mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label pakaian berkabung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pakaian berkabung. Papar semua catatan

Ahad, 24 Januari 2010

Ahad yang sempoi

©2010mknaceunlimitedHari ni sempoi sungguh rasanya. Lepas subuh jer terus taktau nak wat pa per. Mungkin sebab semalam kot. So, mood masih tak menentu lagi. Semacam blank sesikit pun ada. Tak tau nak wat apa. Nak seterika baju? Dah seterika hari jemaat dah, Sabtu tak jadi pakai so carry forward to senayan la kan.

Kebetulan ada kenduri kahwin hari ni. Iqa ngan adik pun dah siap. Sementara tunggu atuk ngan nenek siap. Suruh diaorang posing lebih kurang. Pi kenduri pun memang semua orang ikut aturan berkabung. Semua pakat pakai kepiah lilit reben putih ngan tudung putih. Baguih-baguih rakyat Johor ni. Salute.

©2010mknaceunlimited .. credited to electronic artLepas tu mula la rasa bosan balik. Pi layan PC kat luar. Check emel lebih kurang. Semua macam tak kena jer. Tengok berita pagi. Bosan tul hari ni rasanya. Pasal semua kerja dah settle dan tadak benda baru nak buat. Tu yang jadi lagu tu kot. Lagi satu maybe pasal aku dah set nak dapat kerja baru semalam, tapi habis terkensel.

Sekali bukak facebook, ada game baru. Ka, dah lama. Aku pun tak tau. Tapi aku baru jumpa la. Tajuk dia "Dante's Inferno". Layan jap. Fuh.. leh tahan gak dia punya addictive factor. Ngam. Layan la jap. Yang gilernyer.. Aku cam terpaku jer depan PC tu. Bengong tul. Ngan Mafia War pun aku tak cenggini. Ni yang rasa nak cari game PS3 dia ni. Cam best jer. Sesambil tu teringat masa aku main God of War dedulu. Rerasa cam lebih kurang ler dia nyer scenery. Cool beb..

Layan nyer layan tak sedar giler.. tau tau dah sampai lebel 16 dah aku petang tadi jer. Jarang aku main game facebook cenggini. Ramai geng rapat aku memang dah tau cara aku main. Aku paling lambat naik lebel, pasai aku suka kumpui duit ngan senjata dulu. Tapi tang game ni, aku pun tak tau pasai pa. Tau tau naik lebel, tau tau naik lebel. Huihh..

©2010mknaceunlimitedPetang tu aku mula la bersih-bersih keter sikit. Sambil-sambil tu dok cari gak kepiah aku. Tu la pasai. Ada kepiah bukannya aku reti nak pakai. Sekali masa aku kuar ke sebelah motor aku tu.. huih.. terkejut aku.. Teleng dah beranak?? Bila lak ni. Dah besaq-besaq lak anak dia tu. Pandai lak dia sorok anak dia.

Biasanya, dia la yang paling sibuk ke hulu ke hilir cari tempat beranak. Kali ni pandai lak dia sembunyikan anak-anak dia ni. Haa.. camtu la. Patut hilang beberapa ketika bebaru ni. Rupanya dia pi bersalin. Jangan-jangan pi bersalin kat hospital kucing tak. Teringat lak aku kena bohong ngan abah aku masa kecik kecik dulu.

Petang ni abah nak bawak kucing kita pi asrama kucing..
Bestnya.. ada katil semua macam asrama kita ka.
Ya la..
Babai Mat Taya..

Sekali aku tau abah buang kat market ja. Mau tak melalak. Abah membohong. Sama ngan adik-adik aku. Patut pakat senyum ja masa dok kata nak hantaq kucing aku pi asrama kucin. Tapi tu cerita lama la.

©2010mknaceunlimitedPastu aku sambung balik cari kepiah aku. Mampuih aku. Mana kepiah aku ni. Sudah.. Akhirnya jumpa juga. Dah tak muat dah pun. Tapi nak wat camner kan. Kena la jugak pakai. Ni kalau pi beli kat kedai la ni, mampuih aku kena kapoq ni. Semalam ucu pi nengok tudung putih pun sampai dah dekat RM80. Gila.. Pandai betui depa cari makan la ni.

Dapat jer kepiah teruih aku pasang reben putih. Ucu pun sama gak. Boleh la. Esok secara rasminya semua rakyat Johor akan mula keluar dari rumah masing-masing dengan pakaian perkabungan lengkap. Semua dah mula bekerja dah kan. Yang sudah tiada tak mungkin kembali lagi, yang masih hidup tetap harus meneruskan perjuangan!!!



Peraturan berkabung negeri Johor

Pix credited to hmetro.com.my

Peraturan berkabung telah digariskan kerajaan negeri. Tempoh berkabung pula telah ditetapkan selama 7 hari bagi rakyat Johor dan 40 hari bagi kerabat Diraja. Bendera negeri akan diturunkan setengah tiang dari jam 6 pagi hingga 6 petang bermula dari tarikh pemakaman baginda. Pakaian perkabungan adalah seperti berikut.

Lelaki Melayu
Pemakaian tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam.

Lelaki bukan Melayu
Pemakaian satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam.

Pasukan beruniform
Pemakaian lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri.

Perempuan Melayu
Pemakaian tudung putih.

Perempuan bukan Melayu
Pemakaian lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.