Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel APEC Malaysia 2020

Pertandingan Mereka Logo APEC Malaysia 2020

Imej
Pertandingan Mereka Logo APEC Malaysia 2020. Terma dan Syarat bagi Pertandingan Mereka Logo APEC Malaysia 2020. Pertandingan ini bertujuan untuk mendapatkan rekabentuk logo bersempena dengan penganjuran Forum Kerjasama Asia Pasifik atau lebih dikenali sebagai APEC pada tahun 2020. Rekabentuk logo ini hendaklah mengambilkira keperluannya untuk disaiz semula, kesesuaian untuk dilihat dalam hitam-putih dan berwarna. Rekabentuk terakhir logo perlulah sesuai untuk dilihat/dipamer dan untuk digunakan bagi tujuan promosi, pin lapel, sepanduk, baju-t dan pelbagai barangan. Rekabentuk logo perlu: melambangkan Malaysia dan APEC; mengambil inspirasi dari kepelbagaian budaya, keharmonian kaum dan keunikan negara kita; melambangkan 3 tonggak APEC, iaitu Liberalisasi Perdagangan dan Pelaburan, Pemudahcara Perdagangan dan Kerjasama Ekonomi serta Teknikal; mengandungi perkataan “APEC Malaysia 2020” (lain-lain teks adalah tidak dibenarkan); mengandungi penerangan mengenai rasional pemiliha