Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cuepacs

Cuepacs Cadang Potongan Gaji Penjawat Awam Untuk Bantu Mangsa Banjir

Imej
Cuepacs Cadang Potongan Gaji Penjawat Awam Untuk Bantu Mangsa Banjir. Cadangan yang baik dari Cuepacs. Cuma. Rasanya. Patut leh potong lebih tinggi sikit untuk sumbangan minima tu kot. Rendah sangat. Dan kena lihat mekanisma supaya sumbangan betul betul sampai ke tangan penerima. KOTA BAHARU, 4 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mencadangkan kepada kerajaan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir. Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat supaya penjawat awam boleh menyumbang pada kadar yang munasabah. "Kalau boleh sumbangan minima RM5 tetapi kalau lebih daripada itu, kita amat alu-alukan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir negeri ini, di Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam