mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Bantuan Barangan Keperluan Mangsa Kebakaran Jalan Kebun Teh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bantuan Barangan Keperluan Mangsa Kebakaran Jalan Kebun Teh. Papar semua catatan

Ahad, 10 Januari 2016

Bantuan Barangan Keperluan Mangsa Kebakaran Jalan Kebun Teh

Bantuan Barangan Keperluan Mangsa Kebakaran Jalan Kebun Teh. Saya panjangkan Whatsapp dari Group WE LOVE CHARITY JB (WLCJB) untuk perkongsian bersama.

Bantuan Barangan Keperluan Mangsa Kebakaran Jalan Kebun Teh

Assalamualaikum members!!!
Mayday mayday..

Kami (WE LOVE CHARITY TEAM JB) sgt2 memerlukan bantuan anda.. Kalau sesiapa yg ada baju2 terpakai boleh lah hantar kan ke Dewan Tarom dgn kadar segera utk di agihkan pada 25 buah keluarga mangsa kebakaran di Jalan Kebun Teh semalam..

Tolong 📢📢📢 ye.
KREW WLC JB AKAN KE TEMPAT PENEMPATAN MANGSA KEBAKARAN DI JOHOR BAHRU UNTUK MENGAGIHKAN MAKANAN DAN MINUMAN.

JIKA ANDA BERADA DI JOHOR BAHRU BOLEH DERMAKAN KEPERLUAN SEPERTI :
1. TOILETRIES
2. SELIMUT
3. PAMPERS
4. BAJU TERPAKAI
5. BARANG-BARANG KEPERLUAN YANG DI RASAKAN SESUAI

HUBUNGI PENGURUS WLC JB SURYIA 012 755 8537

SEMOGA DENGAN BANTUAN KECIL INI DAPAT MERINGANKAN BEBAN MANGSA KEBAKARAN.

JOHOR BAHRU: Kira-kira 25 kediaman hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Kebun Teh, di sini, malam ini.
Kebakaran yang memakan masa hampir dua jam untuk dikawal itu, menjadi igauan kepada 155 mangsa yang mendiami rumah-rumah berkenaan.
Ketua Operasi, Penolong Pengarah Bahagian Kebombaan dan Penyelamatan, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya mula menerima panggilan pada Jam 5.18 petang.
Katanya, meskipun kebakaran berkenaan melibatkan berpuluh buah rumah musnah dijilat api, namun tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan.
"Operasi untuk mengawal kebakaran mengambil masa yang lama ekoran pihak bomba berhadapan masalah bekalan air dan kedudukan rumah yang rapat2 menyebabkan api marak dan mudah merebak.
"Namun, bantuan lori tangki air dari Balai Bomba Kulai dan Taman Universiti menyelesaikan masalah terbabit dan api mula dikawal pada jam 7.49 malam," katanya ketika ditemui selepas operasi pemadaman api selesai.
Katanya, seramai 62 anggota termasuk pegawai dari lima balai bomba iaitu Johor Bahru, Johor Jaya, Tebrau, Taman Universiti dan Kulai bertindak memadam kebakaran berkenaan selain dibantu 15 anggota polis.
"Nilai kerugian masih lagi belum diketahui dan pihak kami masih lagi dalam usaha mengesan punca sebenar berlakunya kebakaran," katanya.
-Sinar Harian