Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel survey

Baju Korporat Survey @ Jakel

Imej
Baju Korporat Survey @ Jakel. Lepas bengkel tadi ada si Roslan cerita pasal Jakel pun ada buat tempahan untuk baju korporat. Selesai bengkel, masa lunch kami gerak ke sana. Kalau OK boleh la mula tempah untuk diri sendiri kan. Aku yang ada dua pasang pun dah mula berbulu pasal asyik ulang pakai aje setiap minggu. Sampai. Manager takde. Solat jap. Kami tunggu jap kat luar. Datang pulak si Mawi ni nyanyi depan kitaorang. Dulu dia dikenali sebagai Awie kat Angsana. Selalu nyanyi depan kedai kaset tu. Alhamdulillah. Dalam 1.30 manager dah ada. So. Kami gerak ke atas untuk perbincangan awal. Dia amik tempahan untuk 100 pasang ke atas. Hmmm.. Baru tengok material dan nak tanya harga, dia dah kena cari orang lain pulak. Tunggu lagi. Dah sampai 1.45 pm masih lum sampai. Gerak aje la tinggal. Nak buat camne dah nak masuk kerja. Haisshhh. Takde rezeki gamaknya.

Cadangan penambahbaikan VLE-Frog

Imej
Cadangan penambahbaikan VLE-Frog Salam 1Malaysia, KPM sedang mendapatkan pandangan dan cadangan guru-guru yang pernah menggunakan VLE-Frog berkaitan penambahbaikan yang difikirkan sesuai supaya VLE-Frog mudah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasrat KPM ialah mewujudkan VLE-Frog yang diminati semua guru dan murid. KPM berharap tuan dan puan akan berbesar hati untuk memberi maklum balas dan pandangan seikhlas yang mungkin demi kebaikan bersama. Tuan puan dimohon untuk menyatakan nama, dan sekolah masing-masing. Tuan puan juga dijemput untuk mengulas isu/ruang penambahbaikan yang telah dikemukakan oleh rakan-rakan lain. Kerjasama tuan puan semua untuk mengelakkan daripada menggunakan bahasa yang kurang menyenangkan ke atas isu/ruang penambahbaikan yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan lain. Sekian terima kasih Sila layari pautan berikut untuk berkongsi pandangan anda :  https://goo.gl/CG6WUO Via Blogger PC Edisen Enjoice...Shar