Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SPS

Perbincangan Data Asas Pendidikan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bagi Sekolah Dual Language Programme negeri Johor 2018

Imej
Perbincangan Data Asas Pendidikan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bagi Sekolah Dual Language Programme negeri Johor 2018. Dapat bersama dengan 5 sektor berkaitan bagi membincangkan pengurusan data berkaitan dalam sistem terlibat. Cuma tak dapat terlibat sepenuhnya, just satu jam disebabkan perlu ke program seterusnya. Yang penting bagi aku adalah semua akan nampak perkaitan dan proses kerja yang betul dalam memastikan pengurusan data yang berintegriti.

Hari Sektor Terbuka Raya 2017 : SPS

Imej
Hari Sektor Terbuka Raya 2017 : SPS. 5 Julai. Kebetulan. Rezeki pada semua ahli bengkel Precouncil JPMN dan JPICT. Selesai ja bengkel. Ngam ngam waktu lunch. Oppss.. Ada la lajak sikit dalam 15 minit gitu. Hehehe. Pegawai SPS dah lama dah dok panggil. Rezeki tu. Lunch kat sini semua ahli bengkel. Alhamdulillah. Murah rezeki team SPS ye.

TAKLIMAT PENGUNAAN SINGLE SIGN ON SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) NEGERI JOHOR

Imej
TAKLIMAT PENGUNAAN SINGLE SIGN ON SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) NEGERI JOHOR. Alhamdulillah. Selesai sudah. Fasa 1 disekalikan dengan Fasa 2. Perancangan disekalikan dengan penataran Jawatankuasa Pengurusan Maklumat dan Sistem Pengurusan Sekolah. Semoga 2016 membuka tirai yang lebih gemilang. Taklimat dijalankan untuk semua pegawai dari 3 sektor dan unit terlibat negeri Johor di PPD Kulai. Pakai gambo Kairul semata. Kamera ada dalam poket. Keluo pun idak. Minda tepu.

Bengkel Kerja Verifikasi Data dan Maklumat Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Bil.1/2015 negeri Johor

Imej
Bengkel Kerja Verifikasi Data dan Maklumat Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Bil.1/2015 negeri Johor. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Verifikasi yang dijalankan menemukan kami dengan banyak perkara baru yang masih boleh diperhalusi dan ditambahbaik. Semoga kesahan data Johor akan bertambah baik dalam membantu pengurusan membuat keputusan yang tepat. Next... Meeting JPMN bil.3/2015. Wish us luck.

Bengkel Verifikasi Data Modul Pengurusan Sekolah, Sistem Pengurusan Sekolah JPN Johor Bil.5/2015

Imej
Bengkel Verifikasi Data Modul Pengurusan Sekolah, Sistem Pengurusan Sekolah JPN Johor Bil.5/2015. Alhamdulillah. Selesai jugak. A bit pack pasal buat sehari aje. 30 Julai ituhari. Dengan masalah yang ada. Memang ambik sedikit masa la. Apapun. Terima kasih kerana turut serta menyelesaikannya. TQ juga tuan rumah, SMK Bandar Baru Uda for the place.

BENGKEL KERJA KUTIPAN DATA RASMI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Imej
BENGKEL KERJA KUTIPAN DATA RASMI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR. Bertempat di Bilik Mesyuarat Selasih bermula 9.00 pagi. Cartalir proses, tentatif mesyuarat dan format pelaporan diselaraskan. Semoga semuanya berjalan lancar untuk kutipan data mei ini.

Full revised - Bengkel kerja Pengoperasian Modul Pengurusan Sekolah

Imej
Full revised - Bengkel kerja Pengoperasian Modul Pengurusan Sekolah. Selesai bengkel hari ni dengan beberapa ketetapan. Audit data on. Pemantauan KIV sehingga perbincangan bersama 3 sektor. Bengkel Pengurusan SPS untuk GDM dan Bengkel Verifikasi. Kena buat pemurnian sesikit lagi untuk selaras dengan ISO. Hope for the best.

Late live blogging : Mesyuarat dan Taklimat pelaksanaan sistem Pengurusan Sekolah

Imej
Late live blogging : Mesyuarat dan Taklimat pelaksanaan sistem Pengurusan Sekolah

Bengkel Penataran Sistem Pengurusan Sekolah 2015 negeri Johor

Imej
Bengkel Penataran Sistem Pengurusan Sekolah 2015 negeri Johor. Bengkel pada semua sektor dan unit PPD berkaitan bertempat di Dewan Bitara, PPD Batu Pahat. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 2015

Imej
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 2015. Sistem Pengurusan Sekolah akan dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara bermula 1 Januari 2015 dan boleh diakses melalui alamat apps4.moe.gov.my/sps . Sistem ini mengintegrasikan tiga sistem utama kementerian iaitu EMIS, e-Operasi dan APDM. Semua urusan pengemaskinian maklumat berkaitan sekolah hendaklah dilaksanakan di bawah Modul Pengurusan Sekolah – EMIS, guru dilaksanakan di bawah Modul Pengurusan Guru – eOperasi, dan murid dilaksanakan di bawah Modul Pengurusan Murid – APDM. Surat siaran dan garis panduan dalam diperolehi melalui URL berikut http://moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2014/circularfile_file_001196.pdf Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Manual Penggunaan Modul PAJSK melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Imej
Manual Penggunaan Modul PAJSK melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Berikut dilampirkan url untuk semakan/muaturun manual untuk modul PAJSK melalui SPS. Modul ini adalah untuk pengisian markah oleh guru kelas bagi pelajar Tingkatan 3 sahaja. >>  Manual penggunaan  << Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Seharian berulang-alik

