Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel anak bulan

AidilAdha 2021 : Tarikh Melihat Anak Bulan

Imej
AidilAdha 2021 : Tarikh Melihat Anak Bulan. Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Sabtu, 10 Julai bersamaan 29 Zulkaedah menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu Hari Raya Aidiladha yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.  Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah pada petang hari tersebut di 28 lokasi di seluruh negara. Lokasi tersebut adalah : 1. Pontian Kecil 2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara,  3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson,  4. Bukit Melawati, Kuala Selangor 5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat  6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam 7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Ba

15 Mei 2018 tarikh lihat anak bulan Ramadan

Imej
15 Mei 2018 tarikh lihat anak bulan Ramadan. Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah Selasa ini, 15 Mei 2018 bersamaan 29 Syaaban 1439 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. “Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu. Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi merangkumi: Pontian Kecil, Johor  Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka  Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan  Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor  Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor  Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor  Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak  Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai