mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label mabuk darah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mabuk darah. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Mac 2011

Adik Inaz demam

Klik untuk gambar yang lebih besar
Dah kena cucuk ambik darah.. cian adik inaz
Hari Khamis lepas adik inaz demam panas. Petang tu, aku terus ke klinik bawak adik inaz. Masuk jumpa doktor and ayat yang tak gemar aku tunggu pun kuar.. kena check darah ni. Alamak.. Kalau aku zaman kebudak dulu dah lari kuar spital dah nih.. Ni memang bebetul aku lari. Tapi ni cemana nih.. Bawak inaz masuk. Letak atas kerusi..

Abang kena pangku anak ni bang.
Ye ker.. Alamak.. Terus aku pangku inaz. Tapi tolong pegang sekali yer..
Boleh.. memang saya tolong pegang sekali ni..

Sekali dia cucuk. Ngan aku pun dah kenoning kepala. Sudah.. Lagu mana ni.. Bapak dia yang lebih lebih nak tumbang dulu. Abis.. cemana nak buat ni. Kepala aku dah weng. Masa misi tu urus inaz. Aku sandar kat kerusi tu, layan kepala jap.. Bengong cenggini..

Pastu aku gagahkan diri jugak bangun bawak sample darah tu ke makmal. Semua mata dah dok tengok aku. Aku rasa jalan terawang-awang tu. Mesti tahap melelong nyer aku jalan. Sampai makmal. Letak sample darah tu, terus aku rebahkan badan ke kerusi. Pergghh.. Alhamdulillah.. berjaya gak aku sampai.. Rehat jap.. Tenangkan diri balik.. Pejamkan mata, sambil peluk inaz..

OK bro
Hmmm.. ok kot..

Ada jugak orang menyapa. Sian kan.. Tu la masalah utama aku dari dulu. Mabuk darah. Cemana ntah nak ilangkan. Ada yang kata kena layan tengok filem yang kasi darah ajer.. setakat nengok rambo 4 itu hari pun aku dah rasa mual nak mampus.. Tapi kena usaha jugak.. Kalau tak.. kesian kebudak nih..

Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 14 Mac 2010

Aku glamer lagi

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarMalam ni aku la orang yang paling glamer kat aras 3 Hospital Pakar Puteri ni. Glamer di kalangan nurse tu. Jangan main-main. Mana taknya.. aku berjaya pitam dengan cemerlang sekali lagi lepas mama bersalin tadi. Iqa aku dah pitam. Glamer kat Spital Tanjung Karang. Adik aku tarak papeyeiii.. So tu la sebab Dr. Noraini sesaja angkat terus Zikri depan aku seraya berkata.. Ni anak awak ni.. Ayoyo.. Aku memang dah kenoning kepala dah, sebab mama nyer tangan kan ada cucuk masuk induse tu.. Aku dok tahan kepala ni dari tadi lagi. Bila Dr. Noraini hulur jer Ziqri, aku memang dah tak tahan lagi.. Aku dah rasa dunia dah berpusing.. Nurse cam biasa terus sambut aku, hahaha.. Sejarah Tg. Karang berulang semula.. Cuma takde la sampai satu wad bersalin cam dulu.. Dapat urutan percuma.. Dapat dok kat kusi spesel.. hahaha.. Sampai aku nak azankan Ziqri pun nurse dah tak kasi lagi..

Lepas dia dah bersihkan Ziqri kat nursery, baru dia kasi aku masuk untuk azankan. Pastu mana-mana aku gi malam tu, semua nurse akan tegur.. Dah OK dah..?? OK.. Glamer lagi la aku ni.. Apa pun.. aku rasa yang kali ni memang gegiler super duper yummy nya hebat. Lebih hebat dari kes aku pitam kes denggi itu hari, walaupun yang tu memang sahih aku terus terjelepuk ke lantai..

Yang ni aku rasa aku ambik masa paling lama nak recover.. pasal apa.. masa aku nak azankan zikqi, nurse tu tanya aku.. dia lahir jam baper.. aku cakap baru jap tadi.. sekali nurse tu cakap bukan 5.39 ker.. yeker.. sekarang jam baper.. dah 6.30 la dik sekarang nih.. haaahh.. bior betui..








Enjoice...Sharing is power!!!