mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label ke. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ke. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Oktober 2015

Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland & Pulau Pinang SK Taman Nusa Perintis 2015 - From Iqa Cam


Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland & Pulau Pinang SK Taman Nusa Perintis 2015 - From Iqa Cam. Dah agak dah. Sibuk dok berselfie sana sini. Yang leh pakai. Segini aje ler.

Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland & Pulau Pinang SK Taman Nusa Perintis 2015 - The Arrival


Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland & Pulau Pinang SK Taman Nusa Perintis 2015 - The Arrival. Alhamdulillah. Selamat tiba ke Gelang Patah. 1.45 pagi.

Khamis, 29 Oktober 2015

Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland & Pulau Pinang SK Taman Nusa Perintis 2015 - Foto From The Teachers


Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland & Pulau Pinang SK Taman Nusa Perintis 2015 - Foto From The Teachers. Layan kan aje dulu. Pasni leh masuk yang iqa nyer versi lak. Dijangka tiba ke Gelang Patah around 1am tonite.

Selasa, 27 Oktober 2015

Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland & Pulau Pinang SK Taman Nusa Perintis 2015 - The Departure


Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland & Pulau Pinang SK Taman Nusa Perintis 2015 - The Departure. Pagi tadi ngantor iqa ke sekolah. 4.00 pagi. Bertolak dari sekolah ke destinasi pertama. Cameron Highland. Dari jam 3.30 pagi dia dah siap. Layan.

Isnin, 5 Oktober 2015

Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2016

Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2016


Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2016 dibuka mulai 5 Oktober hingga 20 Disember 2015. Tawaran ini terbuka kepada semua murid Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015.

Syarat permohonan dan maklumat kursus boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my ataupun https://sptv.moe.gov.my. Pemohon juga boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) di talian 038884 5154 / 5086 /  5089 / 5067.


Program yang ditawarkan :

a.    Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia)

Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia) berdasarkan sistem semester. Waktu pembelajaran bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang berpandukan Takwim Pengajian Kolej Vokasional yang dikeluarkan setiap tahun.

Murid akan mengikuti empat (4) semester / dua (2) tahun dan memperolehi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di mana mata pelajaran Bahasa Melayu setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Murid akan didedahkan dengan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang merangkumi komponen akademik dan vokasional dengan nisbah 30 : 70.

Murid yang tamat dengan jayanya SVM akan ditawarkan mengikuti program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) selama lima (5) semester termasuk menjalani latihan industri (On-job Training) sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.


b.    Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik (menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia) 

Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik (menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia) di tawarkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik‎ seluruh Malaysia memberi fokus kepada bidang/pengajian seperti berikut.

Bidang-bidang tersebut adalah :
•         Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
•         Kejuruteraan Awam
•         Kejuruteraan Mekanikal
•         Perdagangan
•         Sains Pertanian

Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:
a. Tingkatan 4
b. Tingkatan 5
dan seterusnya dinilai melalui Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


c.    Program Kemahiran (Sijil Kemahiran Malaysia)

Program Kemahiran – akan dilaksanakan selama dua (2) tahun di beberapa Kolej Vokasional yang dipilih. Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Kolej Vokasional adalah menggunakan persijilan yang berdasarkan National Occupational Skills Standard- (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) .

Murid turut didedahkan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah dan Matematik . Kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan keperluan industri setempat dan bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir bagi keperluan industri. Murid yang tamat boleh meneruskan pengajian ke peringkat kemahiran yang lebih tinggi selain daripada  menjadi usahawan dan bekerja di industri.



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 16 Ogos 2015

Kumpulan Pertama 450 Jemaah Haji Malaysia Berlepas Ke Tanah Suci

Kumpulan Pertama 450 Jemaah Haji Malaysia Berlepas Ke Tanah Suci


Kumpulan pertama 450 jemaah haji Malaysia berlepas ke tanah suci pagi ini dengan pesawat milik Arab Saudi.

Majlis penghantaran mereka di Kompleks Tabung Haji (TH) Kelana Jaya di sini, disempurnakan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Haji) merangkap Ketua Rombongan Haji 1436 Hijrah Datuk Syed Saleh Abdul Rahman, pesawat SV5701 yang membawa jemaah dijangka tiba di Madinah pada 9 pagi waktu Arab Saudi.

Perjalanan ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL mengambil masa 8 jam.

Kumpulan pertama itu merupakan sebahagian daripada kira-kira 1,000 bakal haji Malaysia yang dijadual berlepas ke tanah suci Ahad.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Abdul Azeez berkata beliau yakin kerajaan Arab Saudi telah mengambil langkah keselamatan bagi memastikan musim haji kali ini berjalan lancar, susulan pergolakan di sebuah negara jiran.

