Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mara Digital mula menjadi tumpuan

Mara Digital mula menjadi tumpuan

Imej
Mara Digital mula menjadi tumpuan Macam best ja. Macam kena gi riki je nih kalau turun KL. Hehehehe. Mara Digital yang terletak di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini yang dibuka sejak semalam, mula menjadi tumpuan pengunjung yang mahu melihat sendiri keadaan pusat sehenti gajet dan barangan te­lekomunikasi itu yang dikatakan ala Plaza Low Yat. Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, pusat sehenti itu didapati dikunjungi lebih 90 peratus masyarakat Melayu, meskipun ru­ang setingkat yang mampu me­nempatkan kira-kira 30 outlet jua­lan tersebut masih belum ber­ope­rasi sepenuhnya. Tinjauan Utusan Malaysia hari ini juga mendapati, kebanyakan pengunjung memuji dan berharap agar pusat sehenti berkenaan mampu menjadi alternatif bagi mendapatkan pelbagai jenama terkenal gajet dan barangan telekomunikasi asli. Malah, 100 peratus peniaga di pusat sehenti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sab