Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BTP

Taklimat Perkhidmatan 1BestariNet KPM Fasa 2 JPN Johor 2016

Imej
Taklimat Perkhidmatan 1BestariNet KPM Fasa 2 JPN Johor 2016. Selesai sesi taklimat daripada BTP disampaikan oleh Hj. Haliza. Banyak persoalan dah terjawab dengan penerangan yang cukup mantap. InsyaAllah. Dapat bahan nanti akan dikongsi sama.

Cadangan penambahbaikan VLE-Frog

Imej
Cadangan penambahbaikan VLE-Frog Salam 1Malaysia, KPM sedang mendapatkan pandangan dan cadangan guru-guru yang pernah menggunakan VLE-Frog berkaitan penambahbaikan yang difikirkan sesuai supaya VLE-Frog mudah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasrat KPM ialah mewujudkan VLE-Frog yang diminati semua guru dan murid. KPM berharap tuan dan puan akan berbesar hati untuk memberi maklum balas dan pandangan seikhlas yang mungkin demi kebaikan bersama. Tuan puan dimohon untuk menyatakan nama, dan sekolah masing-masing. Tuan puan juga dijemput untuk mengulas isu/ruang penambahbaikan yang telah dikemukakan oleh rakan-rakan lain. Kerjasama tuan puan semua untuk mengelakkan daripada menggunakan bahasa yang kurang menyenangkan ke atas isu/ruang penambahbaikan yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan lain. Sekian terima kasih Sila layari pautan berikut untuk berkongsi pandangan anda :  https://goo.gl/CG6WUO Via Blogger PC Edisen Enjoice...Shar

Konvensyen KIK BTP Kebangsaan 2012

Imej
Hari ni kami kena buat persembahan KIK. Jemputan khas dari BTPN Johor untuk mengisi slot dalam konvensyen KIK BTP Kebangsaan. Boleh tahan. Cuma rugi pasal tak dapat tengok pembentangan setiap kumpulan KIK BTP. Dengar cerita juri KIK ni juga merupakan juri tetap untuk KIK SUK Johor nanti. Hmmm... Memang agak panas juga dengarnya komen-komen mereka ni. Apa pun keputusan pertandingan KIK BTP adalah seperti berikut : Saguhati : Semua dapat piala tu. Terbaeekkk!!!! Maknanya kalau dia menang pulak, boleh bawa balik 2 piala. Persembahan terbaik : BTPN Johor Pembentang terbaik : BTPN Terengganu Inovasi terbaik : BTPN Selangor Tempat ketiga : BTPN Negeri Sembilan Naib Johan : BTPN Kedah (kat sini ada spoil sikit, tolak menolak antara kedah dan ganu, tak tau salah mc atau salah juri) Johan : BTPN Johor Tahniah pada semua. kena parking tingkat 3 snap snap dulu sib baik dua kawasan ja dia bukak, kalau tak satu jb aku snap ingat nak parking bawah, tapi nanti panas