Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jenazah Raja Puan Muda Kedah selamat disemadikan

Jenazah Raja Puan Muda Kedah selamat disemadikan

Imej
Jenazah Raja Puan Muda Kedah selamat disemadikan Suasana suram mengiringi pemergian Raja Puan Muda Kedah, Tunku Raudzah Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj yang selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Jalan Langgar di sini pukul 6.40 petang. Almarhum yang merupakan isteri kepada Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah mangkat selepas gering sejak sekian lama dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada pukul 10.15 pagi. Upacara bacaan tahlil disempurnakan oleh Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderudin Ahmad. Sebelum disemadikan, jenazah Almarhum dibawa menggunakan pedati melalui Lebuh raya Darul Aman menuju ke Jalan Sultan Badlishah sebelum dibawa ke Makam Diraja. Almarhum kemudiannya di­sembahyangkan dan disemayam di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit bagi penghormatan terakhir. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berangkat memberi penghormatan terakhir. T