Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel CUEPACS Mohon Kerajaan Pertimbang Bonus Raya Sebulan Gaji

CUEPACS Mohon Kerajaan Pertimbang Bonus Raya Sebulan Gaji

Imej
CUEPACS Mohon Kerajaan Pertimbang Bonus Raya Sebulan Gaji. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus raya sebulan gaji kepada 1.6 juta penjawat awam menjelang Aidilfitri nanti. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata pemberian itu sebagai suatu yang wajar dan menjadi keperluan, mengambil kira faktor sempena sambutan perayaan dan kenaikan harga barangan serta kos sara hidup yang kian meningkat pada masa sekarang. "Melihat pada keadaan ekonomi semasa, permohonan pemberian bonus sebulan ini pastinya memberi sedikit khabar gembira bagi meringankan beban kewangan mereka selain sebagai penghargaan atas perkhidmatan diberikan," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas tamat Persidangan Perwakilan Tritahunan CUEPACS Perlis Sesi 2016-2019 di Dewan Angkatan Pertahanan Awam (MCDF) di sini, hari ini. Sementara itu, Azih turut menyeru kerajaan negeri yang berkemampuan serta mempunyai lebihan pendap