Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Day 1

The Colours of Life - Perkhemahan Perdana SMKGP 2022 : Day 1 - The Beginning

Imej
The Colours of Life - Perkhemahan Perdana SMKGP 2022 : Day 1 - The Beginning. Maka bermulalah episod perkhemahan kami di sekolah. Dari pagi dah meronda semak persediaan. Team urusetia. Team makanan. Team Fasilitator. Alhamdulillah. Semuanya bersedia. 12 tengah hari murid terlibat dibenarkan untuk pulang awal untuk persediaan. Siap dibekalkan dengan makan tengah hari. Jam 2 semua dah mendaftar dan berkumpul di dewan untuk sesi ice breaking. Sementara itu, team fasilitator bersama dengan jurulatih dari Pusat Kokurikulum Johor. Pemasangan dan pengujian repelling dibuat petang tu juga untuk aktiviti esok serentak dengan pemasangan khemah murid. Murid juga dah dibahagikan ikut kumpulan. Malam. Sesi LDK bermula. Memang menarik sesi kendalian fasilitator dengan bimbingan kaunselor. Selesai supper kami buat sesi perbincangan refleksi dan penambahbaikan. Tak lupa sesi rollcall. Layan... https://youtu.be/Q_p00OVXWKY ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogg

The Colours of Life - Bersemuka Fasa 3 : Day 1 - Kolokium Peringkat Kelas & Prep

Imej
The Colours of Life - Bersemuka Fasa 3 : Day 1 - Kolokium Peringkat Kelas & Prep. Maka bermulalah minggu ini dengan aktiviti-aktiviti akhir. Dimulakan dengan Kolokium, di mana semua peserta akan membentang semula projek perantisan untuk dinilai dan dipilih yang terbaik. Kami dipertanggungjawabkan untuk menjadi urusetia Kolukium. So, kami manfaatkan dari saat mula; peringkat kelas. Jawatankuasa yang dibentuk bermula dari dalam kelas lagi. Nyambil bentang, nyambil rehersal. Dengan siapkan backdrop, teks dan sebagainya. Sebelum lunch semua pembentangan dah selesai. 14 peserta terbaik telah berjaya dipilih dari setiap kelas dan aku adalah salah seorang daripadanya.  Lepas lunch kami kembali ke Auditorium. Persediaan akhir untuk Kolokium peringkat IAB Induk. Sempat duduk sekejap aje sebab kena naik ke kelas untuk sesi penilaian infografik bersama penilai. 10 infografik terbaik dari setiap kelas akan dipamerkan di kawasan terbuka untuk tatapan semua. Alhamdulillah. Tersenarai juga infogr

The Colours of Life : SMKGP - Day 1 of penggiliran Tingkatan 5

Imej
The Colours of Life : SMKGP - Day 1 of penggiliran Tingkatan 5. 24 Oktober. Johor dah mula sesi penggiliran bagi PdP bersemuka Tingkatan 5. Ni kira kali kedua untuk sekolah kami yang mana sebelum ni kami dah terima PdP pelajar Tingkatan 6 dan murid Pendidikan Khas. InsyaAllah lepas Deepavali nanti kami terima murid Tingkatan 3 dan 4 pula untuk penggiliran sesi PdP bersemuka. Macam biasa, ronda blok yang dipertangungjawabkan dahulu selepas meninjau status kehadiran di pintu pagar utama. Blok aku ni lepas Deepavali nan ti baru la meriah. Sesambil tu tinjau sekali persiapan untuk sesi PICK esok dan lusa. Setel kat sini baru kembali ke blok Tingkatan 5. Just nice. Harap dipermudah segala urusan kita kelak.  ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ramadan 1440 : Day 1

Imej
Ramadan 1440 : Day 1. Meriah rumah hari ni. Ucu datang berbuka sama. Layan game sesama. Layan lepak nengok katun sesama. Suka la the kebudaks.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 1 - The Road To Putrajaya

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 1 - The Road To Putrajaya. Hari ni memang nak tak nak terpaksa aku minta izin dari urusetia untuk sampai lewat. Dari Johor jam 1.30 petang jugak. Singgah jap di Pagoh untuk makan tengah hari. Tu pun dah jam 3.30 petang. Lapo. Dari pagi tak makan. Kaki? Kalau ikut hati macam tak larat nak teruskan. Masuk je Negeri Sembilan hujan selebat alam. Perghhh. Larong je. Sampai Nilai baru on Map. Eh. Dia soh masuk jalan lain ni. Biasanya sampai Kajang baru aku on. Belasah. Memang jalan hutan mana ntah dia bawak. Sampai ke simpang lama Dengkil baru aku perasan jalan mana dia ikut ni. Memang tembus terus ke jalan sebelah Everly. Terbaeekkk!!!! ahh. Tu pun. Dah dekat jam 6 jugak aku sampai. Check in. Baru on laptop, dapat mesej dari Perak. Yok makan. Aku pilih Alamanda aje memandangkan aku rasa nak tekan pedal lagi cam ngilu ngilu gitu. Hehehe. Nyempat lagi meronda Mr. DIY macam kat Johor takde je. K. Rehat

PT3 2018 : Day 1 Ujian Bertulis Iqa

Imej
PT3 2018 : Day 1 Ujian Bertulis Iqa. Hari ni dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu dan diikuti kertas Matematik. Aku tak amik cuti untuk PT3. Ke sekolahnya pun tak walau boleh nampak dari opis aku je. Tujuan. Emosi. Tak berapa best sebab kebudaks asrama yang parentnya jauh kemungkinan besar tak datang. Malam Sabtu itu hari pun aku dapat nengok budak nangis sebab parent dia tak dapat hadir sama. Aktiviti sepanjang UPSR aku ulang dari pejabat. Sekali mama share. Ada mommy share katanya. Aiikk. Ada pulak parent dikenali. Hehehe. Takpelah. Rezeki masing-masing aku cakap kat iqa. Harap Iqa dapat menjawab soalan-soalan ujian bertulis PT3 hari ini dengan baik.Semoga Allah permudahkan segalanya dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Esok sambung lagi dengan Bahasa Inggeris dan Sains pula ya. All the best and be the best.

UPSR 2018 : Day 1 with Inaz

Imej
UPSR 2018 : Day 1 with Inaz. Hari ni dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan diikuti Bahasa Melayu Penulisan. Aku amik cuti sepanjang UPSR ni. Gi sekolah sama Inaz. Seronok dapat duduk sama ngan parent lain dalam surau. Aktiviti rutin kat sekolah ni sejak dengan Iqa lagi. Cuma yang bapa tadi ada la beberapa, kaum ibu yang lebih ramai. Selesai aktiviti dalam surau aku ke pondok wakaf. Keluar segala laptop bagai. Kerja tetap berjalan macam biasa walau cuti. Macam a bit terkejar-kejar sebelum mula kertas penulisan tu bila ada kerja baharu masuk. Tenangkan diri balik. Masuk surau semula sampai selesai. Baru sambung kerja semula. Balik rumah terus terbongkang aku. Apapun. Harap Inaz dapat menjawab soalan-soalan UPSR hari ini dengan baik.Semoga Allah permudahkan segalanya dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Esok sambung lagi dengan Bahasa Inggeris pula ya. All the best and be the best.

Persidangan Penyelidikan & Inovasi Pendidikan Kebangsaan IPG Kali Ke-3 2018 : Day 1

Imej
Persidangan Penyelidikan & Inovasi Pendidikan Kebangsaan IPG Kali Ke-3 2018 : Day 1. Hari ni kena wakili KS untuk hadir ke sini. Rezeki aku kot. Tak sangka dapat jumpa Dr. Sam kat sini. Kawan sekerja lama kat KUSESS dulu. 12 tahun beb baru dapat jumpa balik. Anyway. Aku perasan dia masa Timbalan Menteri sampai. Sibuk dia dok amik gambo. Aku pulak dok hujung sebelah kiri macam biasa la. Harus la kena cari masa jugak nak borak ngan dia. Alhamdulillah. Masa lunch dapat jugak kesempatan tu. Dia terus balik ke Cyberjaya lepas tu dan aku, terus sambung layan inovasi kat sini. Leh tahan juga ye. Memang terbaeekkk!!!! Dan esok. Ada satu hari lagi dan jangkaan ulang alik JPN-IPG akan berlaku esok hari. Perrghhhh!

Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Maklumat Pendidikan KPM 2018 : Day 1 - Gemilang Perasmian

Imej
Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Maklumat Pendidikan KPM 2018 : Day 1 - Gemilang Perasmian. Hari pertama ditutup dengan majlis perasmian yang sangat menyegarkan minda. Dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah BPPDP. Diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Dato' Sulaiman Wak, TKPPM kita. Memang terasa segar semula. Dalam kepala dah nampak banyak perkara baharu perlu ditampilkan dalam pengurusan maklumat sedia ada supaya selari dengan keperluan masa kini. Memang kena pada masanya. Kini kita perlukan saintis data yang kompetan! Nak tau lebih? Klik sini untuk ke FB rasmi konvensyen .

Bengkel Pemantapan Petugas DTP Negeri Johor 2018 : Day 1

Imej
Bengkel Pemantapan Petugas DTP Negeri Johor 2018 : Day 1. Hari ni seharian di BTPN Johor. Jadi Fasilitator bersama dengan Cik Fuza dan Haji Shahilon. Cuma. Masa terlalu singkat rasanya. Terpaksa melajukan aktiviti dan taklimat. Timbalan Pengarah dan Pengarah turut sama dalam program ni menunjukkan betapa komitednya kami dalam pelaksanaan DTP dengan berkesan di setiap peringkat. All the best to all! Harap semua dapat ikut program kami yang serba laju ni.

2 Gamma Reading Project : Iqi - Day 1

Imej
2 Gamma Reading Project : Iqi - Day 1. Hari ni bermula la projek reading Iqi. Cikgu dia dah tetapkan supaya baca 1 buku sehari. Diambil gambar, dan video sesi pembacaan di whatsapp pada cikgu untuk sesi penilaian. So. Untuk hari pertama iqi baca cerita "The Magic Pebble". OK la. Cuma banyak nak kena improve lagi untuk sesi hari kedua.

Baling Getaway : 20170625 Day 1 Aidilfitri Photoshoot n Raya

Imej
Baling Getaway : 20170625 Day 1 Aidilfitri Photoshoot n Raya. Lama kan baru aku dapat haplod. Baru hari ni dapat kurangkan storage dropbox dari 700++ ke bawah 300 picas. Sakan sungguh raya pertama ni. Sampai 3 kali kami photoshoot actually. Memula kami kami aje. Lepas tu bersama atuk dan pakcik. Yang ketiga bersama mak ngah. Layan. Merayap jap ke rumah sedara. Tapi memang kejap kejap sebab ada tetamu yang datang. Layan.

Bengkel Jurulatih Utama 1BestariNet Fasa 2 KPM 2016 Zon Selatan : Day 1

Imej
Bengkel Jurulatih Utama 1BestariNet Fasa 2 KPM 2016 Zon Selatan. OK. Kita kembali ke sela masa terkini. Lama sangat dah aku dok update cerita lama ni. Tu pun tak habih habih lagi. Nanti sambung semula lepas ni. Tungguuu.. Semalam aku mula terlibat dengan bengkel JU 1BN Fasa 2 ni di BTPN. Mulanya perasaan dalam hati tu macam berat tul nak gi. Tetambah hujung hujung tahun ni. Banyak benda yang perlu diselesaikan di peringkat JPN. Tapi. Tolak tepi dulu lah yang lain. Program KPM ni semestinya sesuatu yang lebih penting kan. Buat jugak yang JPN punya. Tapi bagi kat orang lain untuk jadi wakil la. Bila dah habis slot hari pertama. Betul. Memang rugi aku kalau tak datang sini. Satu ilmu baharu yang memang sangat sesuai untuk dipraktikkan dengan bidang tugas aku. Kejurulatihan. Coach. Selama ni memang diakui, aku lebih kepada trainer. Ajo je. So. Berbalik pada bengkel. Trainer kami dari FrogAsia, En Fitri dan En Yuvaraj. Sorry kalau salah sebab setakat tu kemampuan telinga aku menterjerm

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif KPM 2016 : Day 1 - Going there and place setting

Imej
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif KPM 2016 : Day 1 - Going there and place setting. Yok layan foto hari pertama kami. Bertolak dari JPN jam 8.00 pagi. Singgah sarapan and teruskan ke PICC untuk sesi pendaftaran. Selepas lunch sesi perasmian dan taklimat awal. Seterusnya sesi setting peralatan dan testing dijalankan ditempat pertandingan. Tunggu bas untuk pulang ke hotel jam 5.00 petang di lobi PICC. Layan scenery yang sangat best.

