The Pain : Saat tika ianya bermula

The Pain : Saat tika ianya bermula

The Pain : Saat tika ianya bermula. Baru la dapat aku masa untuk menulis semula. 14 Jun. Saat mula aku merasa kesakitan ini. Sangat berbeza dari yang sebelumnya. Yang lama dah hilang. Kadang kala muncul. Tapi sekadar sengal gitu. Tapi. Sahur pagi tu amat beza. Pelik sekali kesakitan kali ni. Lutut pulak tu. Aku tak boleh luruskan kaki aku dengan sempurna. Tapi aku tolak ke tepi dahulu. Siap macam biasa. Terus pergi kerja.

Namun. Dari semasa ke semasa. Kesakitan makin menyengat. Pelik sekali sakitnya ni. Dalam pada masa mesyuarat. Kepala aku dah ke lain. Aku harus selesaikan kerja yang satu ni dengan segera. Dari dalam mesyuarat. Sampai la aku selesai. Terus emel ke pegawai sepatutnya. Alhamdulillah. Balik. Malamnya. Sakit sangat sangat. Minta abah tolong urut. Abah kata macam ada bijik angin dalamnya. Rasa relief sikit lepas kena picit.

Sahur 15 Jun. Dah makin teruk. Nak lurus. Makin tak lurus. Nak bengkok. Tak boleh habis. Sudah! Kaki kanan aku dah totally out untuk bergerak bebas. Dalam kepala. Salah urat maybe. Contact bos. Hari ni aku harus cari penyelesaian. Sebelum bertambah teruk. Cari steven. Habih di Po Chi Lam kaki aku. Tapi katanya, takde masalah tulang dah. Dia pun pelik kenapa aku sakit gini.

16 Jun. Sudah. Dah makin sikit degree gerakan lutut aku. Cuba contact ustaz Azami. Langsung tak berangkat. Demam teruk rupanya. Mama dah tak boleh bersabar dengan aku. Udah udah la urat ke, tulang ke. Dua pilihan aje. Puteri atau GH. Aku kata bagi aku pikir semalaman. Esok dah la birthday aku. Huhuhu. Mama, dengan sokongan dua mak. Aku pun dah tak boleh kata apa. Aku berserah aje. Apa jadi, kita tunggu esoknya. Bukan tu aje. Habih mak call aku, mak lang call. Siap cakap sapa nak jumpa kat Puteri n sebagainya. Tu lum cerita adik beradik aku yang lain. Hmmmm....

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam