mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Pantai Cenang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pantai Cenang. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Jun 2011

Babai Pantai Cenang

OK. Semua dah setel. Masa untuk kita mula bergerak. Babai pantai cenang. Nanti ada rejeki kami mai lagi
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunset Boulevard

Lepas mandi baru kitaorang makan. Satu kepala Rm15, budak Rm10. Bagi aku tak berbaloi sangat, pasal ngan Rm15 tu kitaorang leh sarap kat luar untuk 3 orang makan lagi best. Kebanyakan over garam. Walau aku ni hantu garam, tapi memang aku rasa over sikit la. Pasal conpliment hotel untuk 4 orang, kitaorang belasah ajer la. Tu pun, semua makan tak abis.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Pantai Cenang

Pagi ni baru sesi konker pantai cenang kitaorang usahakan bebetul. Semua turun mandi. Ngan mama yang asyik dok kata ombak besar pun kena tarik lam laut.

Ombak memang besar, tapi kat tepi. Kat tengah ok ja. Kan dah suka semua dapat mandi lam laut. Asyik dok main kat gigi air ja.

Apa pun hati hati ngan siput siput laut yang banyak kat lam pasir tu. Kalau kena yang berduri. Mak aih... Pedih beb
Published with Blogger-droid v1.6.9

Morning, from Langkawi

Pagi, lepas subuh, cam biasa, aku mesti dah merayap ke pantai. Pagi ni langit bersih. Rasanya hari ni just nice untuk aktiviti jengjalan kitaorang ni.

Dari hujung ke hujung aku jalan. Ni aku ambik kat bukit yang memisahkan pantai cenang ngan pantai tengah. Dulu masa kecik selalu aku panjat bukit ni. Pernah jugak memancing kerapu panau kat sini. Sekarang dah ada restoren kat sini, the cliff nama dia, dan sebelah kiri dia adalah underwater world.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Warung Janggus, Pantai Cenang

Agak jauh sikit kami makan malam tu. Satu, sebab meja tak cukup di restoren yang dekat dekat. Restoren kat sini kebanyakan for outsider, harga memang melambung. So memang kena bijak memilih. Paling penting masa.pilih ikan and whatsoever, mesti terus timbang dan tanya harga dia.

Kira kat sini just nice. Keseluruhan yang kami makan malam tu berjumlah Rm 159. Kira boleh la untuk sekor jenahak masak tiga rasa, 3 bahagian ikan pari dibakar, udang dalam 5 ekor goreng butter, 2 set kerang bakar, sup daging, tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar, nasi 13 pinggan, fresh oren 2 jag dan ais kosong satu jag.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Geng Kelampung Kuning

Yeay. Petang tu geng kelampung kuning sudah konker pantai depan best star. Dalam hujan tu. Ombak agak kuat, lebih kepada main di gigi air, dan bina istana pasir.

Kelampung tu aku dah beli siap siap dari baling. Memang beli yang tak dipam lagi.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Khamis, 2 Jun 2011

Hotel Best Star, Pantai Cenang

Dah check-in, ada wifi free dari lobby sampai ke bilik, sampai ke warung depan pun aku leh surf. Target utama... Pantai
Published with Blogger-droid v1.6.9