mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Ogos 2015

PROGRAM DIALOG ISU SEMASA NEGARA 2015

PROGRAM DIALOG ISU SEMASA NEGARA 2015


Program akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15 September 2015
Tempat : Auditorium Kompleks E, Putrajaya


7.30 pagi : Pendaftaran peserta dan sarapan pagi
8.15 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat
8.30 pagi : Ketibaan Ybhg. Tan Sri Dr. KSU KPM
: Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu 1Malaysia
: Bacaan Doa
8.45 pagi : Ucapan Perasmian oleh
Ybhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad
Ketua Setiausaha KPM
9.15 pagi : Sesi 1 : Forum Isu-Isu Semasa
11.15 pagi : Sesi 2 : Forum Isu-Isu Perlembagaan Persekutuan
1.15 petang : Makan Tengah hari dan Solat Zohor
2.00 petang : Sesi 3 : Forum Isu-Isu Ekonomi
4.00 petang : Refleksi dan Penutup
: Minum Petang
: Bersurai





Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 22 Ogos 2015

PR1MA Lancar Program 'Rent-To-Own' Bantu Pembeli Tidak Dapat Pinjaman Perumahan

PR1MA Lancar Program 'Rent-To-Own' Bantu Pembeli Tidak Dapat Pinjaman Perumahan


Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) hari ini melancarkan program 'Rent-to-Own' (RTO) bagi membantu pembeli yang tidak layak mendapat pinjaman perumahan untuk memiliki rumah PR1MA.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Mutalib Alias berkata di bawah program pemilikan rumah tertangguh itu, pembeli yang memiliki kadar kredit lemah diberi pilihan menyewa selama 10 tahun dalam usaha membina ekuiti deposit yang diperlukan untuk membuat pinjaman bank.

Beliau berkata pilihan menyertai program RTO hanya diberikan kepada bakal pembeli sebagai pilihan terakhir jika permohonan pinjaman mereka ditolak oleh bank panel PR1MA.

"Kita buat RTO sebab ada kes pembeli yang sudah diundi gagal mendapatkan pinjaman daripada bank dan rumah itu akhirnya terpaksa diberikan kepada mereka yang berada dalam senarai simpanan," katanya.

Beliau berkata RTO adalah sebahagian daripada komponen Program Bantuan Pembeli Rumah yang memberi peluang kepada lebih ramai rakyat berpendapatan sederhana berkelayakan untuk memiliki rumah PR1MA.

Abdul Mutalib berkata Program Bantuan Pembeli Rumah mengandungi dua lagi komponen iaitu pinjaman akhir hingga 110 peratus dan PR1MA Care.

Menurutnya bagi program pinjaman akhir sehingga 110 peratus, sebanyak enam institusi kewangan berkolaborasi dengan PR1MA untuk menawarkan pakej kewangan menarik buat bakal pembeli.

Institusi terbabit adalah Malayan Banking Berhad, CIMB Group Berhad, Malaysia Building Society Berhad (MBSB), Bank Kerjasama Rakyat, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Islam.

"Pakej kewangan ini termasuk pembiayaan sehingga 110 peratus daripada harga jual dan beli (SPA) selain tidak memerlukan bayaran deposit," katanya.

Beliau berkata bagi program PR1MA Care pula disasarkan kepada tiga kumpulan utama termasuk pembeli/pemilik rumah; pendaftar PR1MA dan pemaju/kontraktor.

Abdul Mutalib berkata bagi pemilik/pembeli rumah PR1MA, manfaat dapat dinikmati dalam bentuk perlindungan pasca pembelian, kadar insurans menyeluruh yang lebih murah serta penjagaan kebajikan yang komprehensif.

"Bagi pendaftar umum PR1MA pula, mereka dapat menikmati manfaat dalam bentuk potongan harga dan promosi-promosi eksklusif dengan rakan-rakan niaga yang mengambil bahagian di seluruh negara," katanya.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Khamis, 20 Ogos 2015

Permohonan program Johor Talent II telah dibuka

Permohonan program Johor Talent II telah dibuka!!


Anda lepasan universiti atau berada di tahun akhir universiti?
Anda anak kelahiran Johor?
Anda berminat untuk mendapatkan pengalaman menjalani latihan industri di bawah agensi-agensi berkaitan kerajaan?
---
Jika anda menjawab 'Ya' pada semua soalan di atas, maka andalah yang kami cari! Sertailah program Johor Talent Siri II! Permohonan telah dibuka!