Pertandingan Inovasi & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - Day 1

Imej
Pertandingan Inovasi & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - Day 1. Setel day 1. Alamek. Banyak miscommunication nih. Alhamdulillah. Semua dapat disetelkan. Target awal 1.00 pm baru gerak. Sekali kenderaan takde. Numpang hilux pusat ko. Dah awal kat sana. Apapun. Dapat book bilik khas untuk team bincang. Rangka the plan they should do tomorrow. Aku pun on off je ni. Petang ni tak dapat nunggu lama. Nak kena ke sekolah agama untuk amik keputusan kebudaks. all the best. ps : masak la kalau kena makan kfc hari hari. ingat kenangan sibu.

Audit SIRIM ISO9001:2008 JPN Johor 2015- Day 1

Imej
Audit SIRIM ISO9001:2008 JPN Johor 2015- Day 1. Bilik Mesyuarat Utama. 9.00 pagi. Auditor : Pn Siti Rahmah dan Pn Ailee Tiong dari SIRIM. Maka bermulalah sesi audit. Aku lam team DTP. Sokongan teknikal. Sampai ke petang juga dengan pelbagai unit turut sama dilibatkan.

UPSR 2015 Day 1 @SK Taman Nusa Perintis

Imej
UPSR 2015 Day 1 @SK Taman Nusa Perintis. Hari Pertama. Full day with Iqa kat sekolah dia. Tiga paper hari ni. BM Pemahaman, BM Penulisan dan Matematik Kertas 2. Ramai juga parent yang ada. Hope for the best. PS : Gambar sebenarnya sangat banyak aku amik. Banyak pada SJCam. Sayang. SD Card pulak buat hal. Ada tapi takleh read pada mana mana device yang lain. 16Gb tuhhh...

Bengkel Verifikasi Data dan Maklumat Modul Pengurusan Guru, Murid dan Sekolah Zon Selatan 2015 - Day 1

Imej
Bengkel Verifikasi Data dan Maklumat Modul Pengurusan Guru, Murid dan Sekolah Zon Selatan 2015 - Day 1. Bengkel dijalankan bertempat di Hotel New York, Johor Bahru bermula semalam. Kumpulan dipecahkan mengikut modul yang diuruskan masing-masing pada sebelah petangnya. Manakala pada slot sebelah malamnya, semua peserta dikumpulkan untuk mendengar amanat oleh Pengarah BPSH. Kita sambung esok pulak.

BENGKEL KERJA PENGURUSAN DISIPLIN GURU MUDA 1 MALAYSIA : DAY 1

Imej
BENGKEL KERJA PENGURUSAN DISIPLIN GURU MUDA 1 MALAYSIA : DAY 1. Foto-foto sekitar hari pertama sesi perbengkelan.

Mesyuarat JK Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) bil 3 tahun 2014 Day 1

Imej
Mesyuarat JK Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) bil 3 tahun 2014 Day 1. Bertempat di A Famosa Resort, Melaka. Sampai a little bit early. Kena tunggu sampai jam 2 baru boleh check-in. Sekali masa nak check-in, rupanya ada dua tempat. Gerak ke apartment sebab aku kat sana. Tak kisah ler. Tanya receptionist. Jarak berjalan untuk hotel dan apartment ke golf club sama sekiranya berjalan. Tapi kalau bawak kereta, memang tawaf satu a famosa la kan. So, petangnya; jam 2.30 pm dah mula dah meeting ni. Berenti jap untuk makan malam. Then sambung semula meeting sebelah malamnya. Feel free to browse through the picas...