mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label IPU Tidak Sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IPU Tidak Sihat. Papar semua catatan

Khamis, 24 September 2015

Pasir Gudang Antara Tiga Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

Pasir Gudang Antara Tiga Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini


KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Keadaan jerebu terus melanda negara dengan tiga kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Pasir Gudang, Johor mencatatkan IPU tidak sihat tertinggi iaitu 118, diikuti Larkin Lama dengan bacaan 117 dan Samarahan, Sarawak (108).

Sejumlah 41 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana antaranya di Sarawak iaitu di Sarikei (98), Kuching (98) dan Tawau (82).

Bacaan IPU sederhana turut dicatatkan di Kota Tinggi, Johor (95), Shah Alam, Selangor (85), Kemaman, Terengganu (84) dan Bandaraya Melaka (83).

Sementara itu, beberapa kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sihat iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (48), Tanah Merah, Kelantan (39), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (36), Alor Setar, Kedah (32), Langkawi (31) dan Perai, Perlis (28).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free