Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

Edisi Pulang Ke Kampung : Batal

Imej
Edisi Pulang Ke Kampung : Batal. Lama tul baru nak update. 16 Mac. Memang semua dah siap dari semalamnya, tinggal nak gerak balik aje. Sekali bangun, kaki dah lain macam. Cuba jalan pun macam ada problem ni. Alamak. Terpaksa batal hasrat untuk pulang. Huhuhu. Call mak bagitau memang tak boleh nak gerak. Nak jadi cerita. 17 Mac PM buat pengumuman PKP. Masak jugak kalau dah balik sebab aku terpaksa patah balik dalam masa 1 hari je. Hmmm.

Sony Playstation 4 Slim 500GB : Unboxing

Imej
Sony Playstation 4 Slim 500GB : Unboxing. Posting lama juga. 15 Mac 2020. Target aku adalah nak bagi satu aktiviti baharu bagi Ziqri dan Fiqri, eSport; lepas bincang dengan mama la sebab iqi dia punya peel memang macam aku sikit, pantang jumpa game. So. Better kita train dia ke arah tu; nengok kat sukan sea pun dah mula masuk kan. Platform yang aku pilih adalah PS4 sebab nampak potensi agak besar kat situ. Target awal adalah bola dan fighting. So. merayap jap seharian mencari gajetnya. Jenuh jugak meronda and at last aku dapat beli jugak kat KIP Mall. Satu PS4 Slim 500GB dengan 3 game, 2 free dengan party bundle iaitu Crash Team Racing dan Fifa 2020; 1 free dari kedai iaitu Soul Calibur 6. Bukak dan setting dulu kat TV utama. Ngam. K. Lepas ni dah boleh mula kelas training dah.

Google 3D Animals

Imej
Google 3D Animals. 2 hari lepas ada aku perkenalkan pasal benda alah ni. Benda alah menatang yang dibuat secara Augmented Reality (AR) yang mana ianya seperti wujud di persekitaran kita yang dapat kita lihat melalui camera henpon kita. Aku tunjuk kat kebudaks haziq berdua tu. Apalagi. sakan la deme. Memula ici takut. Lelama. Dia pulak yang ketagih nak bergambar sekali.

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Imej
BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN). Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.  Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut: Kriteria Kelayakan Kategori & Pendapatan Bulanan Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000 Bujang RM2,000 ke bawah Bujang RM2,001 hingga RM4,000 Jumlah Bantuan BPN RM1,600 RM1,000 RM800 RM500 Tempoh / Pembayaran April: RM1,000 Mei: RM600 April: RM500 Mei: RM500 April: RM500 Mei: RM300 April: RM250 Mei:

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 6 Mac 2020. Isi semula on 12 Mac 2020. Petronas Jalan Indah, Taman Bukit Indah. RM70.86, 37.492 liter bawak ke 531.5 km. Pakai app Setel sepenuhnya.

Full day on apps

Imej
Full day on apps. Juga posting lama baharu nak up. 12 Mac. Hari ni hari untuk servis abam livina. Booking awal menggunakan apps Drive oleh Nissan. Singgah jap di Petronas Bukit Indah. Isi full guna Setel. Selesai hantar terus on Grab untuk bergerak ke ofis. Selesai urusan awal, kerja macam biasa. Kalau dulu. Aku akan tunggu sampai waktu balik ofis baharu hantar kereta. Terperuk sensorang kat servis centre tu. Lo ni. Hantar. Terus ke ofis buat kerja. Balik. On Grab semula dan amik kereta yang dah siap. Memang mudah beb.

KIP Mall Tampoi : A little stroll

Imej
KIP Mall Tampoi : A little stroll. Antara posting purba yang baru nak diupdate. 7 Mac. Lepas melawat iqa, sempat singgah di sini. Antara targetnya adalah nak beli beg sekolah iqi yang baharu koyak. Hujan lebat sangat. Jem nak parking dan amik/turunkan orang. Alhamdulillah. Dapat park berdepan pintu belakang. Ronda cari beg. Boleh la. Sempat singgah makan kat Makan Spot. Ayam Silat pedas nak mati katanya. Memang betul. Aku amik tahap baby pun dah pedas abis. Tak tau la camne rasa tahap yang tertinggi tu. Sempat tapau Marrybrown untuk kebudaks.

