Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Digesa Kemuka

Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam

Imej
Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam Ini ada berita yang baik untuk semua penjawat awam yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini. Yang berkaitan boleh semak berita ini. Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor terdiri daripada penjawat awam yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan, dinasihat mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing. Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata tuntutan insurans itu boleh meliputi kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya selain kejadian pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir. Ia turut merangkumi tangki air pecah, kecederaan orang awam atau pihak ketiga akibat kemalangan di dalam rumah, serta perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih kediaman. Kenyataan itu berkata Bahagia