mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melaka. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Mac 2017

PERMOHONAN UNTUK PPA1M – TAMAN ANGKASA NURI, MELAKA DAN ONE FORESTA, BAYAN LEPAS PULAU PINANG


PERMOHONAN UNTUK PPA1M – TAMAN ANGKASA NURI, MELAKA DAN ONE FORESTA, BAYAN LEPAS PULAU PINANG. Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) mempelawa para penjawat awam untuk memohon projek PPA1M seperti berikut :

Taman Angkasa Nuri, Melaka - Permohonan bermula 8 Mac 2017 hingga 14 April 2017.
One Foresta, Bayan Lepas Pulau Pinang - Permohonan bermula 6 Mac 2017 hingga 15 April 2017.

Permohonan boleh dibuat melalui online di portal rasmi PPA1M,  https://www.ppa1m.gov.my/
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini bolehlah diajukan kepada:

          Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
          Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
          No 18, Persiaran Perdana, Presint 2
          Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
          62652 Putrajaya

          Telefon      : 03-88805118
          Faks          : 03-88805119
          Email        : ppa1m@jpm.gov.my
          Website     : www.ppa1m.gov.my
          FB             : www.facebook.com/ppa1m.jpm

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ahad, 12 Februari 2017

Selamat Pengantin Baharu Farehah & Fikry


Selamat Pengantin Baharu Farehah & Fikry. Sampai juga kami ke Taman Baiduri. Aku memang main ikut Garmin aje. Takde tengok tengok kiri kanan jalan pun. Kekeke. Dalam 11.30 pagi kami ada kat sini. Terus ke rumah pengantin. Seronok jumpa semua sedara. Sesekali kumpul reramai kan. Cuma yang tak bestnya, time nak bergambar ngan pengantin, masa tu la giliran mama sumbang lagu. Takpe la. Sebelum balik kami posing reramai dengan pengantin. Selamat pengantin baharu Fikry dan Farehah. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Khamis, 13 Ogos 2015

National ICT Security Discourse : Cybersafe Challenge Trophy (NICTSeD) 2015 : Johor dan Melaka bertemu di Finale


National ICT Security Discourse : Cybersafe Challenge Trophy (NICTSeD) 2015 : Johor dan Melaka bertemu di Finale. Alhamdulillah. Tahniah pada both team. Bertemu kita di Finale September ini.

National ICT Security Discourse : Cybersafe Challenge Trophy (NICTSeD) 2015 Semi Final


National ICT Security Discourse : Cybersafe Challenge Trophy (NICTSeD) 2015 Semi Final. Dah sampai ke acara kemuncak untuk di Johor. Pertandingan separuh akhir melibatkan Selangor vs Melaka dan Johor vs Negeri Sembilan. Jom kita layan...

Ahad, 2 Ogos 2015

Taklimat Migrasi 1Gov*Net KPM Zon Selatan


Taklimat Migrasi 1Gov*Net KPM Zon Selatan. Sebelah petangnya sambung dengan taklimat migrasi zon selatan. Yang terlibat Johor dan Melaka.

Jumaat, 19 Jun 2015

Eating out @Asam Pedas Kak Su, Kampung Duyong, Melaka


Eating out @Asam Pedas Kak Su, Kampung Duyong, Melaka. Memang dah lama nak singgah sini, cuma tak berkesempatan. Kali ni. Memang dah aim. Kedainya sebelah tepi jalan aje. Dari bandar hilir/muar ke bukit katil. Orang sentiasa ramai. Masuk. Order. Banyak yang dah abis. Maklumlah. Dah jam 3 petang. Dia punya Asam Pedas boleh tahan. Ada bakar bakar lagi. Ada ayam, ikan, kerang yang dibakar fresh. Nak cuba coconut shake pun dah abis. Takde rezeki. Kena RM28 untuk semua yang kami makan. Quite cheap. Keliling, termasuk dia sendiri, ada bertabur homestay. Plan untuk next getaway lah gini.

Jalan jalan melaka @Perigi Hang Tuah


Jalan jalan melaka @Perigi Hang Tuah. Sebelum balik sempat singgah Perigi Hang Tuah kat Kampung Duyong. Best kat sini. Kebudaks suka dok menimba air perigi. Layankan aje ler. Masih free dan tak berbayar. Kecuali. Kalau nak masuk rumah tradisi yang ada kat situ. Gerai jualan jugak banyak kat sini.

Jalan jalan melaka on Melaka Rivercruise boat ride


Jalan jalan melaka on Melaka Rivercruise boat ride. Sempat gi naik bot kat sini. Parking kat taman rempah. Terus beli tiket. Harga tiket RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kebudaks. Siap dapat doorgift. Air kotak dan jajan la. Orang tak ramai masa kami naik. Enjoy la kan. Cuma... lagi best naik malam kot. Sebab siang tak nampak limpahan lampu di sepanjang sungai.