"Kita (TH) juga telah mengambil inisiatif tertentu dan menghantar petugas yang mempunyai latar belakang keselamatan untuk menjaga jemaah kita," katanya.

Abdul Azeez juga berkata jaminan telah diberi oleh Arab Saudi bahawa pergolakan itu tidak akan menjejaskan jemaah di Makkah dan Madinah.

Jemaah haji Malaysia yang kesemuanya berjumlah 22,320 orang tahun ini akan bertolak secara berperingkat ke tanah suci dengan penerbangan terakhir pada 16 Sept manakala perjalanan pulang bermula 29 Sept hingga 27 Okt.

Sejumlah 64 penerbangan merangkumi 39 pesawat Malaysia Airlines dan 25 pesawat milik Arab Saudi dari tujuh lapangan terbang di seluruh negara, disediakan.

Sementara itu, sepasang suami isteri warga emas dari Teluk Emas, Melaka berasa gembira dan bersyukur menjadi tetamu Allah buat pertama kali selepas lapan tahun menunggu.

Abu Bakar Yahya, 60, dan Fatimah Saat, 67, berkata wang pemberian dari tujuh anak mereka setiap bulan disimpan bagi membolehkan mereka menunaikan impian setiap umat Islam itu.

"Alhamdulillah kami berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci... mudah-mudahan haji kami mabrur dan diterima Allah S.W.T," kata Abu Bakar yang juga pesara tentera dan datuk kepada 16 cucu.

Bagi Siti Nur Athirah Sazali, 17, beliau menggangap jemputan menunaikan haji pada usia muda merupakan rezeki dan peluang yang tidak akan disia-siakan.

Menunaikan ibadah itu bersama bapa, Sazali Samawi, 52, dan ibu Saodah Mohd Taib, 53, remaja itu berkata beliau teruja untuk berbuat demikian walaupun terpaksa melepaskan peluang untuk menduduki ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 25 Ogos ini.

"Bagaimanapun, saya masih ada masa mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan sebenar sebaik pulang ke tanah air. Saya akan memohon kepada Allah agar permudahkan urusan saya untuk peperiksaan itu kelak," kata pelajar Sekolah Taman Jasmin 2, Kajang itu.

Bagi Sazali, beliau terkejut namun bersyukur diberi peluang menunaikan haji pada tahun ini.

"Saya memang tidak duga langsung dapat pergi tahun ini. Yang terdahulu mendaftar adalah anak dan isteri saya. Oleh kerana anak saya perlukan mahram, jadi saya dibenar mengikut mereka untuk menunaikan haji," katanya.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 15 Ogos 2015

Jom ke Stadium Mersing meriahkan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor 2015

Jom ke Stadium Mersing meriahkan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor 2015


Seluruh rakyat Johor dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan di Stadium Mersing pada esok, 16 Ogos bermula pukul 8.30 malam.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri Johor, R. Vidyananthan berkata dengan pelancaran kempen berkenaan, rakyat Johor diseru menyemarakkan semangat patriotism selain bersatu di bawah payung ‘Muafakat Johor’.

Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin.

‪#‎BuletinSelatan‬ ‪#‎SehatiSejiwa‬



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Selasa, 11 Ogos 2015

Status Permohonan Kemasukan Ke IPTA Boleh Disemak Mulai Hari Ini

Status Permohonan Kemasukan Ke IPTA Boleh Disemak Mulai Hari Ini


Status keputusan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf boleh disemak mulai hari ini, 11 Ogos 2015.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Asma Ismail berkata keputusan itu boleh disemak melalui lima laman web iaitu http://upu.mohe.gov.my, https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my mulai 12 tengah hari.

"Calon juga boleh menghubungi hotline 03-88706767, helpline di talian 03-88706777 atau talian am 03-88706755/6766 serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No Kad Pengenalan) dan SMS ke 15888," katanya dalam kenyataan di sini hari Isnin.

Beliau berkata pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon berjaya mulai Rabu ini, dan mereka dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 22 Ogos.

Bagi calon yang gagal, rayuan boleh dibuat melalui aplikasi e-Rayuan yang boleh dibuka untuk capaian laman web kemasukan di http://upu.mohe.gov.my.

"Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu dan tawaran adalah muktamad," katanya.

Kepada calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dari IPTA sehingga 20 Sept depan, rayuan tersebut dianggap gagal, katanya.

