mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label johor bahru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label johor bahru. Papar semua catatan

Selasa, 31 Januari 2017

Gebooz Gedikz : Vaksin @ Klinik Veterinar Johor Bahru


Gebooz Gedikz : Vaksin @ Klinik Veterinar Johor Bahru. Setel aje semua urusan jenjalan pekan nenas sambung lagi. Mulanya aku nak tapau semua. Mulanya plan untuk ke klinik veterinar untuk gebooz dan ke ASB lepas tu untuk buka akaun baharu untuk iqa. Tapi at last mama kata dia akan bawa iqa kat nusantara dan aku ke bandar baru uda untuk gebooz ngan angah. Terus gerak dari rumah around jam 11 dan tiba di klinik around 11.30 pagi.

Alhamdulillah. Kena tau. Klinik ni dia akan berhenti rehat jam 12 tengahari. Sampai lambat kira kena tunggu jam 2 petang lah. So. Ni memang nasib baik untuk aku dan angah. Masuk dan daftar. Ada 3 kucing je di depan Gebooz. Sempat timbang dulu. 2.70kg. Dah makin naik badan dia. Cam biasa. Mengiau marah pasal bau kucing lain kat penimbang tu. Hahaha.

Masuk. Dia cucuk vaksin pada Gebooz. Last untuk straight 3 month bagi Vaksin tiga serangkai ni. Vaksin ni kena cucuk 3 kali dalam tempoh 3 bulan. Tak boleh lewat sangat takut nanti kena buat semula. Dah setel untuk 3 bulan straught bagi gebooz. Next vaksin... 31 Januari 2018. Kekeke. Sebelum balik. Sempat ngambik beza umur kucen ngan manusia. Kiranya gebooz ni dah 6 tahun dah umur dia. Kekeke. Lagi dua bulan dia lagi tua daripada tuan dia. Hahaha.

Ahad, 15 Januari 2017

Wisma Persekutuan, Johor Bahru


Wisma Persekutuan, Johor Bahru. Ada sedikit urusan perlu diselesaikan sekejap pagi tadi. Sesambil jenjalan dari tempat parking. Jenuh snap sana sini. Hehehe. Best kempen dipacak depan tangga dia.

Jumaat, 14 Oktober 2016

Lawatan STF 20161014 : Picking the girl


Lawatan STF 20161014 : Picking the girl. Setel kat hotel terus mula gerak pulang. Aku pilih jalan depan dataran bandaraya. Sampai kat gerbang mahkota hanphone bunyi. Iqa call. Katanya nak outing, basuh baju dan banyak lagi. Apa lagi. Teruskan perjalanan. Cilok kat depan Asrama Pusat. Terus nunggu dia kat depan pejabat warden. Kekeke. Aku lagi cepat. Rezeki Tuhan kata aku. Kalau tak tunggu petang lepas Jemaat la kan. Sesambil tu dia dok bercerita memacam dan terus aku bawak balik aje ler. Nanti cerita panjang apa yang dia nak.

Ps : Lupa. Pasal punya la lama aku nunggu abis si mengkarung ngendap cengkerik aku usya. Dari dia ngendap sampai dia dapat tangkap dan makan tuh.

Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 3


Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 3. Last day kat sini. Hari ni ada dua slot. Yang pertama bersama en. Muhaymin dari BPPA. Belajar lebih lanjut berkaitan penilaian dan pandaftaran aset menerusi MySPATA. Sesi kedua bersama Hj Hamdan semula. Tapi malangnya EMIS teruk pagi ni. Terus En Adhi buat sesi semakan ralat. Hehehe. Apapun tahniah pada semua. Lepas ni get ready untuk taklimat di daerah masing masing dan on the projek. All the best dan semoga selamat tiba ke destinasi masing masing dengan selamat.

Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 2


Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 2. Hari kedua mencabar sikit. Tak lupa. Memang nengok dulu mode kamera. Terus setting manual dan snap snap snap. Hehehe. Dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Hj Hamdan dari EPRD berkenaan modul infrastruktur. Seterusnya En Shamsudin lead semula berkenaan 5 situasi penilaian baharu. Perghhh.. Boleh tahan jugak ye.

Sebelah petangnya sesi amali dijalankan di Sekolah Sultan Ismail. TQVM Hj. Sulaiman dan semua warga kerja SSI atas kerjasama yang diberikan sepanjang kami berada kat situ. Ingatkan nak ronda blok makmal aje. At last satu sekolah kami ronda. Aiyooo.. Panas kaki aku. Kat lokasi last aku lepak aje kat tangga batu. Pastu terus jadi lokasi posing posing geng johor. Kekeke. Camtu pun boleh ehhh..

Memandangkan semua dah keletihan, memang leh nampak riak wajah memasing. Lum cerita baju pakat basah ngan peluh. Hehehe. Sesi malam difreekan. Dapatlah pakat berehat. Tu pun ada jugak negeri yang amik kesempatan untuk buat bengkel sendiri. Tahniah sebab berjaya manfaatkan sumber sedia ada. Kalau aku tau aku pun nak join. Kui kui kui. Yang pasti, aku terlelap terus lepas sapu minyak kat kaki lepas maghrib tu.

Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 1


Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 1. Setel sesi KIK terus gerak ke Hotel Selesa. Memandangkan sesi sebenar bermula malam, jadi aku gunakan semua sumber yang ada untuk sesi bengkel fokus Modul Pengurusan Sekolah Negeri Johor dulu bermula jam 2 petang. Selesai part Johor. Dapat nengok fokus kutipan Oktober ni.

Malamnya baharu mula sesi zon selatan. Dimulai dengan penerangan khas pengurusan data daripada Dr Zabani, Ketua Sektor Data Pendidikan EPRD. Seterusnya sesi pengenalan berkenaan modul infrastruktur daripada En. Shamsudin daripada PADU. Hmmm.. Tak sabar pulak nak dengor sesi penuh esok harinya.

Ps : Dah nengok kat PC baru perasan aku snap picas pakai mode auto. Ada yang gego sebab dia pakai mode beauty bagai. Kekadang nyampah jugak bila restart cam dia balik ke mode auto. Esok memang aku ready ngan manual mode.

Sabtu, 1 Oktober 2016

Masjid Sultan Abu Bakar 20160929


Masjid Sultan Abu Bakar 20160929. Masih dalam renovation. Apa yang dapat aje ler.

Isnin, 13 Jun 2016

Yok Jalan : Bazar Ramadan Plaza Angsana

Yok Jalan : Bazar Ramadan Plaza Angsana

Yok Jalan : Bazar Ramadan Plaza Angsana. Dah alang alang singgah Angsana, terus tapau sekali ke bazarnya. Mulanya membeli barang keperluan Iqa di UO. Sambung pulak beli sedikit juadah tepi nak bukak kat asrama nanti. Masa ronda pun banyak bertembung dengan kebudaks STF yang turut sama membeli. Ye lah. Baru abis cuti. Semua nak check-in masuk semula asrama. Last dapat bersama keluarga beli makanan berbuka. Pasni makan makanan asrama aje lah ye. Setel kat sini baru gerak ke stf. Kenderaan. Packed. Tu lum cerita masa aku keluar. Lagi packed!

Jumaat, 27 November 2015

Temuduga Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 2016 Sekolah Tun Fatimah

Temuduga Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 2016 Sekolah Tun Fatimah

Temuduga Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 2016 Sekolah Tun Fatimah. Hari Selasa agak sibuk. Mana nak SDEA, Mana nak interview. Sib baik ada dua sesi. Sesi 1 mula 8 pagi, Sesi 2 mula 2 petang. Terus amik cuti hari ni. Paginya gi SDEA. Habis terus gi makan dan ke STF. Daftar kat Dewan Melati STF dah nombor 96. Ada 3 stesyen kena lalu. Jumpa ex student gitu. Ehehehe.

Rabu, 18 November 2015

Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene 20151118

Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene 20151118

Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene 20151118. Berenti sini jap on the way back to Gelang Patah. Layan jap scenery kat sini. Adik inaz siap nak bergambar ngan abam guard.

Bateri @kilang bateri - Jenjalan cari makan 20151118

Bateri @kilang bateri - Jenjalan cari makan 20151118

Bateri @kilang bateri - Jenjalan cari makan 20151118. Mulanya nak gi Mydin ja kot. Nak beli susu Fiqri. Sekali terasa lapo. Ish. Lum makan tengahari la pulops. Yang pasti lepas zohor nak jalan punya pasal, sampai makan pun lupa. Lam kepala aku nak makan yee mee ja. Tapi sian kat yang lain. Cari tempat yang tak nah gi. Lam kepala memasing cam nak try Bateri. Belasah aje la.

Boleh tahan la makeover kilang ni jadi tempat yang jauh lebih tersendiri dan unik. Kedai lam kontena yang disusun lam bekas kilang Eveready nih. Makanan. Bagi aku, so so aje. Biasa biasa aje. Harga pun a bit high sikit berbanding luar. Tapi... ok la. Satu kelainan. Maybe leh datang lagi untuk cuci mata. Dah setel. Dah boleh gerak ke Mydin semula. Ehehehe.

ps : aku kempunan nak makan yee mee. Kat sini tarak! Huhuhuhu...

Isnin, 28 September 2015

Pemerhatian Mata Kasar IPU sekitar Nusajaya dan Johor Bahru


Pemerhatian Mata Kasar IPU sekitar Nusajaya dan Johor Bahru. Pagi ni nampak lain. Sama macam keadaan ketika Singapura membuat keputusan untuk menutup kesemua sekolahnya Jumaat lepas. Dan. Akhirnya. Sebelah petang; KPM ambil keputusan untuk menutup sekolah seluruh Johor pada keesokan harinya.

Ahad, 30 Ogos 2015

Nasi Ayam @Medan Selera Bandar Baru Uda, Johor Bahru


Nasi Ayam @Medan Selera Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Kebetulan. Cafe JPN tutup la pulops hari ni. Nak tak nak musti mau keluar cari lunch. Pilihan utama. Nasi Ayam Uda la. Layannzzz....

Sabtu, 29 Ogos 2015

Siti Nurhaliza Meet & Greet Album Unplugged @Plaza Angsana, Johor Bahru


Siti Nurhaliza Meet & Greet Album Unplugged @Plaza Angsana, Johor Bahru. Orang sangat la ramainya. Penganjur sampai bagi had untuk sesi selfie. Dan untuk sesi Meet & Greet ni peminat mesti beli something, CD or VCD or DVD. Kami perati je ler dari sebelah pentas tu. Dengan barisan yang panjang. Takpe la. Dapat ambil gambor berdepan pun OK. Cubaan mama cam tak berhasil. Gegar, tak pandang kamera. At last kami gunakan alternatif terbaeekkk!!!! yang ada, ankel baju ungu cum bodyguard CT kat pentas. Respek aaa ankel. Memang terbaeekkk!!!! Mantop!

Edisi Merayau Sabtu @Plaza Angsana, Johor Bahru


Edisi Merayau Sabtu @Plaza Angsana, Johor Bahru. Kisahnya nak mencari tudung, stokin dan kasut sekolah ja untuk kebudaks. Memula ronda around Bandar Baru Uda. Tak kehasil. Terus bulat tekad nak ke Angsana. Masuk ja. Dah memusing cari. Kedai kasut biasa pun dah tutup. Ronda nampak orang ramai. Ada Siti Nurhaliza tuh. Belakang tu perasan la pulak kedai Bata. Setel kasut. Gi hujung pulak untuk tudung. Setel semua terus balik. Penat kaki weh...

Raikan Cinta Husna & Azam @IKM Johor Bahru


Raikan Cinta Husna & Azam @IKM Johor Bahru. Majlis Hajjah Sallina kat Dewan Takzim, IKM Johor Bahru tengahari tadi. Kebetulan tiba waktu puncak. Ramai kenalan turut sama tiba termasuk bos-bos. Hehehe. Leh tahan pilihan makanan dia. Cenderahati... Dapat yang berbeza, sampai berebut dedua balqis nakkan yang satu tu. Tahniah pada kedua mempelai. Selamat Pengantin Baru.

Ahad, 2 Ogos 2015

Yok makan Kacang Pool @Selera Johor, Plaza Larkin


Yok makan Kacang Pool @Selera Johor, Plaza Larkin. Usai lawat nenek along terus cari tempat makan. Selera Johor lebih kondusif dan tokeinya sama ngan Bomba Larkin. Yok.

Yok Raya Johor 2015 : Nenek Along


Yok Raya Johor 2015 : Nenek Along. Petang semalam. Gi Taman Gembira. Seronok nenek Along ngan spek hitamnya. Sampai Iqi soh bukak. Hehehe.

Selasa, 21 Julai 2015

Yok Raya Johor 2015 : Dataran Bandaraya Johor Bahru


Yok Raya Johor 2015 : Dataran Bandaraya Johor Bahru. Sempat melepak sini jap. On the way pulang. Try on both camera, SJCam dan nightmode on Zen4. Lebih suka foto dari SJCam.

Rabu, 8 Julai 2015

Iftar di New York


Iftar di New York. Bukan New York Amerika ni, Hotel New York JB je. Macam biasa. Anugerah meja paling meriah of coz la meja kami. Paling meriah, paling penuh, paling cepat penuh, paling cepat clear. Terbaeekkk!!!!