Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ec

Walimatul Urus : Majlis Persandingan Fahmi & Hidayu

Imej
Walimatul Urus : Majlis Persandingan Fahmi & Hidayu. Semalam. Masa lunch gerak ke EC dengan Mus. Jemputan cikgu Zulkarnail. Ramai kenalan kat sini. Guru Besar. Pengetua. PPD. JPN. Meriah. Masa nak keluar pengantin baru tiba. Tahniah dan selamat pengantin baharu.

HGK2017 : Seharian Meronda

Imej
HGK2017 : Seharian Meronda. Ni kisah Selasa lepas. Memang seharian aku meronda dengan Adi. Riki tempat untuk pemasangan banner dan gegantung. Dari EC, Dataran Bandaraya sehinggalah ke pencetak dan diakhiri dengan perbincangan bersama urusetia KPM. Lama dah aku tak buat kerja gini. 5 tahun ada tu. Bila balik aje. Bukan setakat sengal lagi dah. Pening kepala. Selsema. Terus cari Panadol Soluble. Belasah aje. Terus tertido. Kui kui kui. ps : Baru nak setelkan post ni pun si Mus kacau. Siap bagi ayat lagi. Ni haa.. aku boldkan  'pepagi hari dah kena kacau..tba2 'task' still not complete lg...' Ni kes Konvensyen la pulak. Dah nak cetak buku ada lagi problem. Apa nak buek kan. Layankan aje ler.

Larian Perdana Mahkota 2011 : Dataran Bandaraya

Imej
Seluruh pelajar satu negeri Johor berlari serentak pagi ni Seawal 6.45 pagi, Dataran Bandaraya sudah dipenuhi dengan pelajar dari sekolah-sekolah yang terpilih. Pagi ni Larian Perdana Mahkota akan dijalankan. Bermula pukul 7 acara warming-up dah dijalankan. Seronok tengok trainer kat atas pentas tu. Memang yakin boleh betul. Terbaeekkk!!!!. 7.15 pagi semua mata dah terarah ke Pentas Di Raja. Mana taknya, dua buah kereta Chevrolet Camaro dah mula tiba. Wow.. TMJ dah tiba. Sejurus selepas tu Baginda Sultan Johor pun tiba ke pentas Di Raja. Setelah selesai pembacaan doa, sesi video conferencing dengan Dr. Mohd Puad Zarkashi di Batu Pahat bermula. Cuma ada masalah teknikal di sini. Terus cut dan semua bergerak ke tempat permulaan untuk memulakan Larian Perdana Mahkota. Memang best. Tengok TMJ berlari bersama komando-komandonya. Memang mantap. Pelajar pun rata-rata memang seronok dengan acara pagi ni. Memang terbaeekkk!!!!>>>> team ppd team ppd warmi