Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pengurusan Maklumat dan ICT

Pemantauan Pengurusan Maklumat dan ICT Sekolah daerah Pontian

Imej
Pemantauan Pengurusan Maklumat dan ICT Sekolah daerah Pontian. Semalam kami turun ke dua sekolah di daerah Pontian untuk Pemantauan Berkelompok Pengurusan Maklumat dan ICT di sekolah. Antara lain aku nak semak juga penggunaan Toolkit Johor yang bakal kami cetak untuk kegunaan sekolah kelak. Sekolah yang terpilih untuk Pontian adalah SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman dan SK Pekan Nanas. Alhamdulillah. Banyak perkara yang kami perolehi untuk penambahbaikan untuk Johor terutamanya. Tahniah dan terima kasih pada pihak sekolah terutama pada pengurusan tertinggi atas kerjasama dan layanan ketika kami berada di sekolah. Teruskan usaha anda dalam memartabatkan pengurusan ICT dan Maklumat.