Sila muat turun dan hantar borang permohonan yang lengkap diisi melalui:
1) Emel : johortalent@gmail.com, atau
2) Alamat: Institut Integriti, Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn, (IKLAS), JKR 293, Jalan Mariamah, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, atau
3) Hubungi talian IKLAS: 07-221 3148 / 224 5488

Sila layari FB Johor Talent untuk maklumat lanjut smile emoticon
Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum/pada 30 Ogos 2015. Jangan lepaskan peluang ini!!

MEMBENTUK PEMIMPIN MASA HADAPAN

Johor Talent merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Johor untuk membangunkan modal insan bagi jangka masa panjang, khususnya untuk pelajar-pelajar cemerlang anak jati Johor yang menuntut di tahun akhir atau graduan yang akan melalui pengalaman latihan praktikal (Internship) sehingga enam (6) bulan. Program ini juga adalah merupakan satu program membentuk modal insan masa hadapan yang berprestasi tinggi yang menjadi permata negeri Johor Darul Ta’zim.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 16 Ogos 2015

Program Kayuhan Sehati Sejiwa meriah


Program Kayuhan Sehati Sejiwa meriah di Dataran DBKL Antara yang hadir dalam program gaya hidup sihat ini adalah YB Senator Dato' Sri Dr. Md Salleh Tun Said Keruak Menteri KKMM, YBhg Dato' Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM dan ramai lagi anggota KKMM, DBKL, dan rakan strategik OCBC serta warga kota yang hadir ambil peluang mengayuh basikal, berjogging dan berjalan kaki sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Program kerjasama KKMM sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 dan DBKL melalui program sedia ada iaitu KL Car Free Morning yang diadakan pada minggu pertama setiap bulan ‪#‎SehatiSejiwa‬ ‪#‎31ogos‬

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 11 Julai 2015

Shopping Raya 2015


Shopping Raya 2015. Ini cerita lama sebenarnya. Cerita hari Sabtu, 27 Jun yang lepas. Tetiba jer Mydin penuh orang. Pelik juga. Sekali jumpa Kila. Hmmm... Jadi volunteer. Program shopping raya untuk anak-anak yatim. Patut la penuh Mydin pagi tu. Tahniah!

Jumaat, 3 Julai 2015

PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017

PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017


Sukacita dimaklumkan bahawa PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017 telah dibuka mulai 1 Julai 2015 sehingga 10 Oktober 2015. Sebarang maklumat lanjut sila ke ruangan menu aplikasi berkala atau klik di pautan berikut :  https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/

Terima kasih.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 2 Februari 2015

PENGEMASKINIAN PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2015/2016

PENGEMASKINIAN PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2015/2016


Proses kemaskini maklumat bagi pelajar yang mengambil SPM tahun 2014 yang telah membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2015/2016 akan dibuka mulai 4 Februari 2015 sehingga 25 Februari 2015. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083/4036/4040 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my 

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 27 September 2014

PROGRAM PEMUDAH CHALLENGE: BACK TO SCHOOL SEASON 3 2014


PROGRAM PEMUDAH CHALLENGE: BACK TO SCHOOL SEASON 3 2014

Program PEMUDAH Challenge: Back To School adalah satu program yang menawarkan penyertaan murid bagi mengemukakan cadangan penambahbaikan sekolah contohnya bagi aspek seperti kebersihan, kemudahan dan prasarana, kantin, bahan pengajaran/pembelajaran.

Program ini  dianjurkan oleh PEMUDAH dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian dan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia. Cadangan yang telah dihantar akan dinilai dan peserta-peserta yang layak sebagai pemenang akan dihubungi bagi tujuan penyampaian hadiah.

Anda boleh mendaftar masuk cadangan murid melalui url berikut :

http://apps.moe.gov.my/smg/99/b2s/

Syarat dan Peraturan Penyertaan:

  • Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah tahun lima (5) bagi sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Melaka,Negeri Sembilan dan Johor.
  • Tempoh penyertaan: Mulai 25 September sehingga 25 Oktober 2014
  • Peserta hanya boleh mengemukakan satu (1) cadangan untuk menambahbaik sekolah mereka.
  • Penulisan adalah dalam Bahasa Melayu sepenuhnya dan diisi secara atas talian menggunakan borang yang disediakan melalui pautan http://apps.moe.gov.my/smg/99/b2s/.
  • Peserta perlu melengkapkan cadangan mereka seperti contoh berikut: 
    • Cadangan saya untuk menambahbaiksekolah saya adalah dengan  Menyediakan tong sampah yang besar di setiap kelas agar sampah tidak melimpah ke lantai apabila penuh
  • Cadangan bernas yang di kemukakan perlulah JELAS, RINGKAS dan MUDAH DIFAHAMI .
  • Para pemenang akan menerima baucer buku bernilai RM100.
  • Keputusan Panel Hakim adalah muktamad
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi :


BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KPM
ARAS 3, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Pn. Nor Hapipah bt Hj. Md. Shah)
No. Telefon 03-88721650

BANTUAN TEKNIKAL
Sebarang masalah dalam melengkapkan borang penyertaan atas talian,
sila berhubung dengan pegawai berikut:

Pn. Rozilah bt Rosli (rozilah.rosli@moe.gov.my)
En. Mohd Razis bin Abd Rahman (razis.abd@moe.gov.my)


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Khamis, 25 September 2014

Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor - Ceramah Bulanan "Lambaian Haji dan Ibadah Korban"


Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor - Ceramah Bulanan "Lambaian Haji dan Ibadah Korban". Dijalankan pagi tadi bertempat di Dewan Seminar JPN Johor. Penceramah. Ustaz Mahmood bin Kassim.

Khamis, 19 Disember 2013

Tawaran Guru Program Tahfiz Model Ulul Albab

Tawaran Guru Program Tahfiz Model Ulul Albab. Perhatian kepada Guru j-QAF / GPI / GTPI yang hafaz Al-Quran 30 juzuk ... memiliki Diploma atau Ijazah Tahfiz ... berminat untuk menjadi Guru Program Tahfiz Model Ulul Albab (45 guru diperlukan) di 3 sekolah terpilih yang akan beroperasi pada Januari 2014 dengan kadar segera seperti berikut : -

1. SMKA Kedah
2. SMKA KL
3. SMAP Bentong, Pahang

Keterangan lanjut, sila hubungi Ustaz Muhamad Shafie bin Haji Ismail (Ketua Unit Kelas Kemahiran Al-Quran KKQ) di Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia ... sama ada pm beliau di facebook atau di talian 019-3059791 / 019-6886188 / 03-83217322 / email shafie.ismail@moe.gov.my

Inilah peluang kepada ustaz / ustazah yang hafiz dan hafizah mengajar tahfiz sepenuhnya sebagaimana Darul Quran.


Send from e-mail

Khamis, 15 Ogos 2013

Mesyuarat Pengurusan Program GM1M Peringkat Negeri Johor


Mesyuarat Pengurusan Program GM1M Peringkat Negeri Johor telah dijalankan pada 23 Julai yang lepas bertempat di SMK Dato Mohd Seth, Batu Pahat. Perbincangan melibatkan semua ketua penggerak daerah dan Majlis Tertinggi Negeri dalam menentukan halatuju GM1M Johor dan perancangan aktiviti berkaitan. Read on...

Khamis, 30 Mei 2013

Majlis Perasmian Penutup Program Gaya Hidup Sihat Jabatan Pelajaran Johor 2013


Majlis Perasmian Penutup Program Gaya Hidup Sihat Jabatan Pelajaran Johor 2013 berlangsung pada petang tadi di Dewan Seminar JPN Johor. Peserta yang terdiri daripada barisan pengurusan di Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah turut hadir untuk mendengar satu taklimat berkaitan Gaya Hidup Bahagia yang disampaikan oleh KS SPsK. Seterusnya Pengarah merasmikan penutup program dan sijil disampaikan mengikut sektor yang terlibat. Read on...

Isnin, 31 Disember 2012

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis

Pagi ni ke SK Taman Nusa Perintis untuk Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013. Tapi, sebelum tu; gerak ke Jabatan dulu untuk amik pengesahan pada borang pendaftaran. Nak buat cemana, 2 hari tokleh bangun, lepas balik dari KL tu. Memula ingatkan nak setelkan hari jemaat lepas. Dah kepala pun dah weng, lain jadinya. Terus cuti. Sabtu malam baru clear kepala. Hmmmm...

So, berbalik pada program ini hari. Setel semua, terus ke sekolah. Kereta dah punya banyak dah. Terus masuk. Berbaris. Siap ada kaunter laki pompuan tu. Bagus, bagus. Yang bestnya, kaunter pompuan sikit la pulak. Maybe aku sampai dah agak lewat. 8.30 pagi. Bebetul time mula. So, tak lama si inaz baris. Terus kena berbaris nak amik ujian. Tinggal parent ja terus mendaftar.

