Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PPD

Pengoperasian Educational Research Application System Versi 2.0 (eRAS 2.0) Bagi Permohonan Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah, KV, KM, IPG, PPD, JPN Dan Bahagian Di Bawah KPM

Imej
Pengoperasian Educational Research Application System Versi 2.0 (eRAS 2.0) Bagi Permohonan Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah, KV, KM, IPG, PPD, JPN Dan Bahagian Di Bawah KPM. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM bertanggungjawab mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian melibatkan sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, BPPDP akan menggunakan Sistem eRAS 2.0 mulai 1 Disember 2017 untuk menerima permohonan dan mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian. Sistem ini boleh dicapai melalui https://eras.moe.gov.my . Walau bagaimanapun Bahagian masih menerima permohonan melalui borang BPPDP 1.2 dan mengeluarkan surat secara manual sehingga 28 Februari 2018. Mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian hanya boleh dibuat

Perbincangan Pengurusan Data Rasmi Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Bukan Pendidikan serta Anggota Kumpulan Pelaksana di Jabatan Pendidikan Negeri dan pejabat Pendidikan Daerah negeri Johor

Imej
Perbincangan Pengurusan Data Rasmi Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Bukan Pendidikan serta Anggota Kumpulan Pelaksana di Jabatan Pendidikan Negeri dan pejabat Pendidikan Daerah negeri Johor. Menarik perbincangan hari ni. Sangat menarik. Akhirnya dapat juga satu ketetapan yang baik untuk pengurusan data pegawai. Alhamdulillah. Terima kasih semua atas kerjasama 3 sektor yang bergabung berbincang. Tahniah. Semoga pengurusan data kita dapat dipertingkatkan ke satu tahap yang lebih baik.

Taklimat SKPM kepada semua pegawai Gred DG di JPN & PPD negeri Johor

Imej
Taklimat SKPM kepada semua pegawai Gred DG di JPN & PPD negeri Johor. 

BENGKEL PEMBINAAN MANUAL PENGGUNA DASHBOARD PRESTASI PPD ONLINE DAY 3

Imej
BENGKEL PEMBINAAN MANUAL PENGGUNA DASHBOARD PRESTASI PPD ONLINE DAY 3. Hari terakhir kat seromban. Alhamdulillah. Setel semua. Lebih faham tentang dashboard. Read on...

BENGKEL PEMBINAAN MANUAL PENGGUNA DASHBOARD PRESTASI PPD ONLINE DAY 2

Imej
BENGKEL PEMBINAAN MANUAL PENGGUNA DASHBOARD PRESTASI PPD ONLINE DAY 2. Hari kedua bermula rancak. Tak banyak gambo nak share, sebab banyak perlu disiapkan. Sampai ke malam dok menumpu. Yang banyak gambo, makanan... Ahahaha.. Read on...

BENGKEL PEMBINAAN MANUAL PENGGUNA DASHBOARD PRESTASI PPD ONLINE DAY 1

Imej
BENGKEL PEMBINAAN MANUAL PENGGUNA DASHBOARD PRESTASI PPD ONLINE DAY 1. 17 hingga 19 Julai, bertempat di Hotel Royale Bintang, Seremban; bermula la tugasan kami untuk membuat manual penggunaan sistem aplikasi dashboard prestasi ppd. Memang seronok. Tapi agak pack, sebabnya; sebelah siang ajer. yang malamnya memang belasah kat bilik untuk terus menyiapkan tugasan kami. Read on...

Pangkalan Data Murid : Update on 4 Feb

Imej
Ok. Nampaknya dah banyak penambahbaikan dilakukan. Kini kami diperingkat daerah pun dah dapat tengok statistik apa yang sekolah dah buat. Dan yang lebih baru, dah nampak semua (maybe ada lagi kot) perkara yang akan di cater oleh sistem online ni. Yang aku perasan sangat, dah ada daftar tahun 1 dan tingkatan 1 secara online. Nampaknya lebih memudahkan. Lebih baik kalau parent boleh buat pendaftaran sendiri macam apa yang jb buat dari tahun lepas. Sekiranya semua ni dapat diselesaikan awal, aku rasa pendaftaran awal tahun 1 untuk tahun ni boleh di cater sepenuhnya oleh sistem ni. Selain pada tu ssdm dah nampak dimasukkan. Banjir pun sama. Hmmm... ni yang aku nak sebenarnya. Satu pangkalan data saja untuk semua. Apa yang penting, line hubungan tu kena pastikan dapat menampung kemasukan daripada kesemua hampir 10k buah sekolah seluruh Malaysia. InsyaAllah. Kalau itu dapat dijayakan, sistem ini akan bergerak dengan lancar. Hope for the best...

