Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PEK JASA

Misi Perabih Data

Imej
Misi Perabih Data. Dah Selasa baru rasa nak nulih semula. Hahaha. Mulai minggu ni meme aku tekad nak guna all out pelan data pek Jasa tu. So. Target pertama memang nak layan bideo training dari youtube. Kebetulan ada majlis perasmian penutup MTQSS kat BP. Layan. Jangan tak layan sambil buat kerja. Ni la amalan baik yang aku dapat teruskan hasil training Coursera. Wat kerja sambil belajar dari bideo. Kekeke.

Pelan Khas Unifi Mobile Guru : My Pek Jasa ZTE Blade A521 handphone

Imej
Pelan Khas Unifi Mobile Guru : My Pek Jasa ZTE Blade A521 handphone. Tetiba tadi masa tengah sibuk-sibuk buat bideo tu tetiba ada nombor lain sikit masuk. Kami nak hantar bungkusan encik ni. Sekali ada masalah dengan alamat rumah aku dan kebetulan dia nak by hand sendiri pada aku selaku penerima. Hantar opis aje boleh? Boleh boleh katanya. So. Masa lunch tadi sampai la henpon Jasa aku ni. Alhamdulillah and terima kasih pada TM kerana termasuk jugak nama aku dalam senarai penerima. Macam aku cakap ituhari. Sebulan diaorang proses untuk agihan handphone ni. Tahniah la pada semua yang menerima. Anda pendaftar terawal yang bertuah. Maybe mustakim pun akan dapat around this week jugak kot. KS tak puas hati tul tadi. Kekeke. Ala puan. Enpon murah jer. Yang pasti. Awal awal dah kena lenjan lepas laptop aku overheat tadi. Sib baik sempat transfer. Segala converter semua keluar la. Layannn...

Pelan Khas Unifi Mobile Guru : Pendaftaran Pek Jasa

Imej
Pelan Khas Unifi Mobile Guru : Pendaftaran Pek Jasa. Hari pelancaran Pek Jasa ni aku dah share pada semua pasal apa itu Pek Jasa melalui dokumen FAQ dan apa yang kami buat semasa Video Conferencing bersama Menteri Pendidikan. Hari ni sebelah petang. Atas hasutan jahat encik mus, aku gerak ke TM Point Pelangi. Tu pun setelah dapat confirmation daripada Puan Rahimah; yang aku boleh daftar Pek Jasa atas Streamyx aku, atas sebab memang kawasan aku memang bukan kawasan Unifi dan tak boleh upgrade lagi. K. Setelah borak dengan Puan Rahimah atas beberapa insiden yang melibatkan miscommunication berkaitan guru-guru yang datang maka aku akan share pada semua what exactly pelan ni dan apa yang korang kena ada masa daftar di TM Point. First of all aku bukan ejen TM. Dah kali ke berapa aku tulis dan sebut pun aku dah tak ingat. Banyak sangat. Aku berkongsi atas kapasiti aku hadir sama pada masa tu, aku berminat dengan tawaran yang diberikan dan aku nak berkongsi sebagai seorang blogger picisa

FAQ PAKEJ KHAS UNIFI MOBILE UNTUK GURU-GURU : PEK JASA

Imej
FAQ PAKEJ KHAS UNIFI MOBILE UNTUK GURU-GURU : PEK JASA KETAHUI LEBIH LANJUT 1. Apakah Pek Jasa?            Pakej ini menawarkan pelan mobile tanpa had bagi data, panggilan suara dan SMS pada nilai RM59 sebulan, dengan syarat anda juga melanggan perkhidmatan jalur lebar dari TM serta menggunakan model telefon Band 5.  Pelanggan juga akan berpeluang mendapat set telefon mudah-alih secara percuma, bagi perkhidmatan unifi Mobile yang diaktifkan dalam masa 30 hari, selagi stok masih ada.  Bagi pelanggan baru yang ingin melanggan perkhidmatan jalur lebar dari TM, pakej ini turut menawarkan pelan unifi Lite, Advance atau Pro bersama dengan Jasa Pack.  2. Saya belum mempunyai pakej jalur lebar di rumah. Apakah pakej unifi yang ditawarkan bersama Pek Jasa ?         Anda akan menikmati langganan pakej promosi selama 24 bulan seperti berikut: PAKEJ UNIFI HARGA HARGA SELEPAS  24 BULAN Lite 10M RM 99 / bulan RM 129 / bulan