Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel movie

Chakde! India

Imej
Chakde! India. Baru lepas nonton kat TV3 sebentar tadi. Filem Yash Chopra tahun 2007 lakonan Shah Rukh Khan ni memang menarik. Kisah bekas kapten pasukan hoki India yang dipandang hina sebab menyebabkan kekalahan pasukan India pada Pakistan. Pastu dia train pasukan hoki wanita dan berjaya bawa mereka ke Piala Dunia serta memenanginya. Banyak cabaran yang diterima sebab dia dah dicop pengkhianat. Walaubagaimanapun dia berjaya atasi masalah masalah tu satu persatu. Memang best. ps : bila filem Malaysia akan sampai ke tahap cenggini ekkk...

Abah, baby okk

Imej
Abah, baby okk. Abah, baby okk. Katanya. Rupanya nak layan movie Baby's day out. Ni satu satunya movie yang ziqri memang layan tahap dewa. Memang releks jer kalau bukak citer ni. Kalau tak... Paham paham ajer la ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway Galaxy Tab

Megi jugak pilihan si inaz

Imej
Balik rumah tadi, nengok melepek si inaz. Demam kisahnya. Tu yang dari semalam muntah aje kerjanya. Tanya nak gi klinik tak... Tak nak katanya. Nak letak cool fever tak... Tak nak. Pun aku taruk aje. Nak makan apa... Tak nak. Tapi kalau megi adik cuba la. Terbaeekkk!!!nya jawapan dia. Nak tak nak, buat ajer la. Lepas makan nampak dah cergas sikit. Siap sukahati lagi layan movie magika... Published with Blogger-droid v1.7.4

Liar game the final stage

Imej
Semalam boleh datang la pulak mood untuk layan manga based movie. Tetiba jer. Memang dah lama pun tak layan manga nih. Minggu lepas kebetulan download movie gantz, versi hd. Tu pun tak layan lagi. Yang peliknya aku lebih tertarik nak layan liar game dulu. Kalau korang perasan aku ada mention pasal manga ni dulu. Memang lebih tertarik ngan movie ni dulu. Cerita cam biasa, memang terbaeekkk!!!! Aku ngan iqa leh layan kusyuk tuh. Durasi masa 2 jam. Yang best pasal macam macam benda yang tak jangka akan berlaku. Akiyama as always la. Memang tak boleh baca apa yang dia akan buat. Walau terkeluar dipertengahan, watak yokoya diwujudkan semula just untuk masukkan semula akiyama lam game. Nao macam biasa, gadis naif yang berjaya satukan semua orang untuk jadi the first team menang game ni. Apapun aku suka sangat. 4 and the half star for this cool movie. Published with Blogger-droid v1.7.4

Movie Review - Estet (2010)

Imej
Cakap banyak pun tak guna. Dua bintang setengah aku kasi Sangat sangat sangat membosankan. Time cgi bola tu terhibur la sikit. Yang lain.. sangat membosankan. Apasal terpaksa aku membebel ja pasal cerita nih. Sangat menyedihkan bila nak dibanding ngan citer kak limah tu. Kisah pasal team bola estet cinta manis nak menentang team bola red cobra. Juga pasal si farid yang bercinta dengan gheta. Juga pasal si mandur jahat tak hingat nama. Juga pasal anak tokei estet.. kublai khan yang datang ngan gaya Rajnikan.. Sangat ewwwww.. Tak tau la nak cakap cemana. Yang pelik apasal si rosyam sanggup berlakon cenggitu. Aduiissshhh.. Dua bintang.. tambah setengah atas effort cgi masa main bola dan masa nak elak bom meletup. Enjoice...Sharing is power!!!

Movie Review : Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

Imej
4 bintang. Memang best. Memang best cerita sequel untuk Zombie Kampung Pisang nih. Two thumbs up untuk Mamat Khalid. Cayalah. Cerita pasal Husin yang pulang semula ke kampung pisang lepas 3 tahun merantau ke Singapura. Balik ke rumah dia mula pelik pasal jiran dia kak limah yang asyik dengan muka pucat dan rambut mengerbang. Sampai la di kena kacau ngan kak limah sebelah malamnya. Bila dia cerita ke orang kampung dia, semua pakat gi rumah kak limah untuk periksa dan mereka jumpa tengkorak manusia. Maka bermula la cerita sorang demi sorang kena kacau. Sampai la diaorang nak bakar rumah tu, barula keluar cerita sebenar di mana kak limah ni lari dari hospital bahagia. Dan terungkai la semua cerita. Banyak yang aku tak leh tangkap. Kes kak limah, kes che nin. Cuma yang aku perasan ayu tu dah memang mati sebab dari awal dah si johan tu bercerita. Apa pun memang best cerita ni. Layann.. 4 bintang untuk movie nih. Enjoice...Sharing is power!!!

Layan penat jap bersama Popeye

Imej
Layan jap la sambil baring baring Bebudak balqis nih tengah demam popeye. Memacam kartun popeye diaorang nak tengok. Tu lum masuk baju popeye segala. Kebetulan aku masih ingat movie popeye lakonan Robin William tahun 1980. Masa tu memang top la. So apalagi, search and donlod la. Petang ni leh la layan jap di samping layan penat tu kan. Mana taknya. Dah hari kedua dah aktiviti zoning aku nih. Tu lum campur bengkel guru data satu JB pagi tadi tuh. Lepak wehh.. So, lepak la kejap sambil layan popeye ni.. Esok sambung lagi aktiviti mesyuarat zoning.. Enjoice...Sharing is power!!!

Movie Review : The Wushu Warrior (2010)

Imej
Baik jangan nengok, kecuali tok leh tido alamek. Memang hampeh tul cerita wushu warrior nih. Hanya sesuai ditonton sekiranya kita memang tok leh tido langsung. InsyaAllah, tak sampai separuh dah tido. Sangat membosankan. Memang dah masuk movie kategori D dah ni. Cerita pasal sorang anak mat saleh yang termasuk lam komuniti kaum cina yang menentang peniagaan candu, bapak dia mati pun pasal nak tegur bos candu ni la. Pastu dia belajar cara hidup lam kaum ni dan jadi sebahagian dari mereka. Namun target nak bunuh pembunuh bapa dia tetap dia bawak. Sampai tok guru dia mati pasal tak kasi dia bertindak melulu, baru dia sedar dendam tu tak ke mana. Last siap kuar aura naga la ntah ke apa ntah. Boring gila. Hero pun lebih kemetot dari pelakon pelakon cina yang lain, cam tak sesuai langsung. Overall aku kasi 1 bintang setengah ja untuk movie nih. Jangan tengok, kecuali tok leh tido dan dah tak tau nak buat apa. Enjoice...Sharing is power!!!

Movie Review : Inception (2010)

Imej
Two thumbs up untuk filem ini Tak cukup ngan ngangkung, mata aku dah start mintak lebih. Sambung la pulak ngan cerita Inception lakonan leonardo DiCaprio nih. Cerita pasal dunia masa depan, dimana pencurik dah mula mencuri ngan masuk melalui mimpi. Memula agak blank sikit pasal dalam mimpi pun boleh mimpi lagi. Tapi makin lama kita makin paham ngan apa yang berlaku. Yang part pertama tu ajer dah berlaku dalam dua mimpi. Ngan alat ni, masa dapat dipanjangkan, cara dia melalui mimpi. 5 minit sama ngan sejam lam alam mimpi. Past tu dalam mimpi tu dimimpikan lagi. So, masa dah bertambah lagi. Pergghhh.. dasat tul akal diaorang nih. Part yang last tu yang dah sampai bermimpi mimpi. Just untuk dapa jugak nengok apa isi lam peti besi yang ditarget tu. Memang gila sempoi cerita nih. Cuma tang last tu, aku rasa Leo memang dimasukkan dalam mimpi yang direka oleh awek tu. Pasal gasing dia tak berenti pusing. Agak aku la. Aku bagi 4 bintang setengah untuk ini filim. Terbaeekkk!!!! Enj

Aktiviti sebelum tidur cuti sekolah

Imej
Setiap malam, ni ler kerja dua beradik nih. Layan popeye lah. layan cup cake making la, layan princess la, yang paling tak tahan tu, layan upik abu dan laura. Takpe la.. lagi pun semua dah ikut jadual yang mama dah buat kan. Tu sib baik dah dok elok layan movie kat lappy.. Sebelum tu siap dok bergaduh rebut beg la apa kebenda, kes nak bawak balik kedah nanti.. Dapat susu, dedua dah senyap ja layan movie.. Enjoice...Sharing is power!!!

Edisi terlepas : Benchmarking Ganu the movie

Patut la aku cari lam blog aku tak jumpa. Rupanya memang aku tak pernah linkkan pun. Tu la akibatnya kalau sampai 5-6 kali haplod ke youtube. Kes letrik trip kat rumah aku tempoh hari.. Enjoice...Sharing is power!!!

Movie Review - Shrek Forever After 3D (2010)

Imej
Shrek antara cerita yang bagi aku, berani. Tapi masuk nombor 2 dan 3 dah makin meleret. Tu yang membuatkan aku jadi nak tak nak ja nengok cerita yang keempat dia ni.. Shrek forever after. Tapi jangkaan aku meleset sikit la. Memeula memang agak slow. But, jalan cerita dia jadi makin menarik dan semakin menarik. Really nice movie. Shrek yang ni memang dah berjaya mengembalikan semula kegemilangan shrek. Jalan cerita memang tersusun. Kisahnya pasal Shrek yang dah bosan dengan jalan hidupnya yang sama ja setiap hari baginya. Dia akhirnya telah salah membuat percaturan apabila dia buat perjanjian dengan Rumplestilskin apabila dia telah menjual sesuatu yang bagi dia tak penting sangat. Dan segalanya bermula semula.. Mknace's meter : belang tarung Enjoice...Sharing is power!!!