mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label majalah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label majalah. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Jun 2016

Pendidik : Peluang keemasan guru muda berkarya

Pendidik : Peluang keemasan guru muda berkarya

Pendidik : Peluang keemasan guru muda berkarya. Kalau diikutkan. Dah lama aku nak update pasal benda ni. Tapi asyik dengan kerja-kerja mendatang yang menyebabkan terlepas beberapa kali. Dah beberapa MT ambil tindakan mewar-warkan menerusi FB, dan aku pun dah free pagi ni. Apa salah amik sedikit masa untuk turut serta dalam mempromosi. Majalah ni akan diedar ke semua sekolah Julai ni. Beberapa artikel diperlukan dari guru-guru muda diseluruh negara. Jom kita turut serta!

KEPADA SEMUA GURU-GURU MUDA 1Malaysia(GURU BAWAH 40). GM1M akan menghasilkan majalah buletin yang akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat. ANDA DIPELAWA UTK MENYERTAI dan BERKONGSI PENULISAN BESERTA GAMBAR (JIKA ADA : Candid situasi) dan email kepada wakil kami di negeri:


Versi baru majalah yang santai pasti akan mengujakan. Life style pendidik yang tidak pernah diketahui umum, kini akan dikongsi dalam majalah ini untuk tatapan umum. - SEGMEN PENULISAN YANG BOLEH DIKONGSI

  • RENCANA KHAS mengenai pembudayaan Professional Learning Community. Mohon pihak GM1M menulis sedikit mengenai tajuk ini untuk menyuntik semangat pendidik.
  • Cerpen, sajak, puisi. Nukilkan karya tuan2 dan puan2 pada ruangan ini pada bila-bila masa
  • Ustaz Guru Muda - Tazkirah dari ustaz dan ustazah guru muda. Tajuk bebas.
  • SUKAN - Ketengahkan jaguh di kalangan PENDIDIK dalam bidang sukan peringkat negeri, negara dan antarabangsa. Pasti ada bintang di kalangan warga pendidik.
  • Pakar Subjek :MODUL/Kaedah/perkongsian pedagogi
  • FESYEN GURU MUDA
  • GAYA HIDUP GM1M / Trend
  • PENGALAMAN AKTIVITI LASAK
  • TIPS PENJAGAAN BADAN DAN KESIHATAN
  • Rencana mengenai Sumbangan dan peranan guru dalam mengisi KEMERDEKAAN negara.
  • Segmen "Inspirasi Guru Muda" - Kalangan guru yang mengukir nama atau berbakat dalam bidang sukan, kesenian, tarian, kegiatan sosial, NGO, persatuan, pertubuhan, boleh menceritakan bakat yang ada kepada umum.

Anda mungkin akan menjadi idola atau trendsetter kepada guru yang lain. Email karya anda SEBELUM 15 JUN 2016 untuk keluaran Julai 2016

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sabtu, 27 November 2010

Antara DM dan Mastika

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Apa beza kedua-dua majalah di atas? Tapi dari satu sebab yang satunya memang sangat senang nak didapati dimana-mana. Dedua nih keluaran November tahun ni. Tapi yang satu tu memang susah sangat nak diperolehi.

Kisahnya, aku semalam semayang kat stesen bas larkin. Lama tul aku tak beli DM. Kesnya itu lah. Susah sangat nak dapat. Sejak masuk PPD, memang aku kurang berkesempatan ke kedai buku yang terbilang lagi. Yang dapat.. gerai-gerai. Majalah biasa yang aku beli cam Majalah PC insyaAllah ada. Tapi tiba tang Dewan Masyarakat.. Ya ampunn.. bak kata sesetengah penjaga kedai.. apa tu.. ada lagi ka bang.. apa? mastika ka bang.. kejadahnya..

Susah sangat nak cari majalah ni rupanya. Hanya sesetengah kedai terpilih ja ada. Yang tu yang susah nak cari tu. Kalau dulu memang aku mudah dan senang nak gi kedai kedai sebegini. Tapi la ni memang susah.. mana sempat la kan..

Nampak sangat orang kita memang tak suka baca majalah sebegini. Leceh? bosan? mahal? Tak tau la mana satu yang betul.. Yang paling aku tensen sebenarnya pasal dia boleh syorkan aku beli mastika tu. Cuba bagi yang ilmiah sikit. Paling best.. hampir semua gerai aku singah tu.. Seketoi pun tarak. Yang banyak.. hai.. mangga.. mastika.. Tu yang tak tahan tu.. Asyik nak sogok cerita hantu, cerita misteri, cerita yang ntah betul ntah tidak. Apa-apa aje la.. Paling penting citer pasal gejala sosial memang bertabur la..

Enjoice...Sharing is power!!!