Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tanda

Penyelarasan bagi panggilan dan tanda pangkat pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Kementerian Pendidikan Malaysia

Imej
Penyelarasan bagi panggilan dan tanda pangkat pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) KPM telah membuat penyelarasan berkaitan panggilan dan tanda pangkat bagi pegawai pengurusan KRS di KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Surat makluman boleh disemak menerusi pautan berikut : Surat Makluman . Pihak JPN Johor juga telah mengeluarkan jadual ringkas berkenaan perkara ini sebagai rujukan semua.

Cegah Denggi

Imej
Cegah Denggi. Tadi ada beberapa pegawai kesihatan datang ke rumah. Pemeriksaan sikit. Ada kes denggi katanya. Petang ni akan ada sesi semburan. Bergantung pada cuaca. So. Tunggu pengumuman. Demam Denggi Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya. Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi. Tanda dan gejala Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari. Selalunya ia akan bermula dengan