Pastu ada taklimat pada semua parent. OK. Lepak lepak layan taklimat. Setel taklimat, setel ujian. Bagus gak. Takde la terjengok jengok nengokkan anak amik ujian kan. So, ready untuk taklimat sekolah agama la pulak esok. Amacam...

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
Seronok la pulak nengokkan skirting meja berkibo. Terus guna fotodanz untuk hasilkan gambo ni. Caiyok!!!!

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
Apasal la adik leh kesat mata dia pulak masa aku amik gambo nih.. kan dah jadi cam nangih la pulak kekeke...

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
punya la ramai umat manusia berbaris... sib baik ada dua line, n kebetulan line pompuan dah pendek noo... maybe ramai yang datang awal..

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
adik inaz tengah blank jap. cikgu dah panggil semua kebudak kuar gi berbaris tempat lain... nak gi ke taknak nih.. parent yang lain pun menghadapi masalah yang sama.. kekeke...

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
boria beb... temankan adik dia datang mendaftar. sib baik tak sebaya... kalau tak mesti orang cakap kembar cam anak aku nih...

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
cikgu tengah nunggu budak untuk digerakkan ke bilik peperiksaan.. bila la kebudak ni nak dilepaskan parent memasing ntah...

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
semua kebudak dah clear... kan dah tinggal parent ja..

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
Ni dia semua kebudak tahun 1 2013 sk taman nusa perintis...

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
diberi nametag, dibariskan, digerakkan ke kelas untuk ambil ujian

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
parent semua kena masuk dewan layan taklimat.. hem membuka bicara

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
disambung ngan penyelaras kssr... layannn...

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
ok... dah leh balik... layan poster jason jap... hmmm... selamat tahun baru 2013... esok maaa...

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
gi ke tesco... banyak barang nak beli sebelum sekolah mula..layan sky view apartment yang dah siap ni... tinggal nak masuk penghuni ja nih...

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
jom kita gi belanja. beli tepon, beli ding dong bell, beli lampu... dan banyak lagi ler...

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
setel membeli... simpan barang, masuk semula nak gi makan tengahari

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
tudia mata dia... sedap sangat ker air tu.. ntah la

Taklimat Program Transisi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013 SK Taman Nusa Perintis
makanan tengahari, hari ini... memang ok ler makan chicken chop kat chicken king nih...


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Rabu, 13 Jun 2012

Program Pengarah Turun Padang daerah Johor Bahru

Guru Besar membentangkan pelaporan sekolah
Guru Besar membentangkan pelaporan sekolah
Hari ni hari last untuk Program Pengarah Turun Padang negeri Johor di mana daerah Johor Bahru menjadi tuan rumah. Pagi ni aku mempengerusikan sesi pembentangan Guru Besar untuk Kumpulan 8 yang dijalankan di SK Larkin 2, Johor Bahru.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Setel kat SK Larkin 2, semua GB dan Pengetua akan berkumpul di Dewan Seminar, JPN Johor untuk sesi bersama Pemimpin bermula jam 2.30 petang.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 13 Mei 2012

Program Bimbingan IT CICT 2012

Kelab IT, Biro ICT dan Media, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 9 dan 10 dengan kerjasama CICT telah menganjurkan Program Bimbingan IT untuk 35 orang pelajar dari SMK Damai Jaya. Program ini telah berlangsung selama 2 hari di UTM Skudai. Antara lain pelajar didedahkan dengan Photoshop dan Blogging.
Jadi, aku dijemput untuk merasmikan program ni tadi di Dewan Sultan Ismail, UTM Skudai; wakil kepada Ketua Sektor yang perlu menghadiri satu program lain.

Bagi aku memang terbaeekkk!!!! program ni. Jawatankuasa pelajar yang menggerakkan program ni wajar diberi pujian atas usaha mereka. Lepas ni diharap lagi banyak program seumpama ini dapat dilaksanakan; disamping program sedia ada diselia dan dipantau. Apa pun... Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah pada semua yang terlibat.



Semua peserta bergambar kenangan. Memang aku dah semakin menggebu sejak masuk jabatan..



Sempat ambik sedas dua foto... lama tak singgah dsi ni



Dulu, kat sini masa jemaat port biasa aku semestinya di aras dua... Terbaeekkk!!!!



Buku program, simple but nice. Keep it up.



Posted via Blogger PC edisen