Pepagi yang sesak

Imej
Pagi ni kuar awal. Kisahnya tak nak la kalau boleh terperangkap lam jem kat 4 sekolah ni. Tapi... Apa boleh buat. Jem tetap jem. Terbaeekkk!!!! Ps:pas ni aku nak try kuar lambat pulak. 6.30 dari rumah. Tengok camner kan... ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

Unit ICT makeover

Imej
Alhamdulillah. Akhirnya... Atap ditukar jugak. Tu pun dah tahap boleh bermandi manda sambil berinternet gamaknya. ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

Pertandingan Inovasi peringkat daerah Johor Bahru

Imej
Tarikh : 6 Disember 2010 Masa : 10.00 pagi Tempat : PPD Johor Bahru Mood : Kena nilai persembahan nih.. Pagi ni ada sesi pembentangan untuk pertandingan inovasi peringkat daerah johor bahru. Aku antara panel juri yang terlibat. Kebanyakan pembentangan agak menarik. Cuma.. tak berapa kena sangat dengan inovasi nih.. Dan lagi satu persembahan agak kurang memberikan bukti-bukti kukuh tentang apa yang telah dilakukan dan dicapai melalui hasil inovasi memasing. Senang cakap, kita secara amnya lah.. inovasi ni.. melibatkan satu masalah yang kita hadapi di dalam organisasi kita. Kaedah, tool, cara yang kita gunakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul tadi tu adalah inovasi kita. Tak semestinya kita nampak cara yang kita pakai tu kampung, kita tak anggap dia inovasi; pasal, selagimana cara yang kita gunakan tu dapat menyelesaikan masalah tu dengan efisien, ianya adalah inovasi yang berjaya. Apapun, maybe pasal benda ni pun masih baru diperkenalkan, jadi kebanyakan peserta tak d

Video - Rumah terbuka PPD Johor Bahru

Layann... Enjoice...Sharing is power!!!

Logo baru Pejabat Pelajaran Daerah transparent

Imej
Nampaknya kena jugak aku buat imej vektor baru untuk logo ppd kebangsaan.. Yang aku search lam tenet langsung tak memuaskan hati langsung. Ni haplod hasil dengan belakang transperent. Kira ok la untuk viewing pleasure kata orang melayu kat tenet nih.. Yang besar akan dihaplod kemudian.. Of course kat fotolia aku la kan.. Aku akan haplodkan yang ada tulisan jb kat bawah tu ngan kosong.. Enjoice...Sharing is power!!!

Ngetest simple gallery @ ppd.edu.my

Imej
Tarikh : 14 September 2010 Masa : 2.20 petang Tempat : Bilik den Mood : Aiiyaaa Hari ni memang banyak nak kena setel terutama bab laman web rasmi PPD. Kena tengok sesatu. Ni ler akibatnya bila kita pindah server. Dahtu, buat script tetap; kena nengok sesatu. Sedih kan. Jumpak broken link jer, terus perbetul. Album gambo ni antara yang last aku cater. Try pakai module simple gallery yang dah dipreinstalled kat cpanel nih. Tak cun sangat, tapi boleh create ramai user untuk haplod gambo. Tu ciri yang aku cari. Takpe la.. Setel down dengan yang simple ni dulu, tu pun pasal aku masih tak jumpa theme yang elok sikit untuk galeri. Nenanti aku nak try install coppermine pulak, tengok camner hasil dia.. Klik untuk cerita penuh Ni ler hasil akhir dia.. Stay dulu la Ketidakbiasaan aku menyebabkan aku terpaksa buat moving uploaded pix banyak kali. terhaplod luar album la pulak Dah setel.. buat masa ni.. pasal aku nak nengok tang multiuser tu sebenarnya Enjoice.

