Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perutusan

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Apa khabar semua? PENDAHULUAN 1. Alhamdulillah, syukur kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita dapat meraikan sambutan Hari Guru bagi tahun 2022 pada hari ini. Setiap tahun pada tanggal 16 Mei adalah tarikh keramat penuh bermakna kepada warga pendidik. Guru diberi pengiktirafan atas peranan dan pengorbanan mendidik anak bangsa. Pastinya sejak dahulu lagi, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru. 2. Pengalaman berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19 selama dua tahun turut mengubah Sambutan Hari Guru, yang tidak dapat disambut sebagaimana kebiasaan. Namun, tanggal 16 Mei tetap memberi nostalgia kepada warga sekolah terutamanya dalam kalangan guru untuk mengimbau kenangan man

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN MENTERI KANAN PENDIDIKAN

Imej
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN MENTERI KANAN PENDIDIKAN Guru-guru, para pendidik dan warga sekolah sekalian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang ke-51 pada 16 Mei 2022. Sambutan saban tahun ini merupakan acara simbolik bagi menghargai jasa dan pengorbanan insan mulia yang bergelar guru. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada hampir 500,000 guru di seluruh negara atas segala pengorbanan, keringat, komitmen dan dedikasi dalam mendidik serta membentuk generasi pewaris negara yang berkualiti tinggi. Pemilihan tema Hari Guru 2022, iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ sangat bertepatan bagi menghargai peranan guru sebagai tunjang penting dalam ekosistem pendidikan untuk menjayakan agenda pembangunan pendidikan negara. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, malah berusaha memastikan

Perutusan Nuzul Al-Quran 1436H/2015 YAB Perdana Menteri

Imej
Perutusan Nuzul Al-Quran 1436H/2015 YAB Perdana Menteri Esok, 4 Julai, 17 Ramadan; merupakan tarikh peristiwa Nuzul Quran berlaku. Berikut adalah perutusan Nuzul Al-Quran 1436H/2015 dari YAB Perdana Menteri Malaysia. Yok kita hayati bersama. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 1. Alhamdulillah, dengan penuh keinsafan diri, marilah kita mensyukuri nikmat untuk dapat sekali lagi bersama Ramadhan al-Mubarak. Bulan penuh kerahmatan dan keampunan yang disediakan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang berusaha dan bersyukur. 2. Segala kesyukuran juga kita ungkapkan, kerana walaupun dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan cuaca dunia, kita di Malaysia ini masih lagi dapat bersama mengisi bulan Ramadhan kali ini dengan segala ibadah dan amalan soleh dalam suasana yang aman dan harmoni. 3. Saban kali kita bertemu dengan tanggal 17 Ramadhan, maka kita akan dibawa untuk mengimbau kembali satu detik agung yang berlaku di dalam bulan Ramadhan, iaitu p

'LIVE STREAMING' MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2015 KPM

Imej
'LIVE STREAMING' MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2015 KPM Tonton 'live streaming' Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia pada 16 Januari 2015, Jumaat jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari melalui portal rasmi KPM di www.moe.gov.my Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Perutusan Aidiladha 1435H Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia

Imej
Perutusan Aidiladha 1435H Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd 1. Alhamdulillah, segala pujian dan penuh kesyukuran hanya kepada Allah SWT. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, jua buat sekalian keluarga serta sahabat baginda. 2. Bertepatan dengan nama Aidil Adha itu, perayaan agung ini diikoni oleh dua ibadah besar iaitu ibadah haji dan ibadah sembelihan korban. Intisari kedua-dua ibadah ini ialah sifat dan semangat pengorbanan demi mencari redha Allah dan meninggikan syiar serta syariat agama Allah. Pengorbanan ini, melangkaui dimensi material dan jasadi, malahan ia merangkumi sama aspek jiwa-rohani kita sebagai hamba. 3. Demikianlah kita mengiktibari semangat pengorbanan silam, untuk kita garap dalam perjuangan kita memakmurkan negara yang tercinta ini dengan berteraskan keadilan dan keharmonian. Tiga rencah

PERUTUSAN IDUL ADHA 1435H YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI

Imej
PERUTUSAN IDUL ADHA 1435H YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh Alhamdulilah, Allah SWT masih memberikan kesempatan kepada kita untuk sama-sama merayakan Idul Adha atau Hari Raya Korban yang penuh barakah pada tahun ini. Idul Adha merupakan hari yang Allah SWT syariatkan untuk kita bersama-sama mengenang harga sebuah pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu terutama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. Ibadah korban yang dilaksanakan sempena Idul Adha merupakan lambang semangat pengorbanan yang perlu ada pada setiap umat Islam, yang akan memperoleh keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Ibadah korban juga merupakan tanda kita mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Ia juga memperingatkan kita tentang rezeki yang dikurniakan oleh Nya, agar umat Islam lain yang kurang berkemampuan dapat sama-sama berkongsi kenikmata

Perutusan Hari Kebangsaan Yang Ke-57 2014 Oleh YAB Perdana Menteri

Imej
Perutusan Hari Kebangsaan Yang Ke-57 2014 Oleh YAB Perdana Menteri Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, 1. Alhamdulillah, segala puji dan rasa syukur, dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran dengan kehendak dan keredhaan-Nya jua, kita sekali lagi, tidak kira di mana ceruk mahupun rantau tanahair bertuah ini, masih terpelihara dalam keadaan aman, untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan. 2. Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, di mana perutusan selalunya dibuat secara rakaman dan kemudian dipancar ke kaca-kaca televisyen, malam ini saya memilih untuk berucap secara langsung kepada ratusan hadirin di ambang merdeka ini, sebagai menzahirkan semangat patriotik dan obor perjuangan negara bangsa, dari mata ke mata, hati ke hati, khususnya kepada saudara dan saudari sebagai sebahagian rakyat Malaysia yang berada di sini. 3. Hakikatnya, setiap kemerdekaan itu be