Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob angkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan

Imej
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob angkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan. Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan di Istana Negara pada jam 2.28 petang hari ini. Ismail Sabri, 61, yang juga Naib Presiden UMNO adalah perdana menteri ketiga yang dilantik dalam tempoh tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan kehadiran 30 tetamu jemputan. Turut sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta beberapa pemimpin utama parti politik yang menyokong Ismail Sabri. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mkna