Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Guru Data Baharu

Kursus Guru Data Baharu Negeri Johor 2018

Imej
Kursus Guru Data Baharu Negeri Johor 2018. Alhamdulillah. 7 dan 8 November yang lepas kursus ini selesai dijalankan bertempat di BTPN Johor. Masa sangat padat ditambah lagi dengan cuti umum pada pertengahan minggu menyebabkan kursus terpaksa dicramp. Aku ada dua slot, mustakim dua slot dan Fadzli 1 slot sebelum kursus ditutup secara rasmi oleh Ketua Sektor. Semoga semua yang dikongsikan dalam kursus ini akan dapat memberi manfaat pada semua guru data baharu yang hadir dalam memastikan data yang diurus diperingkat sekolah sentiasa berintegriti.

Bengkel Pembinaan Modul Guru Data Baharu dan Toolkit Pengurusan ICT JPN Johor 2018

Imej
Bengkel Pembinaan Modul Guru Data Baharu dan Toolkit Pengurusan ICT JPN Johor 2018. Dua hari kami berkampung di Batu Pahat. 8 hingga 9 Oktober yang lepas. Nak selesaikan semua urusan berkenaan Pengurusan Maklumat dan ICT. So. Kami pecah kepada empat team. Team aku dengan myPortfolio. Team Adi dengan Toolkit Pengurusan ICT dan Maklumat. Team Mustakim dengan Modul Guru Data Baharu. Team Firdaus dengan Pengurusan ICT organisasi. Aku cuma dapat tumpu sehari je. Ada masalah kesihatan yang serius pulak hari kedua tu. Alhamdulillah. Dapat disetelkan juga myPortfolio pada hari pertama tu. Terima kasih semua pegawai yang terlibat dalam menjayakan bengkel kita kali ni. Anda semua hebat!