Pejabatku nan sunyi

Imej
Tarikh : 14 September 2010 Masa : 6.45 pagi Tempat : Jalan Gladening Mood : Semangat sehh.. Pepagi, keluar cam biasa. Pelik.. Apasal hari ni jalan lengang giler. Boleh wat drift lagi ni. Betulla orang cakap, jalan kat JB ni jem masa hari sekolah jer. Kalau tak.. Hmmm.. Boleh tido tu atas jalan. Biasa aku sampai paling awal mesti 6.55 pagi. Pagi ni aku sampai 6.45 pagi.. Tu pun pasal aku kuar lewat hari ni. Hahahaha.. Sib baik posa, kalau tak; nyinggah dulu makan kat hutan bandar. Tapi hutan bandar pun tak bukak walau satu pun gerai dia.. Sampai jer, memang dah expect. Meja penuh surat nak kena cater. Sekali usha ada satu surat dari kusess.. Alhamdulillah.. dah setel dah kes aku. Sempat la gaduh jap ngan orang kementerian tuh. Ada nak suruh bayar pakai air liur jer.. Sampai dia keluarkan hitam putih baru aku baya. Jangan main-main dengan duit sekarang ni. Tak kena cara ada yang mati kena bakar.. Klik untuk cerita penuh Cam biasa.. keter aku sebijik jer yang ada..

Kembali ke Opis

Imej
Tarikh : 6 September 2010 Masa : 6.45 pagi Tempat : PPD Johor Bahru Akhirnya.. kembali aku ke opis selepas outstation ke Batu Pahat seminggu.. Hehehe.. Cam biasa.. Masuk opis semula hari ni. Yang paling aku suka adalah jalan yang lengang.. Betul la kata pengkaji dari Jepun dulu. Jem kat Malaysia nih memang disebabkan sekolah.. Time hari sekolah takyah citer.. Memang teruk.. Cuti sekolah.. Enjoy.. Sampai jer kat ppd nengok cik osman dah ada kat lam bilik kebal.. Huhuhu.. memang paling terbaik la.. bukak jer sekolah nanti terus upsr.. pastu berleretan ke pmr, spm segala.. Masuk jer opis, punya banyak surat atas meja.. Banyak la nak kena setel cenggini. Esok aku dah start cuti. Sampai la ke hari senin depan. Dan ada la pulak kerepek atas meja aku nih.. Thanks.. Klik untuk cerita penuh Ada kerepek dan surat yang nak kena setel atas meja aku nih.. Thanks.. SK Bandar Uda 2 Enjoice...Sharing is power!!!

Hari yang paling sibuk

Imej
Tarikh : 30 Ogos 2010 Masa : Sepanjang hari Tempat : Pejabat aku Mood : Waaaargghhh!!! Aku nak masa lagi!!! Hari ni memang sibuk giler. Ni baru betul-betul tak cukup masa. Memacam aku nak kena setel hari ni jugak. So aku plan bebetul, supaya semua dapat siap on time. Sebab apa leh jadi lagu ni, sebab esok cuti merdeka, pastu aku akan ke Batu Pahat sampai jemaat, isnin kerja, selasa dah cuti raya.. haha.. dua hari jer aku ada kat pejabat. Yang senin depan tu tak kisah la.. Ni yang nak kena setel semua sebelum senin tu tiba lagu mana?? 1. Surat cuti Kalau aku tak setel hari ni macamana aku nak cuti minggu depan.. Kelakar giler.. Cuti dapat 4 hari saja. Maknanya aku amik selasa, rabu, khamis dan isnin minggu depannya. Isi borang, hantar kat cik hanafi mintak sokongan.. 2. EMiS Dengan site tengah pindah memindah, banyak la pulak nak kena maklum kat guru data suruh buat pembetulan. Lam kul 10, cik amizan bagi url baru EMiS. Terus maklum kat guru data. Lam masa yang sama masih

Sumbangan Anak Yatim PPD Johor Bahru - Majlis Berbuka Puasa

Imej
Tarikh : 26 Ogos 2010 Masa : 7.15 malam Tempat : PPD Johor Bahru Mood : Penat dalam girang Dah tiba waktu berbuka. Semua yang hadir disajikan dengan 3 jenis kuih, kurma dan air kotak; sebagai syarat. Lepas tu semua sembahyang berjemaah dahulu sebelum majlis berbuka puasa bermula. Banyak betul lauk pauk disediakan. Air pun ada dua jenis, sirap sejuk dan air teh panas. Alhamdulillah. Majlis sumbangan aku dah tak ambik gambo lagi. Aku dah penat. Habis jer majlis berbuka aku dah bertolak balik ke rumah.. Bawak keter pun cam ada melelong sikit.. Pergghhh.. Sampai rumah terus zzzzz.... Klik untuk cerita penuh Semua menunggu waktu berbuka dengan tenang Akak katerer sibuk menyiapkan hidangan kuih untuk berbuka Semua boleh berehat seketika sementara menunggu waktu berbuka Ustaz norzaidi menerangkan perjalanan majlis malam ini Dah boleh keluar untuk mengambil juadah Huih.. sampai dua air kotak diambiknya Air mineral tak laku ker dik Jangan