Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

LAPORAN TAHUNAN 2017 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Imej
LAPORAN TAHUNAN 2017 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sejak tahun 2013 bertujuan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara setanding dengan negara maju. YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia telah melancarkan Laporan Tahunan 2017 yang memaklumkan mengenai status kemajuan inisiatif pendidikan di bawah PPPM pada tahun 2017 di dalam majlis yang telah dihadiri oleh kira-kira 500 orang peserta yang terdiri daripada pengurusan tertinggi Kementerian, Ketua-ketua Jabatan, pengetua dan guru besar, guru serta para jemputan luar. Penerbitan Laporan Tahunan ini ialah satu daripada kaedah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan ketelusan dalam pelaksanaan PPPM selari dengan Anjakan 11 dalam PPPM yang menekankan kepentingan meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung. Melalui pelaporan telus

LAPORAN TAHUNAN PPPM 2014

Imej
LAPORAN TAHUNAN PPPM 2014 Untuk Laporan Tahunan PPPM 2014, sila rujuk lampiran Laporan Tahunan PPPM 2014 versi BM http://moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2015/articlefile_file_004150.pdf PPPM Year 2014 Report http://moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2015/articlefile_file_004151.pdf Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Imej
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara. Dalam tempoh 15 bulan (Oktober 2011 hingga Disember 2012), Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid, dan orang ramai di seluruh negara. Hasilnya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah menilai pr