mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label 450 Jemaah Haji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 450 Jemaah Haji. Papar semua catatan

Ahad, 16 Ogos 2015

Kumpulan Pertama 450 Jemaah Haji Malaysia Berlepas Ke Tanah Suci

Kumpulan Pertama 450 Jemaah Haji Malaysia Berlepas Ke Tanah Suci


Kumpulan pertama 450 jemaah haji Malaysia berlepas ke tanah suci pagi ini dengan pesawat milik Arab Saudi.

Majlis penghantaran mereka di Kompleks Tabung Haji (TH) Kelana Jaya di sini, disempurnakan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Haji) merangkap Ketua Rombongan Haji 1436 Hijrah Datuk Syed Saleh Abdul Rahman, pesawat SV5701 yang membawa jemaah dijangka tiba di Madinah pada 9 pagi waktu Arab Saudi.

Perjalanan ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL mengambil masa 8 jam.

Kumpulan pertama itu merupakan sebahagian daripada kira-kira 1,000 bakal haji Malaysia yang dijadual berlepas ke tanah suci Ahad.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Abdul Azeez berkata beliau yakin kerajaan Arab Saudi telah mengambil langkah keselamatan bagi memastikan musim haji kali ini berjalan lancar, susulan pergolakan di sebuah negara jiran.

"Kita (TH) juga telah mengambil inisiatif tertentu dan menghantar petugas yang mempunyai latar belakang keselamatan untuk menjaga jemaah kita," katanya.

Abdul Azeez juga berkata jaminan telah diberi oleh Arab Saudi bahawa pergolakan itu tidak akan menjejaskan jemaah di Makkah dan Madinah.

Jemaah haji Malaysia yang kesemuanya berjumlah 22,320 orang tahun ini akan bertolak secara berperingkat ke tanah suci dengan penerbangan terakhir pada 16 Sept manakala perjalanan pulang bermula 29 Sept hingga 27 Okt.

Sejumlah 64 penerbangan merangkumi 39 pesawat Malaysia Airlines dan 25 pesawat milik Arab Saudi dari tujuh lapangan terbang di seluruh negara, disediakan.

Sementara itu, sepasang suami isteri warga emas dari Teluk Emas, Melaka berasa gembira dan bersyukur menjadi tetamu Allah buat pertama kali selepas lapan tahun menunggu.

Abu Bakar Yahya, 60, dan Fatimah Saat, 67, berkata wang pemberian dari tujuh anak mereka setiap bulan disimpan bagi membolehkan mereka menunaikan impian setiap umat Islam itu.

"Alhamdulillah kami berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci... mudah-mudahan haji kami mabrur dan diterima Allah S.W.T," kata Abu Bakar yang juga pesara tentera dan datuk kepada 16 cucu.

Bagi Siti Nur Athirah Sazali, 17, beliau menggangap jemputan menunaikan haji pada usia muda merupakan rezeki dan peluang yang tidak akan disia-siakan.

Menunaikan ibadah itu bersama bapa, Sazali Samawi, 52, dan ibu Saodah Mohd Taib, 53, remaja itu berkata beliau teruja untuk berbuat demikian walaupun terpaksa melepaskan peluang untuk menduduki ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 25 Ogos ini.

"Bagaimanapun, saya masih ada masa mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan sebenar sebaik pulang ke tanah air. Saya akan memohon kepada Allah agar permudahkan urusan saya untuk peperiksaan itu kelak," kata pelajar Sekolah Taman Jasmin 2, Kajang itu.

Bagi Sazali, beliau terkejut namun bersyukur diberi peluang menunaikan haji pada tahun ini.

"Saya memang tidak duga langsung dapat pergi tahun ini. Yang terdahulu mendaftar adalah anak dan isteri saya. Oleh kerana anak saya perlukan mahram, jadi saya dibenar mengikut mereka untuk menunaikan haji," katanya.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free