Latest Entry

mknace unlimited | the colours of life



Setel. Jap ajer nak booking nih. Cuma lambat sikit la. Kalau tak mesti aku dapat yang jam 7 pagi tu. Rugi sikit aaa.. Tengok yang tinggal jam 10, 11 jer untuk sabtu ni. Nak tak nak ambik ajer la.

Tang Savvy aku jer masalah lagi ni. Camner aku nak ngantor nih. Harap dia bukak awal. So leh la aku hantar dua dua keter sekaligus. Setel livina gi ambik jer savvy kan.. Hehehehe.. Harap harap jadi kenyataan tu..

Klik untuk cerita penuh : Setel booking



Kalau dah nama anak dah sekolah, mesti la cari duit cenggini. Senang nak kasi duit belanja. Walaupun dah pandai kira duit. Tapi malas nak kasi duit besar besar. Nanti jadi apa apa kan susah. Jadi, paling senang kita pecahkann siap siap duit kat bank, bagi jer yang sepatutnya pada dia. Macam ni, cukup untuk sebulan setengah jer lebih kurang. Dah habis stok ni nanti kena la gi tukar lagi.



Walau nampak macam remeh sikit. Tapi aku rasa lebih senang cenggini. Ngam ngam jer bawak duit. Dari bagi sedepuk untuk seminggu kan. Untuk iqa jer aku kasi RM3 sehari. Perghhh.. Ingat dedulu bawak lima posen jer masa sekolah rendah. dah naik sekolah menengah baru bawak singgit. La ni sekolah rendah pun dah tiga hinggit sehari. Mana taknya. sampai ke sekolah agama sebelah petang sekali tu. Tapi tengok setakat ni iqa leh maintain lagi la. Masih ada baki untuk ditabung.



Buat kipas sikit. Hahahaha.. tak jadi. Tu sebab aku tak join mlm. Asas buat kipas pun tak lepas. Kekekeke. Jangan maraaa aaaa...

Klik untuk cerita penuh : Stok untuk sekolah



Setel semua kat damansara aliff. Lebih kurang jam 1.10 kami bertolak tinggalkan sekolah. Hmmm.. Kalau masuk ke ppd time cenggini memang cari bala. Time ni mak bapak penuh depan ppd. Ngambik anak anak balik sekolah. Hmmm. Dah nama pun time rehat. Cik Mohd Shah ajak gi lunch, tempat spesel katanya. Ngikut ajer la. Rupanya makan kat sekolah spastik johor. Hmmm.. first time nih aku masuk sini. Memang terbuka jugak la mata nengok keadaan penghuni kat sini. Kalau kat sekolah dulu tahap sederhana ja. Kat sini lebih pada tu.



Kami makan kat de kasturi cafe. Boleh tahan. Harga pun murah. Banyak volunteer jer yang makan kat sini. Kata cik mohd shah, banyak ex guru, guru yang dah pencen jadi volunteer kat sini. Tu yang dia pun tahu tempat ni. Memang terbaeekkk!!!! untuk cermin diri kita kat sini. Rasa sangat bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Klik untuk cerita penuh : De Kasturi Cafe



Pagi tadi gerak ke SK Damansara Aliff bersama penyelia sekolah, en. mohd shah. Sekolah baru, bawah jajahan lagi; wajib la kita turun bantu. Emis pun baru dapat hari khamis lepas. Memang turun untuk pastikan semua data kritikal dapat dimasukkan dan diselesaikan. Alhamdulillah ada guru data yang memang bagus disini. Dan kalau ikut pun ada dua ex gdm disini. Jadi tak berapa risau sangat. all the best.. Terbaeekkk!!!!

Klik untuk cerita penuh : Khidmat Bantu EMiS Online



Malamnya keluar gi greenpoint. Beli tudung baru untuk iqa. Sekolah agama kena pakai tudung yang biasa cenggini. Beli ajer la. Nasib ada selai ajer. Masalah la jugak cenggini. Nanti huung minggu kena keluar cari stok la cenggini.

