Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cadangan semakan harga runcit petrol RON95

Cadangan semakan harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel secara mingguan

Imej
Cadangan semakan harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel secara mingguan KUALA LUMPUR: Cadangan semakan harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel secara mingguan dikatakan dapat mengelak lebih 3,200 pengusaha stesen-stesen minyak di seluruh negara dari mengalami kerugian. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, ia sekali gus memberi manfaat kepada pengguna, pengusaha stesen serta syarikat-syarikat minyak sendiri sama ada dalam keadaan harga naik atau sebaliknya. "Persatuan pengusaha-pengusaha stesen minyak telah datang berjumpa saya membuat aduan mengenai masalah yang mereka hadapi mengenai sistem pengapungan harga minyak yang ditetapkan sekarang ini mengikut harga pasaran dengan perubahan harga dibuat setiap sebulan sekali. "Apa yang berlaku sekarang ini, banyak syarikat-syarikat minyak telah menggunakan kesempatan ini dengan menghantar bekalan minyak kepada pengusaha-pengusaha stesen minyak dengan kuantiti yang banyak setiap hujung bul