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN) - TEKS UCAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Imej
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN) - TEKS UCAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi, Apa khabar semua? Seperti yang saya janjikan, hari ini saya akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada anda semua. Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini. Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua. Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di

Belajar dari rumah | YTL Foundation

Imej
Belajar dari rumah | YTL Foundation. Akses untuk pembelajaran digital  terhad? Tiada pelan data di rumah? YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia, menyediakan data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di Malaysia. Berminat?

Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

Imej
Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Daulat Tuanku. Allah peliharakan Sultan. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 30 Januari 2020. Isi semula on 7 Mac 2020. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM61.38 for 311.2 km melibatkan 32.477 l minyak.

All the kittens

Imej
All the kittens. Sakan mengkome semua ye. Main kat depan. Main kat bawah kereta. Kena pijak ekor baru tau sakit ye.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 29 Februari 2020. Isi semula on 6 Mac 2020. Petronas Presint 16, Putrajaya. RM78.74, 37.855 liter bawak ke 540.7 km.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 20 Februari 2020. Isi semula on 29 Februari 2020. Petronas Nusa Perintis. RM81.24, 39.056 liter bawak ke 471.8 km.

Jom Jenjalan : B5 Johor Street Market, Tampoi

Imej
Jom Jenjalan : B5 Johor Street Market, Tampoi. 28 Februari itu hari sempat kami meronda kawasan baharu ni. Actually, B5 ni baru dibuka pada 20 Februari. Boleh tahan konsep dia pakai kat sini. Cuma. Kami tak meronda jauh. Bangunan pertama aje. Tak larat aku nak jalan. Nanti la bila ada rezeki lagi kita gi lagi untuk tengok keseluruhan kawasan.

Leman Miko : 20200227 Melepek

Imej
Leman Miko : 20200227 Melepek. Sakan meronda dalam rumah. Siap panjat tangga bagai. Dah penat. Melepek aje atas katil. Lagi banyak tido dari meronda. Kakaka. Panjat la lagi tangga tu. Siap kena warning ngan mama pun leh gedik gedik gitu. Kakaka.

A night at Putrajaya

Imej
A night at Putrajaya. 26 Februari. Baru terasa nak bermanja ngan meja dan kerusi sendiri kat ofis, sekali bos panggil dan suruh pergi Putrajaya. Esok paginya ada meeting kat E2. Hmmm. sib baik berdua. Petang tu terus balik siap siap segala keperluan. Singgah late lunch kat Kampung Kambing jap sebelum bertolak ke Putrajaya. Dah dapat maghrib kat Masjid Putra. Malamnya kami makan kat Presint 9 yang dah berubah wajahnya. Langsung tak kenal dah beb. Semua kedai dah disusun semula. Selesai mesyuarat esoknya, sekali lagi kami late lunch kat Pedas. Alhamdulillah. Dapat Asar kat Gelang Patah.

Jenjalan Cari Makan : Warung Mee Bandung Pak Abu, Kampung Jaya Sepakat, Senai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Warung Mee Bandung Pak Abu, Kampung Jaya Sepakat, Senai. 23 Februari. Selesai hari pertama mesyuarat. Agak lewat petang. Gerak cari makan jap bersam team teknikal. Semalamnya dah makan kat Dulang Ayan. Hari ni nak ubah selera sikit. Ada la cadangan ke sini. Leh tahan jugak. Cuma yang tak bestnya, masa kami sampai; tinggal hidangan udang aje. Deme semua makan mee bandung udang. Sib baik dia leh buatkan nasi goreng cina telur mata untuk aku. Boleh la. Memang superb nengok mee bandung dia. Seronok nengok deme pakat makan.

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM : Our technical part

Imej
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM : Our technical part. Bermula 22 sehinggalah 25 Februari kami team teknikal dah mula berkampung di Hotel Impiana Senai. Sesekali dalam sehari, kami juga bergerak ke SMK Mutiara Rini juga untuk urusan yang sama. Memang dari dulu, kerja team teknikal ni sentiasa akan bermula lebih awal dan berakhir pun paling akhir daripada yang lain. Setiap malam kami akan mula mengubahsuai semula lokasi selaras dengan keperluan mesyuarat. Terima kasih tidak terhingga pada kesemua ahli kumpulan yang bertungkus lumus dari awal sehingga selesai program ni. Anda memang terbaeekkk!!!!

Jenjalan Cari Makan : Usop Nasi Kerabu, Ulu Pulai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Usop Nasi Kerabu, Ulu Pulai. 22 Februari. Kita raikan besday girl makan sarapan pagi kat sini. Asalnya ke Pejabat Pos Gelang Patah. Nak renew lesen. Sekali mesin rosak. Kita terus ke Kangkar Pulai. OTW kita singgah la sini. Memang terbaeekkk!!!! Aku makan nasi lemak daging bakar dan mama makan nasi kerabu ayam. Yummy.

Almera : Kembali menyinar

Imej
Almera : Kembali menyinar. 21 Februari. Seperti dijanjikan. Dua malam kat bengkel. Selepas jemaat kami ke sini untuk ambil semula adik almera. Alhamdulillah. Dah kembali ensem.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 11 Februari 2020. Isi semula on 20 Februari 2020. Petronas Nusa Perintis. RM79.02, 38.359 liter bawak ke 465.1 km.

SMK Taman Nusajaya : Kejohanan Sukan Tahunan Ke-16

Imej
SMK Taman Nusajaya : Kejohanan Sukan Tahunan Ke-16. 20 Februari. Dari persediaan sehinggalah ke hari kejohanan. Tema stesen minyak gitu. Mama lo ni rumah merah. Dapat la khemah rumah terbaik. Tahniah pada semua.

Almera : Baikpulih

Imej
Almera : Baikpulih. 19 Februari. Adik almera kembali ke bengkel untuk proses baikpulih front skirt dan bumper. Lama jugak nak tunggu turn dia sampai. Dua hari kena bermalam kat sini. Naik grab aje la aku lepas nganto.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 11 Januari 2020. Isi semula on 30 Januari 2020. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM72.42 for 330.7 km melibatkan 35.153 l minyak.

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM : Tinjauan dan Pengujian Lokasi

Imej
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM : Tinjauan dan Pengujian Lokasi. 18 Februari. Kami bergerak ke dua lokasi program kelak untuk tinjauan dan pengujian. Sketch semula pelan pemasangan peralatan. Nampak macam ok. Baru perasan rupanya ada skrin LED besar kat Impiana. Mana peralatan yang kurang kami kena sediakan awal. Lokasi carian. Opcoz la sentosa yang sentiasa meniti bibir team teknikal.

Leman Miko : 20200215 Bujang

Imej
Leman Miko : 20200215 Bujang. Haiishhh. Boleh tahan lo ni. Kerja nak keluar je. Ada awek kat hujung kampung katanya. Tak kasi keluar, siap gigit ngan cako. Kan dah kena kepit. Noti ehh.

Iqa's 17th Birthday

Imej
Iqa's 17th Birthday. 15 Februari. Gerak dari Gelang Patah ke STF.. Sambut sama-sama kengkawan dia kat dewan terbuka. Selamat Hari Jadi. Semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa dirahmati Allah.

Jenjalan Cari Makan : Yus Be Chicken Chop, Taman Nusantara

Imej
Jenjalan Cari Makan : Yus Be Chicken Chop, Taman Nusantara. Jenjalan ke sini bersama kebudaks jate. Order burger tapi dah takde sebab pekerja untuk burger belum isi. So. Amik chicken chop aje la kan. Suka la abang iqi dan ici. Sambil makan sambil layan iPad. Haisshhh.

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM : Bengkel Penyelarasan dan Persediaan

Imej
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM : Bengkel Penyelarasan dan Persediaan. 12 Februari. Bersama semua sektor untuk pembentangan status dan perbincangan isu sebelum program bermula. Alhamdulillah. Semua on track.

Keputusan Sijil Darjah Khas Agama Johor 2019

Imej
Keputusan Sijil Darjah Khas Agama Johor 2019. 11 Februari keputusan SDKA keluar. Alhamdulillah. Inaz lulus. Sekolah dia antara yang terbaik. Tahniah pada semua.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 28 Januari 2020. Isi semula on 11 Februari 2020. Shell Jalan Tun Razak. RM82.78, 40.58 liter bawak ke 503.6 km.

Klinik Kesihatan Mahmoodiah

Imej
Klinik Kesihatan Mahmoodiah. 10 Februari. Aku kembali ke sini. Actually. Jarang aku rasa sakit sebelah siang gini. Sejak kebelakangan ni kebiasaannya aku akan sakit around jam 2 ke 3 pagi. Rezeki dapat park depan pintu masuk. Takde la seret kaki jauh sangat kan. Jumpa doktor. Kebetulan dia biasa handle kes macam aku. Nerve entrapment. Dia nasihatkan sentiasa jaga posisi badan terutama ketika tidur. Sedap sikit dengar. Cuma. Camne aku nak kawal posisi masa tidur tu. Hehehe. Sekali lagi aku terlupa untuk tidak menolak MC yang diberikan. Haisshhh.