Beliau berkata sebanyak 49,841 calon lepasan STPM, matrikulasi, asasi (Ijazah Pertama) sesi akademik 2015/2016 telah berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di 20 IPTA seluruh negara.

Jumlah berkenaan adalah daripada sejumlah 63,942 calon yang mengemukakan permohonan dan calon berkenaan melepasi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program Pengajian.

"Berdasarkan jumlah calon yang berjaya, 23,883 (59.06 peratus) adalah aliran Sains dan 16,555 (40.94 peratus) daripada aliran Sastera. Sejumlah 12,391 (30.64 peratus) adalah lelaki manakala 28,047 (69.36 peratus) perempuan," katanya.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Lawatan tapak ke National ICT Security Discourse : Cybersafe Challenge Trophy (NICTSeD) 2015


Lawatan tapak ke National ICT Security Discourse : Cybersafe Challenge Trophy (NICTSeD) 2015. Johor sekali lagi jadi tuan rumah untuk pertandingan ini. Disebabkan JPN Johor akan menjadi tempat untuk pertandingan separuh akhir dan kami diminta membantu; terus ja aku turun ke Qualifying Session di BTPN Johor. Masuk ke beberapa lokasi pertandingan. Lihat bagaimana flow dan mula membincangkan diagram teknikal untuk lokasi di JPN kelak. Esok jawatankuasa terlibat akan mula terlibat di JPN. Hope for the best.

Jumaat, 3 Julai 2015

PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017

PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017


Sukacita dimaklumkan bahawa PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017 telah dibuka mulai 1 Julai 2015 sehingga 10 Oktober 2015. Sebarang maklumat lanjut sila ke ruangan menu aplikasi berkala atau klik di pautan berikut :  https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/

Terima kasih.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 1 Februari 2015

SEMAKAN TAWARAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN EMPAT(4) TAHUN 2015

SEMAKAN TAWARAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN EMPAT(4) TAHUN 2015.


Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan Empat (4) Tahun 2015 telah dibuka mulai 30 Januari 2015 sehingga 16 Februari 2015. Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my atau url http://apps5.moe.gov.my/permohonansst4/semakansbpt4_2015/ untuk keterangan lanjut


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 26 Disember 2014

Semakan keputusan ke Sekolah Kawalan 2015

Semakan keputusan ke Sekolah Kawalan 2015


Semakan melalui mySMS Status Tawaran ke Sekolah Kawalan ambilan Januari 2015 dibuka bermula jam 2.30 petang, 26 Disember 2014 sehingga jam 11.59 malam, 8 Januari 2015. Taip

MOESKWLANGKA GILIRAN UPSR dan SMS ke 15888

Semakan melalui url http://public.moe.gov.my/ juga mula dibuka bermula 2.30 petang, 26 Disember 2014.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Selasa, 25 November 2014

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM tahun 2015

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM tahun 2015


MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti. MARA mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2014 berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk kemasukan ke MRSM tingkatan satu pada tahun 2015 di Semenanjung
Malaysia. MARA memberi keutamaan kepada pemohon daripada keluarga miskin
bandar dan luar bandar.

Pemohon hendaklah mempunyai ciri-ciri keperibadian yang unggul dan
memenuhi syarat seperti yang dinyatakan di bawah:

  •  Amanah, rajin, berdikari, bersyukur, patriotik dan self driven.
  •  Berbudi pekerti dan hormat-menghormati hak sesama pelajar dan orang lain.
  •  Bersedia menerima serta mematuhi arahan dan peraturan dengan penuh disiplin.
  •  Sihat tubuh badan.
  •  Bersedia menjalani program latihan kecergasan fi zikal.
  •  Kesanggupan mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  •  Bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian.
  •  Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

Terdapat tiga program utama yang dilaksanakan di MRSM. Program-program tersebut adalah seperti berikut:

1. MRSM - Program ’Sistem Pendidikan MRSM’ (SPMRSM)
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia serta menggabungjalinkan prinsip pendidikan pintar-cerdas dan pembudayaan nilai-nilai keusahawanan.
MRSM terlibat :
• Beseri • Kubang Pasu • Pendang • Merbok • PDRM Kulim • Balik Pulau • Transkrian • Gerik • Pasir Salak • Lenggong • Pengkalan Hulu • FELDA Trolak • Terendak • Muar • Pontian • Mersing • Muadzam Shah • Kuala Krai • Jeli • Tun Ghazali Shafie • Kuala Terengganu • Kuala Berang • Besut • Pasir Tumboh

2. MRSM Program Ulul Albab
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
MRSM terlibat :
• Gemencheh • Kepala Batas • Kota Putra

3. MRSM Program Dwisijil SPM IGCSE
Program Cambridge International General Certi cate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
MRSM terlibat :
• Tun Abdul Razak • Batu Pahat • Baling • Alor Gajah • Langkawi • Tumpat • Serting • Kuantan • Johor Bahru • Parit • Kubang Pasu • Tun Mustapha Tawau • Kuala Klawang

SYARAT UMUM KELAYAKAN MASUK KE MRSM

1. Warganegara Malaysia.
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :

  • Bumiputera tahun enam.
  • Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.

4. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014.
5. Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 15 hingga 19 Disember 2014 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia.

Dokumen penuh boleh diakses menerusi url berikut :
http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=5815e51c-1f8a-4743-abc4-afb4310e605f&groupId=30564

A. CARA MEMOHON MELALUI ONLINE :

Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2014 diumumkan secara rasmi.

Pemohon hendaklah membawa salinan MyKid dan salinan Keputusan UPSR 2014 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my

Pemohon boleh membuat pengisian permohonan secara online di url berikut : https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga.
Pemohon mestilah membawa cetakan borang serta dokumen berkaitan yang telah disahkan ke pusat ujian yang dipilih.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 26 Oktober 2014

Selamat datang ke SPMICT Puan Azura


Selamat datang ke SPMICT Puan Azura. Hari ni pengganti Syikin dah masuk bertugas bersama. Semoga selesa bekerja bersama keluarga baru di SPMICT.

Khamis, 23 Oktober 2014

Dari Aeon Kulai ke Mydin Nusajaya


Dari Aeon Kulai ke Mydin Nusajaya. Target sebenar. Aeon Kulai. Sekali jem teruk kat tun aminah. Tak tau la kat mana punca. Start dari flyover tun aminah. Konon nak terus ja. Sampai kat batu 10. Terus belok ke balai polis. Terus patah balik ke Nusajaya. Sejam aku lepak lam jem ni. Bukan jauh pun. Dari flyover tun aminah. Sampai batu 10 ja pun. Dari buang masa lagi. Baik cari tempat lain kan.

Jenjalan suka suki ke Komtar JBCC


Jenjalan suka suki ke Komtar JBCC. Banyak lai kedai yang tak bukak. Even Angry Bird pun. Walau kat luar dah terpampang si merah hempap wira. Makan jap kat Pizza Hut. Then gerak balik ke City Square. Konon nak masuk Doraemon. Tapi rasa macam tak berbaloi la pulak ngan harga tiketnya.

Isnin, 20 Oktober 2014

SEMAKAN CALON KE SESI SERLAHAN SENI PENGAMBILAN MURID KE TINGKATAN 1 (SATU) SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2015

SEMAKAN CALON KE SESI SERLAHAN SENI PENGAMBILAN MURID KE TINGKATAN 1 (SATU) SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2015


Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Calon ke Sesi Serlahan Seni Pengambilan murid  ke Tingkatan 1 (SATU) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2015  akan bermula pada 20 Oktober hingga 26 Oktober 2014. Sila layari url berikut untuk membuat semakan.

http://apps5.moe.gov.my/essem/permohonan/

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Rabu, 15 Oktober 2014

KEPUTUSAN PERINGKAT KEDUA PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR) BAGI SESI KEMASUKAN 2014/2015

KEPUTUSAN PERINGKAT KEDUA PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR) BAGI SESI KEMASUKAN 2014/2015


Sila layari url berikut :

http://app.moe.gov.my/timurtengah/hebahan.php


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 28 September 2014

Edisi Purba : Yok ke pasar tani gelang patah


Edisi Purba : Yok ke pasar tani gelang patah. Sesaja jenjalan ke sini. suatu ketika dahulu. Sekarang dah tok leh gi lagi dah. Pasal ahad hari bekerja. Tinggal kenangan aje la.

Sabtu, 6 September 2014

Permohonan ke Sekolah Kawalan 2015


Permohonan ke Sekolah Kawalan 2015 melalui ibubapa dibuka mulai jam 2.00 ptg 8 September 2014 sehingga 7 Oktober 2014. (Sila layari http://public.moe.gov.my)

Permohonan ke Sekolah Kawalan melalui guru kelas di menu Sekolah Kawalan (APDM) dibuka mulai jam 10.00 pg 15 September 2014 sehingga 7 Oktober 2014.

Sila pastikan anda memuaturun manual pengisian dan meneliti terlebih dahulu keperluan sebelum membuat pengisian melalui aplikasi ini.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free