Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Anis

Majlis Penghargaan Shahida dan Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Anis dan Wani

Imej
Majlis Penghargaan Shahida dan Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Anis dan Wani. Masa lunch tadi sempat kami adakan majlis ringkas untuk tiga orang yang bakal meninggalkan SPMICT pada minggu depan. Shahida yang dah bersama dengan kami sejak lebih 9 tahun. Lepas ni shida akan bertukar ke Unit Perkhidmatan A, SKPP. Semoga kecemerlangan diteruskan ditempat baharu. Juga pada Anis dan Wani yang menamatkan latihan industri mereka pada hari ni. Ada sedikit drama air mata walau baru nak mula. Hehehe. Selesai ja makan minum kami posing ramai ramai kat sudut luar tu. Bila lagi nak posing kan. Semoga suka duka pahit manis ketika bersama di SPMICT akan jadi kenangan terindah. Walau di mana anda berada, buat sehabis baik. All the best! Pada yang tak dapat join terutama pada KS, nanti kita return semula ye. Hehehe.