Imej
Seharian berulang-alik. Leh tahan aku hari ni. Jap kat blok baru. Jap kat blok baru. Exercise tul hari ni. Nak nak pulak satu lif mogok. Layan ajer ler. Ngan dashboard kpi nya. Ngan orang dok ngadu pasal SPS nya. Perghhh... Sempat posing ngan cik firdaus. Kes tie kembar seiras lain mak lain bapak. Ekekeke

Edisi Purba : Taklimat Pemantauan Pelaksanaan SPS di sekolah

Imej
Edisi Purba : Taklimat Pemantauan Pelaksanaan SPS di sekolah. Satu demi satu edisi purba naik. Ni cerita lama. Masa ni EPRD masih mengurusetiakan Pengintegrasian Data. So, kami ke BTPN Melaka untuk ditaklimatkan berkaitan pelaksanaan SPS di sekolah-sekolah. Browse through the photos.

Pemantauan data murid SPS

Imej
Pemantauan data murid SPS di sk seri melati. Ada masalah juga rupanya kenaikan pelajar. Ada pelajar tahun 6 termasuk ke tahun 2.

Maklumat terkini SPS - Sistem Makluman

Imej
Maklumat terkini SPS - Sistem Makluman Mulai 23/12/2013, semua makluman berkaitan pengurusan dan pentadbiran SPS serta tatacara penggunaan SPS akan dibuat melalui ruangan ini. Makluman: 1.Mulai 23/12/2013 guru boleh melaksanakan LANGKAH MENGUBAH TAHAP PERSEKOLAHAN (TAHUN/TINGKATAN SEMASA) DALAM SPS dan MENEMPATKAN MURID SECARA MANUAL SETELAH DIUBAH TAHAP PERSEKOLAHAN (TAHUN/TINGKATAN SEMASA) Tatacara proses ini boleh diperoleh dari pautan ini : http://freepdfhosting.com/ba3b06f13e.pdf Mulai hari ini, bila anda online ke portal SPS, anda akan dapati satu perkara baru telah ditambah dibahagian tepi kanan ruangan login. Ni lah dia sistem makluman baru yang diperkenalkan. Melalui kaedah ini diharapkan kecairan maklumat yang diterima oleh sekolah akan dapat dikurangkan dan sekolah akan dapat menjalankan proses yang sepatutnya seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.

SPPBS modul baru dalam SPS 2014

Imej
SPPBS modul baru dalam SPS 2014. Maka, yakinlah kita bahawa SPPBS akan dimasukkan sebagai modul baru dalam Sistem Pengurusan Sekolah. Harap ianya akan berjalan dengan baik dan sempurna supaya tujuan asalnya dipenuhi... mengurangkan beban tugas guru. Sent from Samsung Mobile

BENGKEL PENGURUSAN MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN EMIS-SPS

Imej
BENGKEL PENGURUSAN MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN EMIS-SPS telah dijalankan bertempat di Makmal Komputer SPM pada 24 Julai melibatkan kesemua pegawai maklumat negeri Johor. Tiga perkara utama dibincangkan dalam bengkel ini iaitu pembinaan garis panduan pengurusan maklumat di peringkat sekolah, prosedur kualiti PK16 dalam hal pengurusan data dan kesahan data yang dimasukkan dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Read on...

BENGKEL PEMANTAPAN KEJURULATIHAN PENGGUNAAN SPS

Imej
BENGKEL PEMANTAPAN KEJURULATIHAN PENGGUNAAN SPS. 15 Julai lepas, bengkel ini telah dijalankan bertempat di BTPN Johor. Dimulakan dengan mesyuarat kerja SPS sebelum bengkel dimulakan pada sebelah petangnya. Bengkel 3 hari ini bertujuan untuk memantapkan JU supaya mahir dalam pelaksanaan latihan SPS pada sekolah kelak. Read on...

Bengkel "Hands-On" Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor untuk Penyelaras Sistem

Imej
Bengkel "Hands-On" Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor untuk Penyelaras Sistem. 8 dan 9 Julai, juga bertempat di PKG Majidee; bengkel pemantapan untuk Penyelaras Sistem SPS telah dijalankan kepada sekolah-sekolah daerah Johor Bahru. Kami datang sebagai pemerhati sahaja. Just melihat sejauh mana keberkesanan kursus bagi memastikan sekolah yang akan dilatih dapat menggunakan SPS dengan baik terutama dari segi kesahan data. Read on

BENGKEL "HANDS-ON" APLIKASI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) NEGERI JOHOR

Imej
Bengkel "Hands-On" Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor. 4 dan 5 Julai, bertempat di PKG Majidee; bengkel pemantapan untuk Jurulatih Utama SPS telah dijalankan kepada seluruh JU SPS negeri Johor. Kami datang sebagai pemerhati sahaja. Just bagi beberapa input supaya JU ni sedar tanggungjawab mereka dalam memastikan sekolah yang akan dilatih dapat menggunakan SPS dengan baik terutama dari segi kesahan data. Read on