Klik untuk cerita penuh : Beli tudung baru



Sekali masa balik petang tadi boleh jem tak tentu hala la pulak kat lima kedai. Sudah. Ini yang ana paling benci lah. Dari dulu lagi, sejak dari kuala selangor. Aku paling benci jem. Menyampah. Ni tak tentu hala la pulak jem nyer nih.



Sampai dekat dewan tu baru nampak puncanya. Ntah apa la pulak yang dibagi kat sini. Adoyaiii.. Bikin kepala pinin lah..

Klik untuk cerita penuh : Apa kes lagi ni



Hari ni bertempat di dewan SMK Taman Bukit Indah, JB held satu bengkel pengurusan untuk guru data. Leh tahan dak ramainya guru data baru. Tahniah pada semua guru data sebab dapat menjaga kesahan data untuk johor bahru sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Jadi hari ni bengkel dipecah kepada tiga slot. Slot pengurusan, slot semakan ralat dan terakhir slot penyata emis offline. Semoga lepas ni semua guru data jb dapat sediakan hitam putih yang lebih lengkap untuk pengurusan sekolah. InsyaAllah

Klik untuk cerita penuh : Bengkel Pengurusan Guru Data Johor Bahru


Layanzzz...
Mana tak menangnya... sifu johan pun campur tangan jugek. Kuikuikui...

Enjoice...Sharing is power!!!
Klik untuk cerita penuh : Awan Nano Spesel Tutorial


Credited to tv3...

Yaaa... memang Terbaeekkk!!! AJL26 dimulakan dengan persembahan 3 lagenda muzik negara, Balada; Jamal Abdillah, Rock; Awie dan Pop; Shiela Majid. Persembahan rata rata memang all out. Yang tak best aku rasa macam sistem bunyi cam slack sikit. Faizal tahir cam biasa, rock terbaeekkk!!!! beb. Yuna, Najwa quite ok. Jac aku rasa cam kureng malam ni. Cam tak best bila ganding ngan ning & shila; sedetik lebih lagi la out kan. Alyah mantap suara dia. Yang lain biasa biasa saja. Yang aku sokong, lagu kalau berpacaran aku rasa berterabur la pulak. Hafiz memang patut menang anugerah perbelanjaan berhemah. Hehehehe.

Penutup ada tribute to sudirman, lagu lagu dinyanyikan oleh black, hazama dan azlan typewriter. OK. Dah dah bebel. Berikut merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu ke 26. Tahniah pada semua.

Juara : Awan Nano


Naib Juara : Beribu Sesalan


Tempat Ketiga : Karma


Persembahan Terbaik : Kisah Hati


Vokal Terbaik : Awan Nano


Juara Mobile Celcom : Sedetik Lebih


Apa apa pun. Tahniah pada semua yang bertanding. Adat pertandingan.. Ada yang menang, ada yang kalah. Lain tahun cuba lagi. Anda semua memang Terbaekkk!!!!





Klik untuk cerita penuh : Anugerah Juara Lagu ke-26 : The Verdict



Asyik lupa ajer nak bawak dua kandungan surat ni. Satunya cek dari nuffnang. Rasanya dah sebulan aku tak wat paper pun. Satu lagi resit hotel nak wat claim. Nak bawak tapi bila dah naik keter mesti tinggal tempat asal dia.



Sebelum start juara lagu ni.. ni jawab dia. Lambung terus kat seat co pilot. Ada masa esok aku masukkan kat fast cheque. Yang lagi satu taruk lam bilik aku.. Moga tak lupa lagi la kan

Klik untuk cerita penuh : Asyik lupa aje

Blog Widget by LinkWithin

Arkib Blog


 

Hakcipta terpelihara ©2007 mknaceulimited.blogspot.com
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari blog ini.