Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Seawal 2020

Pandangan Pelaksanaan Syarat Wajib Lulus BI Dalam SPM Seawal 2020

Imej
Pandangan Pelaksanaan Syarat Wajib Lulus BI Dalam SPM Seawal 2020 Minimum lima tahun merupakan tempoh yang sesuai untuk pelajar memperbaiki kelemahan mereka dalam Bahasa Inggeris (BI) sebelum syarat wajib lulus mata pelajaran itu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan. Menurut pandangan Prof Madya Dr Raja Nor Safinas Raja Harun, jangka masa itu mampu melatih pelajar menguasai bahasa itu bermula dengan pelajar yang memasuki tingkatan satu tahun depan. "Tempoh lima tahun akan memberi kesedaran kepada pelajar memperbaiki kelemahan berbahasa Inggeris serta lulus dengan jayanya pada SPM nanti," kata dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu. Beliau memberitahu Bernama ketika mengulas pengumuman Kementerian Pendidikan pada Rabu untuk menangguhkan pelaksanaan syarat wajib lulus subjek BI dalam SPM yang sepatutnya bermula tahun depan. Selain itu, peperiksaan Pusat Amali Sains bagi subjek Fizik (Kod 4531), K