Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kabinet Baharu

Kabinet Baharu Kerajaan Malaysia 2020

Imej
Kabinet Baharu Kerajaan Malaysia 2020. Citra Baharu Kabinet, Memenuhi Aspirasi Rakyat. Pembentukan sebuah kabinet yang memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti dengan struktur yang lebih mantap; dengan dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Kabinet baharu dibentuk ke arah sebuah kabinet yang berfungsi (functional cabinet) serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus. Empat (4) orang Menteri Kanan (Senior Ministers) dilantik untuk membantu Perdana Menteri menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.  Pelantikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang tersebut dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan supaya benar-benar dapat membe