mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Fauzi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fauzi. Papar semua catatan

Ahad, 8 Mei 2011

Perginya seorang sahabat seperjuangan

Klik untuk gambar yang lebih besar
Maybe ni gambo last kami bersantai bersama masa mesyuarat di Muar
Tak sangka. Baru Khamis lepas aku bersama ngan Fauzi. Verifikasi data EMiS negeri di Pasir Gudang. Last sebelum aku balik, tetiba dia peluk aku dan kata dia akan rindukan aku. Aku tergamam ja dan senyum. Sempat lagi bergurau tu. Tak sangka tu memang perkataan akhir dia pada aku. Nyesal jugak pasal apa aku nak jugak balik petang tu, sedangkan aku masih boleh balik sebelah malamnya. Memang dah takdir Tuhan.

Pagi tadi memang aku bersama bos-bos maklumat bergerak ke Batu Pahat bersama. Sampai ja rumahnya, dah selesai disembahyangkan. Tapi memang Tuhan nak jugak kami menatap wajahnya buat kali terakhir. Dapat kami tengok sebelum dikebumikan. Memang sedih. Kemalangan semasa pulang dari setting server baru di PPD jam 12 malam hari Sabtu. Bertembung dengan Hilux yang terbabas, dipandu pemandu mabuk; dan lari dari tempat kejadian. Tak sangka. Malam tu jugak buat post mortem dan paginya dikebumikan di Banang Jaya. Apa pun aku berdoa semoga Tuhan memberkati dan menempatkan rohnya di tempat orang-orang yang beriman.


Enjoice...Sharing is power!!!