Khamis, 18 Jun 2015

Berjimba jimba @Bayou Lagoon Waterpark, Bukit Katil, Melaka


Berjimba jimba @Bayou Lagoon Waterpark, Bukit Katil, Melaka. Layankan ajer ler gambo yang dimasukkan. Kali ni aku ambik bilik yang ada jakuzi. So. Lebih banyak layan jakuzi dari waterpark. Air suam suam kuku ja sepanjang masa. Ekekeke

Eating out @Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil Melaka


Eating out @Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil Melaka. Sempat kami singgah di sini untuk lunch sebelum check-in ke hotel. Boleh tahan sesaknya manusia di sini. Alhamdulillah. Dapat tempat. Ambil cara berhidang. Nice asam pedas and air tebu here.

Khamis, 23 April 2015

SJKC Chung Hwa Asahan Site Visit


SJKC Chung Hwa Asahan Site Visit. Foto-foto sekitar lawatan tapak semalam. Memang betul-betul kat sempadan Melaka sekolah ni. Masuk pun ikut Melaka. Dah 100 tahun umur sekolah ni. Dari segi ICT, alhamdulillah OK. A little bit perlu dibantu.

Jumaat, 6 Mac 2015

Bengkel Kerja Verifikasi Maklumat Sekolah, Kedudukan Kelas, Murid dan Guru melalui SPS Bil.1/2015


Bengkel Kerja Verifikasi Maklumat Sekolah, Kedudukan Kelas, Murid dan Guru melalui SPS Bil.1/2015. Alhamdulillah. Selesai bengkel kerja di Melaka. Sekarang. Masa untuk merancang tindakan sekolah. Apa pun. Kita layan dulu foto sepanjang bengkel...

Sabtu, 29 November 2014

Jalan jalan cari makan : Hang Tuah Centre


Jalan jalan cari makan : Hang Tuah Centre. Alang alang lalu bukit katil. Apakata singgah kat hang tuah centre. Kat sini la letaknya perkampungan hang tuah. Kami just pergi muzium dia ajer. tak larat nak ronda sekampung tu. Lepak layan kumpulan cahaya delima main muzik. Leh pulak diaorang layan dangdut petang tu. ekekeke. Bayaran masuk dewasa RM5 dan kanak kanak RM3. Layan ajer la.

Jalan jalan cari makan : Ikan Bakar Medan Selera Ayer Keroh


Jalan jalan cari makan : Ikan Bakar Medan Selera Ayer Keroh. Mulanya ingatkan nak makan di umbai. Tapi cuaca malam tu agak tak best. Hujan lebat di seluruh melaka. Jadi. Just makan kat medan selera ayer keroh ajer la. Sampai situ. Gerai pun tak berapa banyak yang bukak. Just pilih yang tengah. Aku pun tak ingat nama dia apa dah. Lepak. Terus ngoder. Pasal yang kebudaks sibuk nak tiga rasa dan mama nak ikan bakar. Jadi. Pilih siakap yang sederhana. Bahagian kepala bakar dan bahagian ekor tiga rasa. Masing masing dapat rasa. Alhamdulillah. Leh tahan jugak la kat sini.

Isnin, 3 November 2014

Bengkel Kerja Teknikal Sistem e-Sarana Day 3


Bengkel Kerja Teknikal Sistem e-Sarana Day 3. Last of it. Memang tak banyak gambar lagi dah sebab lebih banyak tumpuan diberikan dalam memberikan idea dan pandangan untuk memantapkan lagi sistem ini. Sib baik tak lupa untuk amik group photo sebelum meninggalkan hotel. Caiyok!!

Bengkel Kerja Teknikal Sistem e-Sarana Day 2


Bengkel Kerja Teknikal Sistem e-Sarana Day 2. Here comes part two. On day two. Agak lambat sebab dok sibuk tunggu video transfer through wifi. Last last aku sambung pakai kabel jugak. Hehehe.

Ahad, 2 November 2014

Bengkel Kerja Teknikal Sistem e-Sarana Day 1


Bengkel Kerja Teknikal Sistem e-Sarana Day 1. Maka bermulalah episod baru untuk kami di Melaka ini. Jom kita layan foto hari pertama di sini.

Sabtu, 1 November 2014

Wana Riverside Hotel, Melaka


Wana Riverside Hotel, Melaka. Strategik. Bersebelahan dengan sungai Melaka. A walking distance to historical site. OK la. Nanti kena jenjalan sikit cari pasal sekitar sini.

Let's go to Melaka using old road


Let's go to Melaka using old road. Pikir punya pikir. Last last aku pilih lalu jalan lama. Cuci mata sikit. Gerak lam jam 12 tengahari. Arrive at the Hotel on 4 pm. OK ler tu.

Jumaat, 26 September 2014

Edisi purba : Berjimba-jimba di King's Hotel, Ayer Keroh, Melaka


Edisi purba : Berjimba-jimba di King's Hotel, Ayer Keroh, Melaka. Ini kisah lama. Kisah kami sebelum ke taklimat pemantauan SPS. Layankan ajer la picas yang tak larat aku sendiri nak nengokkan nih.