mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label action figure. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label action figure. Papar semua catatan

Isnin, 24 November 2014

Bokeh on action figure using SJ4000


Bokeh on action figure using SJ4000. Just sesuka amik gambo model model ni using SJ4000. Boleh tahan la. Bukan bokeh pun sebenarnya yang nak dilihat, tapi fokusing.

Selasa, 23 September 2014

Belimbing Buluh bos


Belimbing Buluh bos. Lepak lepak peningkan kepala. Nak cari solution. Bos lak bawak belimbing buluh. Sepelastik tuh. Makan ni nescaya selesai masalah. Lain masalah aku buat. Habih aku modelkan belimbing besi ni ngan dua model tersohor. Memula ngan wana. Dapat segenggam. Pastu nak kasi luke skywalker pun glamer. Tapi sebijik ajer la. Cari yang paling kecik. Jadiii... Last last bukannya makan. Diposing posing yang banyak. Ehehehe... Dapat la gumbira jap kepala otak yang berserabut ni.

Khamis, 21 Ogos 2014

Sesi santai bersama Ronoroa Zoro


Sesi santai bersama Ronoroa Zoro. Sesekali gedik gedik santai ngan zoro. Lama tak amik gambo. Ngeh ngeh ngeh. Layan ajer la. Setakat sebelah tangan pegang dia, sebelah lagi snap. Hahahaha.

Ahad, 15 Disember 2013

Ultraman action figure ziqri

Ultraman action figure ziqri. Ni ler hasil ngepow ziqri sepanjang seminggu yang lepas. Perrrggghhhh.... Dari yang beso, sampai la yang kocik. Siap topeng lagi.


Sent from Samsung Mobile

Isnin, 5 Disember 2011

Wuhhuu



Pagi ni habis selongkar balik stor. Pasal semalam leh jumpa balik aku nyer firefly. Ni antara action figure M.A.S.K. dulu. Sekitar tahun 1988 dulu kartun ni glamer. Mula la search balik nak cari aku nyer condor. Manta memang dah aku bawak balik ke Johor.

Sekali banyak benda lain yang aku jumpa. Ninja turtles donatello, gumby, bionic six, dan ni... Set one piece ni. Cuma usop jer yang hilang. Apa pun... Amik gambo dulu

^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway

Sabtu, 22 Januari 2011

Ronoroa Zoro : the picas

Klik untuk gambar yang lebih besar
Lama dok terkurung lam kotak.. sekali terkeluar...
Tadi sesaja dok belek belek kotak kotak aku dulu. Kotak masa aku pindah dari kuala selangor ke JB. Ni antara 2 kotak aku yang memang aku tak keluarkan isi dia. Sebabnya.. Ni semua model model yang aku simpan semenjak aku bujang lagi.. Dari gundam wing deathscythe, ghost in the shell sampaila ke model besi wunan ngan sang asura. Aku pernah kuarkan sekali raksasa syaitan si wunan tu. Terjerit jerit si iqa. Sudahnya.. semua tersimpan kemas lam kotak sampai ke la.

Pagi ni saja kuarkan dok belek belek balik. Pegang si usagi yojimbo, ingat ninja turtle; vanessa william, ingat pemandu manta lam mask. Huh.. memang model aku ni dah masuk nak sebaya ngan aku dah. Dan semuanya masih tip top. Tengok cara jaga la beb. Memang aku saja simpan sebab aku suka sangat model nih. Lagi pun leh jadik model aku untuk photoshoot gak kan.

Pagi ni saja aku kuarkan si ronoroa zoro, dari one piece. Aku suka model model cenggini. Point gerak dia banyak. Memacam aksi aku leh setel. Cuma pasal aku amik gambo pun bersam encik ziqri ni. Setting lebih kurang ja, dan lebih banyak mengubah kedudukan bila tangan dia dah menjalar. Apa nak jadi bapak si ziqri nih.. dah nama mainan kasik ajer la kat saya kan.. hihihi..

Sekaligus aku wat sample pada yang ramai tanya. Apa beza bukaan aparture bila kita amik gambar. Ya.. silakan nengok apa bezanya>>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni kedudukan dia. Nampak ada jarak dari kamera ke aku dan model ke background.. setting bodo bodo ja.. kalau nak jual baru aku setting bebetul. Untuk gambo ni aku pakai lens tamron 17-50 f2.8 aku..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Maka bermula la sesi tunjuk beza.. yang ni diambil pada aparture kecik f18.. untuk imbangkan aku pakai shutterspeed 1/10s dan pakai tripod. Nampak semuanya jelas dari depan sampai belakang. Cahaya pun sekata walau flash aku letak tepi.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni pada aparture sederhana, f5.6. untuk imbangi aku pakai shutter 1/500s. Nampak belakang dah mula kabur dan nampak sangat kesan cahaya.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni aparture beso, f2.8.. nampak sampai abis blur kawasan lain. Yang bebetul aku fokus ja jelas kelihatan sharp..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Pastu.. apa lagi.. pakai lens kegemaran aku.. tamron 70-300mm nak layan macro sikit. Yang best pasal model ni adalah.. kita bebas nak buat gaya untuk dia.. walau pun gaya sekeping ja aku kasik.. tapi agak puas hati la pagi nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dari tadi tarik pedang.. tak kuar kuar jugak la

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sampai dah berkerut dahi tak jugak kuar pedang tuh

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Pandang sana la pulak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Paling best amik gambo model ni apabila kita ambik dari low angle.. paling tak best bila kita nyer tripod takleh rendah lagi.. huhuhu.. sapa suruh ilangkan head tripod sepaider tuh. huhuhu

Enjoice...Sharing is power!!!