Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hari Kemerdekaan ke-56

Tema dan logo Hari Kemerdekaan ke-56 2013 diperkenalkan

Imej
Tema dan logo Hari Kemerdekaan ke-56 2013 diperkenalkan KUALA LUMPUR 3 Ogos - 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' akan menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos tahun ini. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa. "Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara," kata kenyataan itu. Kementerian itu berkata, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara. "Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan," katanya. Kata kementerian itu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan