Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bakal Nikmati

Rakyat Johor Bakal Nikmati WiFi Percuma Mulai Januari Depan

Imej
Rakyat Johor Bakal Nikmati WiFi Percuma Mulai Januari Depan Rakyat Johor bakal menikmati perkhidmatan wifi percuma di beberapa lokasi di negeri ini mulai Januari tahun depan. Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM12.9 juta bagi menyediakan 135 hotspot wifi percuma yang akan dipasang secara berperingkat. Katanya projek WiFi Percuma Johor merupakan hasil kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada 2013. Beliau berkata hasil kajian itu menunjukkan sebanyak 20.36 peratus responden berkehendakkan kemudahan telekomunikasi dipertingkat. "Program yang meliputi tempoh tiga tahun pemasangan itu, akan melibatkan 10 daerah, 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini Dataran Bandaraya Johor Baharu merupakan lokasi pertama dari 135 hotspot yang menawarkan kemudahan wifi percuma, mulai malam tadi. -- BERNAMA Via Blogger PC Edisen E