Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel klcc

The Colours of Life - A night @ The Penthouse KLCC

Imej
The Colours of Life - A night @ The Penthouse KLCC. Kebetulan masa dok survey tempat bermalam sebelum amik iqa itu hari terjumpa lokasi ni. Dapat tawaran yang sangat berbaloi. A bit tricky sikit nak cari terutama bagi aku yang buka kayu KL ni. Sib baik dapat berhenti bebetul depan bangunan dia. Nama dia kat tanah. Mata kita semua ke bangunan. Sangat berbaloi beb. Semua fasiliti lengkap. Pemandangan direct KLCC. Cuma dapat satu tower ja. OK lah tu. Siap tak berhenti kitaorang dry baju. Yang kebudaks tak berhenti dengan Netflix kat sini. Tenet pun marbeles. Makan? Kitaorang makan kat kampung baru je. Sarapan pun beli tapau kat gerai belakang hotel je. Memang boleh datang lagi lah. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Lawatan Sambil Belajar SKTTA 2009 - Day 1

Lawatan Sambil Belajar SKTTA 2009 - Day 1 Place of interest - going to Petrosains, KLCC. Had our meal at Kampung Baru later on. And sleep at International Youth Centre. End of day 1.

Getting ready for KL

Imej
Apa lagi nak bawak haaa.. Malas betul rasa nak berkemas ni. Main campak-campak jer masuk beg. Ala, bukan lama sangat pun; 3 hari jer. Campur tolak lam 2 hari jer jangkamasa mesyuarat tu kan. Banyak gak benda yang bermain kat kepala. Antaranya.. nak bawak kamera ke tak nak? nak bawak ubat batuk ke tak nak? Memacam ler. Pergi jer ler. Bawak jer lebih kurang. Bodoh-bodoh pun esok campak ajer yang tak sempat nak pack masuk keter jer.

Mesyuarat ICT SBP bil 1/2009

Imej
Ni lebih kepada kisah aku kat KL itu hari. Walaupun tak banyak amik gambo, adala sesikit yang boleh dijadikan bukti aku ke sana itu hari. Yang bestnyer, siap terformat lagi CF card aku tu. Lagi la bengang. Nasib baik tak terwipe. Kalau dah wipe hilang terus la buat selama-lamanya. So, tengok-tengok la apa yang ada. Memula pergi ke SMAP Kajang dulu, amik bain. Sib baik amik dia dulu, kalau tak memang aku sesat lagi la masuk KL ni. Jalan dah banyak berubah. Tengok ler keter dia. Ala yang kaler biru kat belakang tu. Pastu sampai terus parking kat Low Yat. Kalau yang tak biasa kat sini memang tak tau, kalau duduk hotel capitol atau federal memang kena parking kat low yat. Lepas parking jer terus gi check in kat federal. Dapat tingkat 4. Tengok view dari bilik aku, terus direct ke low yat tu. Pastu si bain sibuk dok ngetest kamera aku. Habis semua nak diamik gambonya, sampai aku semayang pakai kain pelekat pun kena amik. Ni semua salah hotel la ni. Suruh hanto sejadah pun tepon tak diangkat

Ole-ole dari KL

Imej
Haa.. Baru dapat sambung balik. Itu hari gi KL meeting bertempat di Hotel Federal. Hotel ni letaknya sebelah Low Yat. Foto kat sebelah ni amik dari tingkap bilik aku yang terletak gi tingkat 4. Tempat meeting terbalik la pulak, kat tingkat 15. So, dapat agak tak apa ole-ole yang aku beli.. Ni untuk Iqa dan adik. Iqa aku belikan keyboard tu. Keyboard getah. So, kena air pun tak kisah. Adik lak aku belikan mouse penguin tu. Adik suka tul. Ni pulak aku beli untuk aku pasang lam bilik aku. Tak try lagi sampai sekarang. Benda ni dah lama cuma aku rasa yang ni ok sikit dari segi saiz dan guna. Yang paling baru cam usb dongle jer.. Yang ni ada input untuk vga dan video, kira aku leh sambung memacam ke pc aku nanti. Meh nengok apa yang ada lam kotak dia.. Chiaoooo... _________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Baru balik dari KL

Imej
Haii.. Penatnya. Baru seminggu lepas, hari yang sama; aku pergi dan balik dari KL. Minggu ni benda yang sama berulang lagi. Boleh tahan gak ye penatnya. Cuma tadi balik ikut Skudai; pasal aku nak singgah Fujifilm hantar belen 2 album pengantin lagi. Sampai rumah lam kul 7.00 malam. Huhuhu. Terus layan Iqa sama adik ngan ole-olenya. Apa ole-olenya? Tunggguuu... Chiaoooo... _________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Back to Nature - Day 4

Imej
Hari ni adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh adik. Adik memang nak sesangat nengok zirafah. Kat zoo johor memang takde zirafah. Tu yang dok ajak aku gi nengok zirafah kat mana-mana tempat yang ada zirafah. Mulanya ingatkan nak kuar kul 9. Sekali kuar dah lam kul 11 pagi. Gasak jer le. Ngan jalan pun jem tak hingat. Ntah bila ntah nak sampai ni. Pastu memasing tak ingat tak ingat jalan ke zoo. Yang aku ingat last kali mesti wat U-turn. Tu jer yang ingat. Last-last nampak gak zoo kat sebelah kanan. Kan betul kena wat u-turn. Pas parking terus jalan ke kaunter tiket. Makaih.. memang dah naik giler tiket ke zoo. Bayar lam RM66 untuk semua. Masuk lam, adik dah sibuk mintak topi. Gi la cari dulu. Pastu aku cari map lak. Map pun kena beli. Tak kisah la. Baru RM2. Pastu terus jalan-jalan cari zirafah. Yang aku ingat zirafah memang dia letak kat hujung sekali. Memula adik gi nengok kuda padi. Best nyer. Iqa takut-takut nak gi dekat. Adik selamba jer. Pastu nengok lembu sama kambing. Sia