Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel AGIHAN PENDAPATAN ASN 6.10 SEN SEUNIT

AGIHAN PENDAPATAN ASN 6.10 SEN SEUNIT

Imej
KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.10 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.  Menurut Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, peruntukan pengagihan pendapatan pada tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM106.72 juta, yang akan dimanfaatkan oleh 1.25 juta pemegang unit yang melanggan 1.75 bilion unit ASN. Sehingga 23 Disember 2015, ASN telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM126.27 juta. Daripada keseluruhan pendapatan kasar, pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang sebanyak RM79.91 juta atau 63.3%, manakala pendapatan dividen yang diterima daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM35.37 juta atau 28.0%, dan selebihnya iaitu RM10.99 juta atau 8.70% diperoleh daripada lain-lain pendapatan. Pengiraan pengagihan pendapatan ASN adalah berd