtuh) ini kerana mereka ini mengkhianati apa yang kita buat, hanya peneroka yang jujur dan setia sahaja yang layak menerima durian runtuh ini," katanya.
Najib berkata durian runtuh itu dilihat amat bermakna untuk para peneroka yang telah banyak berkorban membangunkan tanah rancangan yang pada asalnya hanya hutan rimba.
"Bantuan ini bukan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), hanya RM500, ini bukan BR1M, tapi BROOM," katanya sambil berseloroh.
Najib berkata Felda yang bermula di Lurah Bilut pada 1956 kini telah memasuki fasa terakhir abad 21 yang bukan lagi bertatih tetapi mampu berdiri dan gagah perkasa di pentas ekonomi dunia.
-- BERNAMA


Posted via Blogger PC edisen